Agak lama dah tak makan luar, maklum lah hubby balik dah malam, kesian kepenatan nak makan luar memang aku tak layan..dah cakap siang-siang, kalau rasa balik lambat n nak makan apa selain masakan isteri dia nih sila beli or makan kedai dulu..aku malas nak kuar malam-malam nih..buat penat je kalau kuar setakat nak makan..lagipun kang pas makan mula lah nak merayau..
Minggu lepas hubby ajak g teman isi minyak kete ...pelik gak mula nya sebab minyak kete ada lagi rasanya..aku dah cakap esok aku leh isikan taknak pulak..macam-macam alasan dia bagi.nak kuar beli barang lah, bawa anak-anak jalan-jalan lah..petronas dekat je pun lebih kurang 15m dr umah aku je..so aku cakap aku mls nak tukar baju..pakai baju tido je..dia cakap ok.
sekali jalan pergi kedai ikan bakar pulak..nak tak nak redah je lah..nak cakap apa kan..bukan tak pakai baju ..heheh apapun thanks hubby sebab belanja sayang makan ikan bakar..lama dah makan sejak dia bz dan aku jadi suri rumah nih..huhuhu
ikan siakap 3 rasa..malam ni just ratah lauk je sebab on diet kan..kang lari lak diet...sampai bila tak turun-turun berat kang..
yang ni kalau kat kampung aku panggil 'ambal'..kat sini hubby cakap sepahat..rindu kat kg nyer pasal...hubby pun tolong carikan untuk anak tekak isteri dia nih..
nasi lemak untuk makan ngan ikan bakar..nak nasi putih pun boleh..cuma yang nih diorang memang akan letak kat atas meja
gara-gara aku nak beli ikan siakap kat mydin (yang kononnya dah tak fresh kata hubby)..hubby ingat aku ngidam nak makan ikan siakap..hahaha tu yang bawa g makan ikan bakar senyap2..dengan baju tido aku kuar sbb dia cakap ajak teman g isi minyak kete je..apa2 lah janji tutup aurat kan..
No comments:
Post a Comment