Arinih terlebih rajin..bukan rajin mana pun tapi sebab dah lama teringin nak masak kek pisang..tapi asyik habis je pisang dek budak-budak nih, so terbengkalai je lah jawabnya..resepi nih aku ambik kat myresepi ..sesapa rajin boleh cek k..adunan aku buat separuh je sebab takut x jadi..so far alhamdulillah jadi..so boleh copy kat sini untuk rujukan di kemudian hari..
Sini aku copykan resepi tu balik.Untuk sapa-sapa nak try dan of course tuk rujukan aku sendiri nanti kan..
yang nih aku buat separuh adunan je..nak try kan..dah jadi ok je nampaknya..so next time boleh repeat kalau nak guna resepi yang sama
yang nih aku buat separuh adunan je..nak try kan..dah jadi ok je nampaknya..so next time boleh repeat kalau nak guna resepi yang sama
Bahan-bahan ( saiz biasa )
- 7 biji pisang berangan
- 1 cawan minyak masak
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 5 biji telur
- 2 cawan gula halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 cawan gandum
Cara-cara
- Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
- Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
- Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
- Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
- Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C