ermmmm arinih bawak anak g klinik untuk cek hidung dia yanga syik berbunyia bila bernafas.Makin cuaca sejuk makin kuat lak bunyi nafas.Bukan asma yer..doktor cakap sinus atau kata lain resdung.Kena pantang makan n satu lagi doktor dah buat surat untur refer hospital tentang bengkak dalam lubang hidung dia.Apapun kita tunggu apa result nya nanti.Plannya esok baru nak g sepital,,semoga dipermudahkan.Tunggu kata pakar untuk wat small operation sebelum makin teruk dan datang lak penyakit2 lain..
Monday, June 30, 2014
Sunday, June 29, 2014
Salam Ramadhan
Pejak celik pejam celi dah masuk ramadhan yang ke 8 bersama suami.Alhamdulillah syukur ke atas rezeki dan hadrat ilahi.Semoga tahun nih memberi keberkatan untuk kita semua hendaknya.Perancangan Dia terbaik untuk kita..Jangan lupa niat puasa dan niat meningkatkan amalam kita demi mengharapkan Syurga yang abadi..semoga dipermudahkan jalan pulang kita nanti....amin3...
Thursday, June 26, 2014
Wednesday, June 25, 2014
Hyndrangea Berbunga Lagi
Berbunga kali ke2..batang dan pucuk yang bary.Dulu sebatang sekarang ada 3 batang pucuk yang berlainan.Dan of couse akan lebih rimbun dan berat.Cantiknya ciptaan Allah..layan pic je la..
Tuesday, June 24, 2014
Semprit Susu
Terasa melonjak2 hati nih nak try resepi semprit susu nih.Resepi dah ada lama.Tapi bila tengok sorang2 post kat satu group resepi nih.Tiba2 lak hati nih terdetik nak try gak.Kebetulan kat jusco ada promosi buttercup..apa lagi pergi pecut kete pergi pagi2 semata2 nak beli buttercup.Balik umah terus mulakan operasi.Anak-anak suka automatik ibu pun senang hati.Berbaloi buat sebab lembut.tapi hati2 sebab adunan makin lama makin keras dan sakit tangan nak tekan..apapun mabeles
Bahan2 simple je..
600gm tepung jagung
1/2 tin susu pekat
1 buku butter(250gm)
yang nih resepi yang aku guna..tapi ada satu lagi resepi yang mungkin dah di olah sebab adunan mengeras bila lama dibiarkan pada suhu bilik.yelah sementara menunggu adunan dibakar mesti nak terap lain kan..Yang ada oven besar boleh masuk satu adunan tu xyah lah cakap lah..mmg senang keje
Resepi 2:
400gm tepung jagung ( 1paket)
1 buku butter
100gm tepung ubi/kanji
1/2 tin susu pekat.
yang nih aku tak try lagi.tapi nanti aku try jugak..untuk sapa2 yang nak try tu tangan kena urut dulu yer..he3..
Sunday, June 22, 2014
Petua Baru
Bila dah banyak group join..mesti terdetik nak try apa-apa yang dikongsikan.Tak kisahla petua ke, resepi atau mana nak dapatkan sesuatu barangan atau barang keperluan seharian.Apapun itu satu kebaikan untuk kita kan.Terpulang kat kita je lagi nak adapt benda tu kearah kebaikan atau just let it go by the flow..Serius rugi kalau kita tak try, sebab dari situ kita tahu benda tu elok ke tak, jadi ke x..betul x?
So arinih aku try satu petua baru..mungkin dari orang-orang terdahulu atau dari sedara terdekat empunya petua.Tapi serius memang betul-betul berkesan,Cuma kalau tak larat nak duduk mencangkung, lap guna tangan atau kaki.Mana-mana yang selesa utk diri sendiri..penatnya tetap sama.Peluh tetap menitik macam air hujan baru nak jadi..huhu
oklah kita layan pic nih yer..sori sebab x sempat nak share gambar sebelum.Tapi kalau rasa ini penipuan..sila cuba sendiri..
petua dari group deco rumahku syurgaku (fb)
Lap lantai (tile) menggunakan kain batik dan air suam
Thursday, June 19, 2014
Meat ball ala Ikea
Bila dah nama love cooking tu, rasa terpanggil lak nak try resepi untuk sos meatball nih.Bukan je boleh untuk makan meatball je, chicken chop pun boleh.Tak rugi try resepi nih, suami cakap sedap.so next time boleh wat stock simpan dalam peti...apapun thanks buat yang share resepi.semoga murah rezeki..
Meatball ala Ikea
sumber: group fb (resepi ringkas)
- 1 bj bawang holland dipotong dadu dan digoreng sampai layu.Angkat dan ketepikan
- 2 sudu besar mentega dicairkan di atas api dan masukkan 2sb tepung gandum.
- Biar keperangan baru masukkan bawang yg digoreng tadi.
- Masukkan tomato sebiji dipotong dadu,
- kiub ayam seketul
- 2 sb kicap manis
- 3 sb sos tiram
- 3 sb sos tomato
- 2 sb lada hitam
- 1 1/2 qir
- 100ml susu segar/susu cair
*renihkan sekejap dh sejuk blend semua tu.siap..
Tuesday, June 17, 2014
Air Pelawasan/untuk kurus
RESEPI: Air Pelawasan untuk kurus
sumber : group fb
1 biji timun
1 biji buah lemon
3 inci halia
12 helai daun pudina
1 liter air
biarkan semalaman sebelum diminum..air nih hanya bole bertahan 48 jam sahaja yer..pastu x habis leh buang..x elok untuk perut.
Monday, June 16, 2014
Sambal Udang
Disebabkan anak suka sangat makan nasi minyak ngan sambal ayam, so ari nih tukar menu plak..nasi jagung dengan udang sambal..jagung frozen ada, susu cair pun ada boleh lah wat apa yang diinginkan..lagipun arini dah start sekolah pas cuti panjang..all for u my princess
Sunday, June 15, 2014
Roti Butterscotch lagi
Kali nih wat untuk abang yang nak datang rumah.Tak tahu nak buat apa untuk minum2..yang paling simple n mudah...roti je lah kot..alhamdulillah diorang cakap sedap..Tak rugi buat..anak-anak pun suka..
yang nih untuk buah tangan bawa balik..dapat 2 loyang..satu untuk makan, satu lagi untuk bawa balik..alhamdulillah..
Friday, June 13, 2014
Tv Rosak Pulak
Dah sampai masa almarhum jugak tv kitorang nih.Ari tu beria nak beli tv last2 aku decide beli peti sejuk dulu.Kan dah merajuk lak tv aku ni..huhu
Thursday, June 12, 2014
Pandan Butterscotch
Bila dah rajin mesti lah buat apa yang kita suka..memasak.Masakan sama pun takper sebabnyer..kita n anak-anak suka makan.Arini try resepi roti pandan plak.Resepi yang sama cuma tambah sikit perisa pandan, yang siap ada pewarna tu.Senang dan mudah..
Takde banyak beza pun cuma rasa dan warna yang lain sikit.Tekstur roti sama je.Yang bestnya kuah butterscotch tu buat roti lagi sedap.tak percaya boleh try.
sedia untuk dibakar..
dah curah kuah butterscotch boleh lah dingap..anak2 pun suka .
Subscribe to:
Posts (Atom)