Monday, September 23, 2013

Kek Pandan Kastard


Lama dah mengidam nak makan kek ni..Bukan je disebabkan kek yang warna hijau dan aku memang suka kan warna hijau..tapi kastard n guna serbuk agar-agar tu buat aku rasa nak kelainan yang mungkin tak dapat kat kek lain..
Resipi nih aku ambik dari blog Ha-sue dan di copy dari Myresipi..memang mostly aku copy resipi dia sebab memang terbaek...thanks kak yer..kalau tersinggah n terbaca n3 aku nih..

aku copykan lagi resipi kastard nya dulu yer..

Bahan2:
  • 1 biji kek span pandan / kek span keladi 
RESIPI KEK PANDAN
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]

 KASTARD:
  • bahan (A)
  • gula kastor -180gram
  • air daun pandan - 500ML
  • serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
  • bahan (B)
  • santan pekat - 400ML
  • tepong hoen kwee hijau - 85gram
  • pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
  • secubit garam
  • UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering
 yang ni kastard yang d siap masak sampai kental.
 pastikan kek yang siap dipotong diletakkan di dalam loyang/acuan yang lagi besar dr size kek yer..untuk memudahkan kita menuang kastard di tepi-tepi kek..
 yang ni lapisan ke 2..kat bawah tu dah siap masuk kastard..nampak tak kat tepi-tepi cantik je kan..

 done !masukkan dalam peti sejuk sekejap dan lepas tu boleh lah dikeluarkan.kalau xde spring foam guna loyang biasa xper..bole je telangkupkan dan keluarkan.x susa mana pun sbb dah keras..
 jeng-jeng-jeng..ini lah hasilnya..not bad ok walaupun position x berapa nak center..1st try ok lah tuh..
nyum3

Saturday, September 21, 2013

IKan Bakar Anjung Batu

Agak lama dah tak makan luar, maklum lah hubby balik dah malam, kesian kepenatan nak makan luar memang aku tak layan..dah cakap siang-siang, kalau rasa balik lambat n nak makan apa selain masakan isteri dia nih sila beli or makan kedai dulu..aku malas nak kuar malam-malam nih..buat penat je kalau kuar setakat nak makan..lagipun kang pas makan mula lah nak merayau..

Minggu lepas hubby ajak g teman isi minyak kete ...pelik gak mula nya sebab minyak kete ada lagi rasanya..aku dah cakap esok aku leh isikan taknak pulak..macam-macam alasan dia bagi.nak kuar beli barang lah, bawa anak-anak jalan-jalan lah..petronas dekat je pun lebih kurang 15m dr umah aku je..so aku cakap aku mls nak tukar baju..pakai baju tido je..dia cakap ok.

sekali jalan pergi kedai ikan bakar pulak..nak tak nak redah je lah..nak cakap apa kan..bukan tak pakai baju ..heheh apapun thanks hubby sebab belanja sayang makan ikan bakar..lama dah makan sejak dia bz dan aku jadi suri rumah nih..huhuhu
 ikan siakap 3 rasa..malam ni just ratah lauk je sebab on diet kan..kang lari lak diet...sampai bila tak turun-turun berat kang..
 yang ni kalau kat kampung aku panggil 'ambal'..kat sini hubby cakap sepahat..rindu kat kg nyer pasal...hubby pun tolong carikan untuk anak tekak isteri dia nih..

 nasi lemak untuk makan ngan ikan bakar..nak nasi putih pun boleh..cuma yang nih diorang memang akan letak kat atas meja
gara-gara aku nak beli ikan siakap kat mydin (yang kononnya dah tak fresh kata hubby)..hubby ingat aku ngidam nak makan ikan siakap..hahaha tu yang bawa g makan ikan bakar senyap2..dengan baju tido aku kuar sbb dia cakap ajak teman g isi minyak kete je..apa2 lah janji tutup aurat kan..

Thursday, September 19, 2013

Kuih Bakar Pandan

Last week aku tebang pokok pandan kat belakang rumah..sayang lak tengok daun pandan yang banyak x buat apa..disebabkan ada 3 pucuk besar so 2 pucuk aku buang datu pucuk lagi aku bawa masuk dalam rumah.Plan nak buat kek berasakan pandan..1st nak wat kek pandan kastard tapi serbuk agar-agar pulak takde dan aku xde mood nak pegi kedai bakery..2nd nak wat kuih pelita..juga tak cukup rajin nak menyetaple kan daun pandan dan bentukkan segiempat..last-last aku buat kuih bakar pandan..alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan..kalau nak cuba sila try..



Resipi aku ambik kat SINI tapi sebab aku buat guna loyang lain instead of cupcake nyer loyang..so waktu bakar pun aku upkan sikit dr 35 minit ke 45 minit..aku copykan resipi untuk sesiapa yang malas nak bukak link tu dan of course untuk rujukan aku jugak di masa akan datang kann..

KUIH BAKAR PANDAN

Bahan A:
250ml air 
6 helai daun pandan (diblend bersama dan tapis)* aku tambah 10-12helai nak bagi hijau pekat

Bahan B:
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
200ml santan pekat (aku guna yang dalam kotak tu)
250ml air
3 biji telur
2 sb mentega (dicairkan)
1/2 sk garam
1/4 sk pewarna hijau epal
sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-Cara membuat:
1.Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
2.Lecer acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c
3.Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, taburkan bijan dan bakar selama 35 minit (aku bakar 45 minit) atau sehingga masak kekuningan.Sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, September 18, 2013

Pan Decoupage


 Bila kerajinan tahap gaban , inilah jadinya..pergi membeli tak beringat kat DIY..tapi yang pasti aku settlekan semua yang aku nak even aku sendiri tak tahu nak letak mana..hahaah suka tengok decorasi kat satu group nih tapi bila pikir balik aku bukan nyer suma umah semak2..lagipun susah nak kemas (padahal malas sebenarnya)..:P oklah layan pic pan yang aku buat nih..mana tahu teringin nak wat leh lah try sendiri k..






Saturday, September 14, 2013

Melty Hershey

Ni kerajinan ku last week.tapi still x rajin jugak nak update blog yang tak seberapa nih.Makin hari makin malas...malas nak mengadap komp lama.lama.Kerja ruma pun dah cukup memenatkan, tambah lagi nak melayan post-post yang tak perlu aku tau pun..kan3..apapun memang terbaik resipi dessert ni.Nak tambah berat badan sila buat menu nih selalu..

 ini untuk lapisan antara biskut-biskut tuh, cream cheese, whipping cream dan gula kastor..pukul hingga sebati..Nak sedap guna biskut oreo..mesti lagi terangkat macam makan kek cheese oreo,,,





taraaa dah siap..tapi kena letak dlm peti ais dulu k..bagi sejuk sikit adunan cheese tuh...gula-gula warna warni tu turun warna tau, so kalau nak bagi orang makan sila letak time nak bagi tu ..xde lah nampak warna pelik semacam je kan..selamat mencuba..kredit tuk akak yang share resipi kat fb dia nih..memang salute akak nih, x kedekut ilmu ..

Wednesday, September 4, 2013

Windmill

Semalam hubby belanja makan kat Windmill..bukan kali pertama, dah banyak kali dah pergi tapi x perna nak sempat ambik gambar dah makan..hehehe Ini pun sebab si kakak nak makan daging..chicken chop ler maksudnya..tapi dianyer order x sempat nak ambik pic..ayah dia ambikkan mixed..so ada daging, ayam, n ikan ...dia x habiskan pun..makan ikan n ayah sikit..daging sikit..suap adik dia jugak..






licin...