Showing posts with label Dugaan. Show all posts
Showing posts with label Dugaan. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Melampau betoi


Sakit lak ati aku nih bila orang jual barang makanan macam endah tak endah.Pakcik tua lak tuh.Kalau tak disebabkan kesian..memang aku takkan beli orang tepi jalan macam tu.Better aku pergi kedai yang betul2 jual.Tak sangka aku dengan kopiah nya..tapi jual satay xde isi, pastu lemak saje..lemak sedap takper..basi lak tuh..kuah takyah cakap lah..memang out..aku harap ader hamba Allah lain yang akan tegur dia.Makan duit x ikhlas tu pakcik oi...





Thursday, January 3, 2013

Di duga Lagi

Betapa sayangNya Dia ke atas hambaNya..dan aku ada lah salah seorang daripada hambaNya yang kerdil itu..dua hari lepas aku terbaca msg kat hp hubby..bukan masalah perempuan ok..alhamdulillah setakat ni rumahtangga aku bina bahagia tanpa ada masalah besar ..persefahaman tu penting kan???Entah macam mana aku boleh cek hp hubby ari tuh ek..ooh yer nak guna sbb nak msg akak aku..maklumlah kredit aku bukan selalu topp pun.Dah xde sapa nak layan msg n kol..dr sejak kawin..heheh

Alkisahnya hubby aku buat keje luar..wiyiring kat satu hotel nih..buat servis ekon sekali..alih-alih orang ni taknak bayar.Pendek kata terus senyap.Hubby aku pulak memang jenis malas nak pening pikir kalau perangai manusia yang cenggini.Dulu aku kena ngan kwn baik...order2 kek alih2 senyap.Boleh je nak g hamun kat umah dia..tapi itu bukan cara aku..kita hantar kek cara baik biar dapat duit cara baik..kan???duit tu rezeki Allah bagi so redha kalau Dia nak ambik.Sama lah kes hubby aku..nak carik boleh je mamat tu kat hotel sekian sekian..tapi malas nak panjangkan cite..wat sakit ati je layan manusia macam ni.

Bagi ler anak bini, mak bapak makan hasil duit titik peluh orang..dunia lepas..akhirat rasa-rasanya lepas ker ek..pikir-pikir sendiri..Manusia terlalu mengagungkan duit nih susa sikit..Dah takder benda lagi penting dari duit.Biar lah abang yer..duit tu bukan rezeki kita..duit abang yang dh lebur sebab beli barang-barang tu pulak anggap je sedekah kat dia..dapat pahala..kan???i'Allah tuhan akan bagi rezeki yang lebih banyak..usaha je lagi.kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang..

Kawan Sejati

Dah lama aku fikirkan tentang kawan sejati..bagi aku semua kawan-kawan aku sama ada waktu sekolah rendah, menengah, u, masa kerja semuanya kawan-kawan gitu je.Yang ada dalam kepala aku kawan yang banyak membantu aku diwaktu aku susah, temankan aku masa aku memerlukan dan menjadi pendengar diwaktu aku ingin bercerita.Tapi itu mungking dulu bila kawan dekat dengan kita.

Sekarang dengan teknologi canggih, apa yang dikatakan di alam maya boleh menjadi buruk dan salah tafsir bila dibaca dengan nada atau intonasi yang berlainan.Dan disebabkan itu jugak aku pernah hilang kawan ...sebab nya???hanya Allah yang tahu,,,mungkin disebabkan mulut orang ke3 menjadi pengantara, mungkin jugak sebab kejujuran bertanya yang membuatkan orang mengklasifikasikan kita bizibody atau mungkin jugak tuhan nak tunjukkan aku sesuatu.

Walau apapun yang berlaku, aku bukan yang jenis melatah atau cepat hangin.Bagi aku itu semua ujian tuhan.Baik buruk, setiap yang berlaku atas ketentuan.Sebaik mana kawan yang aku ada, serapat mana cerita baik buruk hidupku yang dia tahu..e2 sudah menjadi sejarah dalam hidupku.Belajar dari kesilapan dan belajar memafkan orang.Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.Jangan sesekali menjadikan sesuatu kesedihan sebagai titik perbalahan dan berlumba untuk mencari kesalahan dan kekurangan seseorang, tapi belajarlah menerima dan bersyukur atas apa yang Dia berikan.

Kenapa perlu malu, sombong, riak atas rezeki yang tuhan berikan kerana ianya semua hanya pinjaman.Ada jaminan ker harta yang kita kumpul, rumah yang kita ada, anak-anak yang comel membawa kita ke syurga Nya..???cukuplah aku mengadu dengan Yang Esa atas ketidakadilan yang berlaku kepadaku disebabkan satu mulut..Engkau ampunkan dosa kawan-kawan ku Ya Allah..sesungguhnya jauh disudut hatiku..aku amat-amat menyayangi mereka..

“Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata: Engkau juga akan mendapat seumpamanya”
(HR Muslim)

Wednesday, December 26, 2012

Decoupage lagi


Bila kerajinan ditahap maksima..ini lah jadinyer..Hubby pun pening kenapalah nak bedakkan semua botol-botol tak guna nih.Ader je nak dibuat.Dah nama pun hobi kan??ingat menghabiskan duit je ke hobi isteri mu nih??hahahhaha Itupun sebab banyak masa terluang.maklumlah bila free je buat pun..

 baru lepas bedak dan dijemur..
 yang ni aku tak deco pun..aku just tampal sticker  konon nak tengok macam mana..yang nih anak aku buat..



inilah hasil yang aku buat ...boleh ler..

Wednesday, March 7, 2012

Sabar lah wahai hati

Berat rasa hati nak terima offer keje bila pikir pasal anak.Terpikir sapa nak jaga, boleh ke duduk ngan orang sedangkan dah setahun lebih duduk dengan mak dia..tapi sebelah hati nak juga pegang duit sendiri macam dulu..boleh senangkan mak ayah di kampung...hulur sikit wat mentua..banyak nya benda nak pikir..mungkin kali nih bukan rezeki aku lagi...terlalu berat untuk berenggang dengan anak..tambahan pula keluarga jauh kalau jadi apa-apa kat anak.Maklumlah sekarang macam-macam hal terjadi kat nursery.Nak hantar umah orang, bukan senang nak carik.pengasuh anak sulung dulu je lah yang ada pun, tapi dia pun x kuat sangat macam dulu..Masa untuk berehat lah katakan..

Tapi aku percaya, tuhan telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku..keluarga dan masa depan aku.Yang aku perlu hanya usaha, doa dan tawakal..selebihnya biarlah Dia yang menentukan.Yang terbaik dalam hidupku terletak di tanganMu ya Allah...


★ Aku meminta kepada ALLAH setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberiNya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa.

★ Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNya !

★ ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka....tapi jauh di atas sana, Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

Friday, March 2, 2012

Trajedi 29.02.2012

"Semoga Allah selamatkan kamu"

Itu lah yang mampu aku ucapkan bila melihat badan anak ke2..Nurfathiyah kejang tiba-tiba sebaik bangun dari tidur..Allahuakbar..mungkin itu ujian tua untuk aku...untuk aku sentiasa berhati-hati dan bersedia bila Dia mahu mengambil mereka dari aku suatu hari nanti..

Berbekalkan sedikit ilmu yang aku tahu mengenai sawan yang disebabkan kepanasan melampu..aku buat apa yang aku termampu..melihat pergerakan anggota badan anak dan memantau kekejangan yang berlaku..selain tu jugak aku ngiringkan dia supaya cecair yang keluar dari mulut xkan kembali masuk jika dibiarkan duduk atau berbaring...selepas tengok badan anak dah lemah..aku terus rembat kunci kete n drive bawa pegi klinik yang terdekat..sebelum tu sempat juga aku basahkan kepala dia...

Nasib baik anak sulung sekali jerit je terus bangun tdo dan masuk keta..Bayangkan aku drive kete dengan sebelah tangan pegang kepala anak yang duduk dalam riba dan sebelah tangan lagi pegang stereng kete.Manual pulak tu...aku cuma serahkan semuanya pada Allah ketika itu..usaha aku mungkin sehabis baik..tapi kuasa Dia aku x boleh langkau....e2 je yang aku ingat..

Alhamdulillah, sampai klinik, doktor masuk ubat buntut dan terus refer ke hospital..anak masih dalam keadaan lemahh..mata still focus on one side..panggil x menyahut malah tak menjeling pun...Aku tahan airmata keibuan aku dari membasahi pipi..kerana aku tahu Dia lebih berhak atas segala kejadian...aku hanyalah penjaga amanah..yang tidak berhak langsung untuk persoalkan setiap kejadian dariNya..

Apapun setelah 3 hari bersengkang mata di wad 1-4 wad kanak-kanak..katil no 12...ari nih..2/3/2012..dia dah sihat sepenuhnya even perlu pemantauan dan continue makan ubat as doctor advice..harap2 lepas nih kalau jadi lagi aku x kan sepanik sebelumnya..terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang menjaga amanahmu ini untuk ke2 kali...

 mata asyik pandang atas n kaku..tuhan je tahu macam mana perasaan aku masa nih..

 lepas pasang jarum
 tido setelah menyusu...kepenatan selepas dimandikan dengan air..

 nih dh boleh duduk tapi x boleh bangun langsung..badan lemah dan mata kuyu..
 ni kakak dia tumpang tdo sementara ayah dia pegi ambik ubat tuk dia sendiri..anak demam ayah pun demam..kesian tehah sebab xde orang nak jaga..awal-awal pagi lagi ayah dia hantar dia sampai nenek dia sampai dari kuantan..dengan x mandi...x makan...kalau duduk jauh dari family kena lah struggle sendiri..xleh nak harapkan orang je...betul x???



 ini doktor yang last cek anak aku...dan bagi permission tuk discharge...But with approval on the specialist Doctor in charge ..yang akan buat pemantauan pukul 10/...masa ni kol 7,10 pagi..cantik kan doktor nih..

Sunday, January 8, 2012

Kehilangan Orang yang Disayang

4-1-2012 Buat sekian kalinya aku kehilangan orang yang rapat dan aku sayang.Semua nya atas izinNya.Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang tidak kita tahu.Kita sebagai manusia hanya boleh merancang..tapi yang menentukan Allah yang Esa...Mungkin juga Dia mahu memberikan pengajaran dan petunjuk untuk orang2 sekeliling..Wallahualam

Malam jumaat yang lepas akak ipar aku menghembuskan nafas yang terakhir di kuantan..Memang penyakit barah rahim nya dah final stage cuma dalam keadaan sakit..sapa yang x kesian kan??Tapi tuhan dah mulikan dia dengan mengambil nyawa dia di hari yang baik dan tenang...semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Thursday, December 15, 2011

Nak Percaya susah, Tak Caye pun susah

Malam tadi pegi bawa anak ke klinik.Klinik panel yang kitorang selalu pegi.Maklum lah selsema dan batuk.Badan panas, tapi pinggang ke bawah sejuk macam duduk dalam ekon.Risau jugak dibuatnya.Sesampai kat klinik bapak punya ramai orang.Adalah dalam 4 orang lagi yang menunggu x termasuk kitorang dan yang kat dalam.

Dipendekkan cite..last patient sebelum kitorang masuk nih makcik bawa anak lelaki dia.Tapi anak lelaki dia je yang masuk.So dia tunggu kat luar je lah.Elok je anak lelaki dia nak keluar dr bilik doktor..dalam 2 minit macam tu lah....masuk lah sorang lagi patient nih.Dengan rambut serabai, jalan menunduk ke lantai,macam orang x betul ye jugak, kena rasuk pun yea jugak..Seram sejuk je leher aku bila nampak abang nih...tapi aku diam je.Yelah, kalau bagitahu hubby aku pun dia bukan caya.

Bila last patient kuar, sambil doktor terangkan kat mak budak nih yang dia suh berehat je malam nih, jgn bawa kete or motosikal  sebelum tghari sok.Penyakit apa , akupun malas nak layan sangat bila tiba2 ada sorang abang nih masuk dalam keadaan yang menakutkan..dalam leka-leka aku tengok abang tuh senyap je tunduk even sekali sekala dia macam menoleh ke arah aku dlm menunduk, doktor pun panggil kitorang masuk.So, apalagi aku pun cepat je masuk bawa anak aku, termasuk yang sulung.

Bila aku duduk je...doktor tu pulak cakap ngan aku n hubby, pasnih kalau keluar..terus bw anak masuk kete dulu, pastu baru ambik ubat kat kaunter.Pelik jugak aku dengar bila doktor tetiba cakap macam tu, tapi mungkin dia ada ilmu tuk nampak semua benda2 macam tu, sapa tahukan??bila dah habis cek anak nyer selsema semua...barulah doktor tu cakap...yang abang kat luar tuh bukan sakit mata..tapi ada benda ikut dia..berderau darah aku..takut pulak rasa.Doktor tu siap cakap..jangan balik umah terus, kalau leh singgah mana2 dulu bagi 'benda' tu keluar sbb dia suka ikut budak kecik....huhuhuh seram lak aku

Doktor tu siap bagitahu yang dia dulu pernah belajar pondok di Indonesia..siang belaja kat Universiti sana dalam bidang kedoktoran..so tahu lah sikit2 benda macam nih.Nak lebih2 dia pun x berani.Benda yang mata kasar kita x nampak, xkan dia nak buat2 cite lak..logik gak tu..Kebetulan aku ngan suami nak pegi b.in kan duit kete n bil telefon dia..so mmg banyak tempat nak singgah.Balik umah, suami terus ambik yassin letak dalam bantal anak...nasib baik xdee pa2 yang x elok berlaku..cuma masa nak tdo anak ada jugak asyik pandang kepala dia..aku wat x tahu je..huhuhuhuh

Tuesday, December 13, 2011

Sakit nyer ati

Tak tahu apsal lak aku nak rasa sakit ati...perlu ke???berbaloi ke??? Serabut kepala otak bila memikirkan soal hati nih.Kalau leh aku x suka nak rasa perasaan lain seperti marah, dengki, lebih2 lagi sakit ati.Nak dijadikan cite ada sorang hamba Allah nih pinjsm duit...banyak x banyak dalam rm200 lebih jugak.Memandangkan kawan dan atas dasar percaya aku bagi pinjam jugak...Xde lah nak pikir bukan-bukan kan...Benda nih dh sebulan lebih dah..masuk bulan 12 nih dah 2 bulan dah maksudnya..

Akupun x faham kenapa pas pinjam duit dia senyap je...bukan x keje, keje gomen lagi.Aku yang x keje pulak bagi pinjam duit kat dia.Kan terbalik namanya tuh.Tak kisah lah tu kan..ada kita bagi dengan ikhlas nak ringankan beban dia..tapi skrg macam ada yang x betul lak.Telefon x angkat,bila angkat x nak cakap...sms jangan cakap lah..haram nak layan.

Nak je pegi ketuk umah or g ofis dia..tapi bila memikirkan ia boleh mengaibkan orang, terbantut jugak rasa tu.Bila bincang2 balik ngan hubby...senang pulak cite orang tua nih, anggap je duit tu bukan rezeki kita...boleh macam tu???Dipendekkan cite, akupun malas nak layan rasa sakit ati aku nih....so aku tawakal je..serahkan semuanya kat Dia yang berkuasa.kalau betul rezeki aku, duit tu akan datang jugak kat aku..kalau x...jawab sendiri lah kat 'sana; nanti kan???apa susah..dunia lepas, akhirat mau lari mana maaaa????

Aku harap dia bahagia lah hendaknya dengan sikap dan peel dia yang macam nih..jadi pengajaran kat aku jugak..Rambut sama hitam tapi ati lain2...sendiri mau ingat lah pas nih...sori, aku bukan jenis yang suka havoc2...so just let time be the judge..hehehehhee