Lately nih tak tahu kenapa hati rasa serba salah dalam banyak hal..tapi punca nya satu je sebab aku jadi suri rumah sepenuh masa.Memang aku akui...terlalu banyak yang pertikaikan terutamanya bila melibatkan isu masa depan aku dan anak-anak bila suami tiada nanti.Bukan meminta tapi itu kenyataan yang PASTI akan tiba masanya..Aku? tidak menolak isu tersebut dan tidak jugak terlalu memikirkan kerana aku tahu hubby pasti akan terasa bila aku timbulkan isu tersebut.
Memang kenyataan nya dia tak halang untuk aku bekerja tapi ayat dia 'keadaan dah ok kenapa perlu serabutkan kepala '..itu maksudnya dia x bagi...huhuhu tapi kesian jugak kat anak-anak kalau aku bagi orang jaga sedangkan mereka dah lama dengan aku..hari2 makan masakan aku, makan dari suapan tangan aku..(kecuali makan kat kedai ler)..Memang tujuan utama kerja adalah duit..tapi keadaan aku sekarang sudah cukup selesa..mungkin bukan pada pandangan mata lain..kerana rasa syukur aku mendapat sebuah keluarga dan suami yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikan aku dan anak-anak lebih dari segala yang aku inginkan..Aku tak mahu menyesal suatu hari nanti..ketika mereka bukan lagi jadi milik aku.Sekurang-kurangnya aku mampu membahagiakan mereka dan memberikan mereka yang terbaik..
Demi Allah, aku juga ingin menyenangkan kedua orang tua ku ..memberikan apa yang mereka inginkan tanpa perlu berkira soal duit...tapi mungkin aku belum berkesempatan.Hanya doa ku hadiahkan di setiap solat aku..untuk suami dan juga anak-anak tersayang...Kebahagiaan ku lebih bermakna bila orang yang aku sayang bahagia dan selesa...kadang-kadang kepentingan diri harus diketepikan untuk sesuatu yang lebi bermakna..
Cukuplah Dia tahu yang terbaik untuk ku..Usaha tanpa izin suami pun takkan ke mana, mungkin Dia memberikan aku jalan hidup seperti ini supaya aku meraih pahala lebih berbanding meraih duit..apapun aku bersyukur atas apa yang dikurniakan..mulut orang hanya mampu bercakap dan mata menilai dari luaran..yang merasa aku dan aku jugak yang tau apa yang aku rasa dan apa yang aku nak..
alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment