Friday, April 11, 2014

Nasi Ayam Penyet

Ari ni bila sembang dengan kawan-kawan kat wassap mula lah macam-macam menu nak masak.Last-last aku pulak yang masak sebab bahan-bahan pun ada kat dapur..cuma ayam je kena beli sebab ayam yang ada semua daj potong kecik-kecik.

Dan hari nih jugak aku nyer barang shaklee sampai..excited ko.Maklum lah nak kurus kan.Sapa tak teruja.Nak jugak tengok keberkesanan produk nih.Shaklee tu aku buat next post yer..ari nih nak bagitahu pasal ayam penyet aku nih..sini aku share kan resepi nya..yang nih memang resepi aku buat sendiri..hasil dari olahan resepi asal kat tenet..

Bahan-Bahan:
untuk ayam:

3 ketul paha ayam diperap bersama bahan-bahan blender iaitu
-3 biji buah keras
-1 sk jintan manis
-1sk jintan putih
-1sk ketumbar
5 biji bawang merah
-7 biji bawang putih
-2sb serbuk kari ayam
-2 sb tepung jagung
-1sk serbuk kunyit
-garam , ajinomoto

perap dalam sejam.lepas tu goreng dan ketuk2 sikit sebelum dipotong..keriuk2 pun kutip sekali tau..tabur je atas ayam tuh

Bahan sambal:
-5 biji cili merah
-8 biji cili api merah
-5 biji cili api hijau
-sebiji tomato besar
-sebesar ibu jari belacan

goreng sekejap semua bahan dan diblend tanpa meletakkan air.nak tumbuk lagi bagus.Perasakan garam dan gula.Nak lagi pedas boleh tambahkan cili yer..


Ulaman:timun, kacang panjang, tomato..ikut suka nak letak apa k..saya suka timun je..he3


selamat mencuba

No comments:

Post a Comment