Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah berjumpa lagi ramadhan tahun nih..dipanjang kan umur lagi untuk menunaikan ibadah puasa untu kesekian kalinya walaupun disaat-saat akhir menggantikan puasa tahun lepas...9 hari pulak tuh.Tapi takper lah, sebab masa tu berbuka sebab tak tahan menyusukan anak setahun setengah..Dah lama juga tak ganti puasa 2010, 2011 alhamdulillah puasa penuh sbb mengandung dan menyusukan bayi..tapi betul-betul mencabar keimanan dengan lapar dan hausnya bila anak menyusu..tuhan je tahu..opss sori , ibu2 yang pernah melaluinya juga tau bagaimana rasanya...

Di kesempatan ini, aku nak mengulurkan sepuluh jari memohon kemaafan buat ahli kuarga yang jauh, sahabat-sahabat rapat dan kenal2 muka buku dan sesiapa yang pernah aku guris hatinya sedar mahupun tidak, betul ataupun salah...biar tuhan sahaja menjadi pengadilnya.Tak guna menegakkan sesuatu kenyataan yang pada dasarnya hanya kebetulan atas perjalanan hidup sebagai manusia biasa.Hamba Allah yang percaya pada Allah Yang Satu..Semoga ibadah bulan ramadhan ini akan berlipat kali ganda dari tahun sebelumnya..aminnnn


No comments:

Post a Comment