Thursday, May 22, 2014

Bersama Menghayati..

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.
Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.
Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.
Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

 

KEBERKATAN YANG DICARI
6 cara utk mendapat pahala setelah mati:

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

Monday, May 19, 2014

Roti Pizza

Dah lama pasang niat untuk buat roti pizza..hari nih tercapai jugak.let pic speak k u all..nak resepi ada kat entry terdahulu..lebih kurang je.Ini bukan roti pizza biasa makan kat pizza hut or domino ye..nih adunan doh roti biasa tapi topping dengan cis..nanti2 kita try doh pizza sebenar pulak..

Bahan A


Bahan B

bahan A yang dah disatukan..jadi macam bebutir kan..
pastu masukkan sedikit demi sedikit bahan B

dah jadi macam nih uli balik dengan tepung sampai x lekat kat tangan yer..

perap
dah kembang

canaikan dan letak apa yang kita nak letak..
siap

Saturday, May 17, 2014

Ujian apa kah ini??

Tak tahu nak cakap macam mana.Kenapa tiba-tiba hati rasa ralat or kata lain kecewa.Tak habis berfikir di kepala otak aku kenapa???Salah aku or memang dia begitu??Dah lama kah ia berlaku ?adakah apa yang aku fikirkan selama nih hanya mainan perasaan atau gerak hati yang sebenarnya betul?

Ya Allah, kau bantu la aku , tunjukkan aku kebenaran yang nyata dan berikan aku sedikit kesabaran dari lubuk jiwa wanita ku yang lemah.Bisikan syaitan kadang-kala menggoyahkan iman dan kepercayaan aku pada dia.Andai itu sebenarnya dia...aku pasrah ya Allah.Hanya Engkau yang tahu setiap yang Engkau berikan merupakan ujian untuk hambaMu yang kerdil lagi alpa ini..

Engkau peliharalah aku dari sifat fitnah dan membabi buta dalam perlakuan mahupun perbuatan.Aku tak mahu terus berfikir sesuatu yang belum sahih dan Engkau permudahkan bagiku Ya Allah sekalipun ia mungkin kesakitan bagi hati kecilku.Aku redha...Kuatkan aku demi mereka yang aku sayangi...

Wednesday, May 14, 2014

Roti Butterscotch


Bila dah dapat resepi yang best, of couse takde masalah nak makan apa yang kita suka.Lebih-lebih lagi bila mood rajin datang.Anak-anak nak roti sosej..kebetulan nak try sos krim butterscotch so buat dua adunan.Boleh jugak leh kirim kat rumah sebelah.Tak salah bagi orang rasa disamping sedekah kan...

buat yang mula-mula nak try adunan roti nih, diharap bersabar yer sebab adunan memang sedikit lembik.Tapi jangan risau yer..uli dengan taburan tepung atas papan pencanai dan uli sampai tak melekat kat jari..tak perlu tambah tepung yer..uli sikit-sikit sampai sebati.Lepas tu perap doh selama 30 minit atau naik 2x ganda.
 Dah kembang macam nih bolehlah di bentuk bulat-bulat macam buat pau tu cuma xde inti je..pastu susun jarak-jarak macam gambar kat bawah ni.Tunggu lagi sampai kembang baru leh bakar yer..150-20 minit..api atas bawah 200 darjah celcius.


 jangan lupa sapu kuning telur+2sb air sebelum masukkan roti dalam oven.Dan oven mesti dipanaskan dahulu 10 minit sebelum proses membakar roti yer..
 Nak lebih cantik boleh tabur badam n biji sawi atas roti,..pastu boleh lah bakar

 BUTTERSCOTCH SAUCE
sumber: kak izahdaut

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)

Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.



 tekstur yang lembut ..
even dah 4 jam sejuk..

Saturday, May 10, 2014

Kek Alunan Kasih


Kemalasan tahap gaban pun sempat jugak siap kek nih.Disebabkan tak tahu nak mengunyah apa..anak pulak asyik nyelongkar dapur..so buatlah kek sebiji..eh bukan sebiji separuh bijik je..buat sebijik kang tak habis membazir kan..Lama dah nak try buat kek nih.Tapi entah kenapa asyik tertangguh.Akhirnya tertunai jugak ari nih..

Resepi kek nih aku cilok dari blog secubit garam @ kak Nor .Memang tak rugi mencuba..tapi aku nyer lapisan serbuk koko nipis sangat.Tak nampak lak adunan alunan tu kan..takperlah nanti boleh buat lagi dah tahu mana kelemahan..
Aku copykan balik resepi kat sini untuk rujukan di masa-masa akan datang k..

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
 
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.




aku ikut semua resepi yang kak nor tu buat..cuma sebab layer nipis sangat serbuk kok pun terikut sama..apapun kek nih memang sedap..

Wednesday, May 7, 2014

Roti Kacang Merah


Dah lama keinginan nak buat roti sendiri.Dulu pernah buat tapi bila sejuk keras rasa nak baling ke dinding pun dinding taknak terima.caner tu???Tapi akhirnya aku temui resepi yang mudah, simple dan of course menjadi.Lembut time panas dan sejuk pun lembut lagi,,Resepi nya boleh dapat kat blog kak ZalinZalina .

aku copykan resepi kat sini senang untuk panduan aku sendiri di kemudian hari.Aku bahagian bahan kepada 2 iaitu bahan A dan Bahan B

Bahan-Bahan: A
250 gram Tepung Roti / High Protein (aku guna t.gandum +1sk b.powder)
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
1/2 sudu kecik Bread Improver (xletak sbb xde)
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B


Bahan-Bahan: B
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya:
 Satukan bahan A
 Satukan Bahan B
mixed kan bahan A dan Bahan B.Bungkus dengan plastik dan perak dalam 30 minit atau ingga doh naik

 setelah doh naik
 tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan bolehlah dibentuk bulat-bulat dan dimasukkan ke dalam loyang.tunggu 45-1 jam untuk doh naik.
 yang nih doh dah naik setelah 1 jam lebih dibiarkan..
 jgn lupa sapukan bancuhan telur+2sk susu/air di atas roti..

 siap setelah dibakar 20 minit,,

tengok teksturnya..sangat2 lembut..terima kasih untuk resepi yang best dan mudah nih..

Tuesday, May 6, 2014

Besarnya Rahmat Tuhan

Sekarang macam lebih banyak masa kat rumah.Hari-hari nak kena kemas rumah, mop lantai, lap apa yang patut tak nak bagi debu-debu.Yang pasti kapet dalam bilik kena vacuum 2x seminggu...latelay nih hubby makin cerewet lak bila masuk rumah baru.Konon taknak rumah nampak macam rumah setinggan..waaaa kelas ek ayat macam dulu duduk umah banglo.Apapun syukur atas rezeki yang Dia beri.Tak sangka akan dapat duduk rumah sendiri seawal yang dijangka.

Plan nak beli rumah tahun depan 2013..alih-alih 2012 dh dapat..Yelah dengan sumber gaji sorang kerja macam tak mampu je nak beli rumah.dah lah kete pun hubby bayar..semua nak duit tuh.Tapi itu semua rezeki Allah bagi.Bukan 'rezeki' duit je..banyak lagi bentuk rezeki Dia bagi dalam bentuk lain.Anak pun rezei jugak, keje pun rezeki jugak..terpulang cara kita mensyukuri dan berkongsi rezeki yang dia bagi dan pinjam tuh..

Bila dah masuk rumah baru..lega sesangat sbb..

1.Takyah nak pening-pening pikir pasal pindah rumah
2.Aku dapat rumah yang ada tanah belakang.So hepi sangat sbb aku memang ingin rumah yang boleh aku manfaatkan tanaman tuk masak...nak masak just ambik je belakang rumah..So far sekarang aku dah tanam  pokok kari, daun pandan, daun kesum, daun kunyit dan serai...suker sangat xyah nak beli-beli lagi..

3.Anak aku dah ada bilik sendiri yang still dalam proses mendeko sebab nak pink kaler...beli sikit-skit lah mana yang termampu









Monday, May 5, 2014

western & Grill Jasin


Ni cite last saturday..Tak tahu apa mimpi somi ajak makan kfc tengahari..malam lak makan kat sini.depan mydin Jasin..bagi aku..x berapa sedap.mungkin sbb aku dah kenyang sebenarnya.Tapi hubby cakap not bad..





Saturday, May 3, 2014

Musim Mangga Lagi



Meriah nampak bunga-bunga putik pokok mangga sedang galak nak mengeluarkan buah.Mangga Delight ni memang manis.Biasa kalau jatuh sayang sangat ..so kalau dah nampak kuning-kuning tu boleh lah dipetik dan diperam..Alhamdulillah rezeki duduk umah sendiri..dah 3 kali berbuah..kali nih boleh sedekah kat orang lain pulak.

 bukan kata umah aku je pokok mangga galak berbuah..sepanjang-panjang jalan taman nih ada yang dah besar buah pun ada..apapun syukur dapat merasa lagi..