Selamat ulangtahun untuk mu sayang..semoga membesar dengan penuh kasih sayang ibu dan ayah.Walau bukan dari sgi kesenangan, kemewahan dan harta benda.Tapi kasih sayang ibu dan ayah akan sentiasa untuk sayang , di mana sahaja dan setiap masa.Untukmu segalanya ayah dan ibu sanggup korbankan.Jadilah anak yang baik, sihat dan menyenangkan ibu dan ayah dunia dan akhirat.
Terima kasih pada Yang Esa kerana mengurniakan sayang untuk ayah dan ibu.Itulah hadiah perkahwinan yang teristimewa untuk ibu ...Ibu sayangkan Nurfatehah seperti sayangkan ayah, adik dan ahli keluarga yang lain..dan kasih sayang ibu semuanya atas redha Allah..keran ibu tahu semua yang ibu sayang akan pergi tinggalkan ibu suatu masa nanti..Ibu akan hargai setiap detik, masa dan saat yang ada supaya ibu takkan leka dengan kehadiran sayang ...
No comments:
Post a Comment