Thursday, January 30, 2014

Apam Beras

Tetiba terasa nak makan apam beras pulak..nasib baik simple dan mudah kan...lebihan nasi semalam pun ada lagi.Bolehlah jalankan operasi.Tekak macam-macam pulak sejak dua menjak nih.Appaun layan reseipi aku ambik dari blog someone nih..of course lah otai dalam masakan..sumber rujuakan katakan..cek sini k..takpun tengok copy aku taip balik kat bawah tuh..


aku x letak kelapa parut sebab takder..he3 layan je lah k..

Bahan-bahan
2 cwn nasi
1 cwn tepung gandum 
3 cwn tepung beras
1 1/2 cawan gula
1 peket yis ( 11gm)
3 cawan air*
 kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras,gula dan yis.
 3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 
4. Perap selama 1 jam. 
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 
7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
 8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.











Sunday, January 26, 2014

Dah Besar Dah Anak-Anak Ibu


Cepatnya masa berlalu..anak-anak pun semakin cepat tumbesaran nya.Alhamdulillah syukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.Masih memikul tanggungjawab menjaga amanah ini dengan sebaik-baiknya.Setelah seminggu balik kampung...aku lebih menghargai setiap masa dan apa yang aku ada.Bukan bermaksud sebelum nih aku tak menghargai cuma lebih lagi menghargai..he3..(ada beza ke ek).









Saturday, January 25, 2014

Hydrangea Dah Mengembang


Gembira nya tengok bunga Hydrangea ku dah mula berkembang.Dalam masa seminggu je dah penuh kelopak.Nasib baik tak mati.Maklum je lah kena tinggal seminggu dengan hubby yang tak berapa nak kisah siram ke tak...pasnih boleh beli benih lagi..tanam dalam pasu besar pulak..mesti cantik je bunga je nanti kan...


Wednesday, January 15, 2014

Lauk Hari Sambutan Maulidur Rasul

Ingatkan hubby cuti hari nih.Banyak benda nak buat tapi satu pun tak boleh atau kata lain tak larat nak buat sorang dengan bawa anak-anak ke hulu ke hilir...memang penat..Pagi-pagi hubby dah keluar settlekan kerja dia kat rumah orang.Sebab hari nih owner nak pasang lampu untuk rumah yang dia wat wiyiring tu

Aku pulak siap-siapkan anak terus mecut ke giant.Konon nak carik botol susu anak memandangkan penutup botol susu yang sekarang hilang ms balik kuantan hari tuh.Sampai-sampai kat giant takde pulak botol susu yang besar OZ macam yang aku pernah beli dulu..beli size biasa tapi x cukup bagi anak aku..kompom-kompom nak 2x buat susu..huhu

Lepas tu aku singgah kat family store beli barang basah.Maklumlah esok nak berangkat ke kampung halaman...so kena siapkan keperluan suami dulu sebab dia tak ikut..keje kan..xper aku faham,Lagipun raya nak balik lagi..

Ini je yang mampu aku masak ari nih.Tapi disebabkan hari nih pasar malam kat area umah aku..Pendek cite hubby balik bawak makanan pulak..xde selera lak nak makan sbb kenyang meratah ayam..

 sayur baby kailan


 kuah percik

ayam percik..

Monday, January 13, 2014

Plastik Pos Laju

Hari ini pagi-pagi lagi aku dah pergi hantar anak ke tadika.Lepas tu terus ke Pos Besar Melaka..nak poskan barang untuk kakak aku kat Shah Alam.Kononnya pergi pos besar sebab nak plastik poslaju free dan aku tak cukup rajin nak membungkus.Kalau tak aku just pergi pos ofis dekat area rumah je..tak sampai 5 minit dr rumah..Tapi bila sampai pos besar kerani tu cakap plastik sekarang kena caj kecuali untuk sesiapa yang ada akaun kat pos besar..so untuk pos hari nih dia bagi aku free sebab dia ambik untuk yang dikhaskan untuk pemegang akaun sahaja..

Balance aku beli terus senang satu keje..takdelah nak ulang alik pergi sana lagi..Lepas nih for sure aku g pos ofis kat area umah aku tu je..senang pun senang, dekat pun dekat..kan3



Sunday, January 12, 2014

Hydrangea Dah keluar Kelopak


Hepi rasa pagi-pagi bila tengok bunga-bunga berkembang mekar..lebih-lebih lagi bunga Hydramgea nih.Boleh dikatakan setiap hari menunggu dia berbunga.Akhirnya berbunga jugak.Ambik masa jugak nak tunggu full blossom kan..yang nih pun dh dekat 2 minggu br banyak nih..harap-harap tak terencat lah hendaknya..Maklumlah makhluk perosak banyak  ..



Nampak macam warna purple je kan.Aku suka warna hijau..mana nak carik warna hijau ek.takperlah...pasnih blh carik warna lain pulak..kan

Saturday, January 11, 2014

Donut


Thanks hubby sebab belikan donut tuk sayang.Walaupun belum lagi teringin nak makan.Apapun rezeki jangan ditolak.Tengah kepala ting tong mikir apa barang nak kena beli untuk ole-ole balik kampung..lega bila hubby balik buat keje luar belikan donut..ringan sikit beban nak masak bagai..siap beli sekali nasi ayam utk anak-anak..sayang abang ketat2..


Saturday, January 4, 2014

Modem Baru-TP link


Kebelakangan nih internet umah aku asyik semput je..kjap ada line kejap takde..kena restart setiap kali xde line.Bila kol TM..technician check bukan masalah line tapi modem aku yang dah 4 tahun lebih guna tuh.da uzur lah katakan.Nak tak nak kena la tukar modem baru.Siap setting dalam rm130++ x silap ...kalau tempat lain mungkin setting tu mahal sikit kot..wallahualam.



Syukur lah lepas tukar modem baru nih, line pun ok..langsung takde semput-semput dah..nak upload blog pun senang dah.Bertukar tahun baru...semua nak baru..tapi takper lah sebab yang nih nak guna lama kan..mana yang penting didahulukan..

Friday, January 3, 2014

Lobak Putih Masak Lemak


For the 1st time aku masak sayur lobak putih nih.Bukan sebab tak makan..tapi jarang jumpa kat kedai2 orang jual (ke aku tak tahu)..hehee Tapi kali nih pun bukan dibeli tapi jiran bagi.Last week kenduri kawin adik bongsu dia buat kat umah dia (sebelah umah aku je pun),so balance-balance sayur-sayur, buah-buah dia bagi kat umah aku..bukan umah aku sorang, jiran-jiran lain pun dapat.

Antara lain sayur aku dapat lobak putih ni lah..yang lain-lain seperti kacang panjang, terung purple, bendi dan sayur kobis..banyak gak tu..boleh masak untuk seminggu

yang ni aku masak lemak biasa je..letak udang kering sikit , bawang merah dan bawang putih.Cili aku tak letak sebab takut anak aku tak makan pulak kang..

My Handrangea

dh mula menampakkan putik..
dah berputk..xlama lagi berbunga..mood suka

dah kuar satu kelopak.nampak tak yang warna purple kat dahan tuh..yeyeye suka nya..x sabar nak tunggu blooming..warna apa agaknya..



Thursday, January 2, 2014

Sesi Persekolahan 2014

Hari pertama persekolah dah bermula.Nak kata excited xde lah sangat kan..sebab tahun nih still kat kemas lagi.Alhamdulillah cikgu pun still cikgu yang sama.harap2 tahun nih dia makin rajin blaja..maklumlah tahun lepas banyak penat bila suh buat execise...apapun happy tengok dia bangun sendiri ..bermula kembali tugas sebagai seorang supir...hehehhe