Saturday, August 30, 2014

Roti Sosen dengan Slice cheese


Assalammualaikom...rajin beno nak update status sekarang..Bukan rajin mana pun tapi sebab line dah tak berapa semput n komputer pun dh format baru.Berat bila banyak sangat isi dalam nya kan..oklah ni menu aku buat ari nih..roti lapis cis ngan sosej.Slice cis nih aku agak dh dekat sebulan dalam peti.Bila en somi beli x reti nak beli pack kecik..ini la padahnya, xde orang nak perabis..so ternampak plak resepi buat macam nih.Simple kan..anak-anak suka..somi pun suka..


bahan2:
roti
slice cis
telur
sosej




yang ni aku tambah sendiri kebetulan bread crumb ada so guna je lah apa yang ada..jangan membazir..


inilah hasilnya setelah digoreng..yummy..tapi jgn makan selalu sangat cis ni kang gemuk susah plak..
selamat mencuba

Friday, August 29, 2014

Kuih Belimbing

Dah beberapa ari tak buat bfast untuk suami dan anak.Sekadar buat air kosong je..Nak wat macam mana bila dah kemalasan melanda.Plus kepenatan badan..uhhuhu semakin malas dan lemak pun semakin banyak..oh nooooo

oklah semalam aku rajin okey...nak try resepi yang mudah bagi aku.ada barang dan rajin boleh lah try nih..lebih kurang macam churros jugak.cuma kali nih aku pakai acuan lain..layan yer pic


Didihkan air, gula, esen dan marjerin.


Tutupkan api dan masukkan tepung.Kacau cepat.


Masukkan telur dan kacau lagi.

Dah sebati..masukkan dalam acuan seperti kat bawah nih..dan boleh lah digoreng.Potong setiap 5cm yer..nak panjang2 pun boleh..ikut suka..


Taraaaaa...dah siap untuk dingap..selamat mencuba..resepi penuh kat bawah nih yer..

KUIH BELIMBING
sumber: fb resepi ringkas

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sb marjerin
1 sb gula
sedikit esen vanilla..

Cara Membuatnya:
1. Didihkan air, gula, esen dan marjerin.Sementara itu dalam mangkuk lain pukul telur sekejap
2.Tutup api, masukkan tepung, kacau cepat-cepat hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehigga sebati dengan tepung.
4.Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dann picitkan dalam kuali.Potong setiap 5cm.
5.Goreng hingga kekuningan dan angkat.
6.Taburkan gula.Sedia untuk dimakan.

Thursday, August 28, 2014

Api-Api Steamboat & Grill



Ni last week nyer cite.Akibat stress melampau di rumah dengan perangai anak-anak yang tak habis buat sepah..so ajak somi g daiso nak beli satu dua barang tuk terapi..and last somi ajak g makan kat api2 betul2 depan jusco baru..sebabnya dia balik tadi x sempat makan aku dah ajak kuar...



makanan kat sini not bad..harga rm29.99/adult, rm9.99/cild below 6y..tapi kebetulan plak kitorang pergi ada special diskaun which is free for child..alhamdulillah rezeki .Makan kat sini ada buffet n steamboat..Tapi make sure kalau ambik maknan tu habis ye..sebab rm30 akan dicaj untuk pinggan yang berisi lauk yang x abis makan...





kitorang makan licin ok..so xde la bayar denda..anak makan nasi lemak 2 pinggan..dengan sosej sepinggan..x rugi bw makan

Wednesday, August 27, 2014

Rojak Petis


Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni tekak ni dah mengalahkan orang mengidam.Preggy???oh no no no bukan sebab tak percaya tapi memang tak mungkin.Sebabnya...only me know.boleh macam tu..he3

Disenbabkan tekak nih memang mengidam tahap gaban.Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku drive kat petronas yang dekat umah yang tak sampai 50 meter tu semata-mata nak beli rojak pertis pakcik nih.Last kepala  otak aku yang tak berapa nak rajin berpikir sejak dua menjak nih akhirnya berjaya memberikan aku satu alasan yang munasabah untuk merajinkan diri mencari resepi rojak petis supaya aku boleh layan rojak nih hari-ari tanpa jemu.

Godek punya godek resepi yang tidak memerlukan bahan yang banyak.dan of course aku nak buat terus.Bukan esok atau lusa yer.Nak pegi kedai beli barang plak memang tak rajin.Google ada so cariklah sebanyak resepi yang boleh...pastu cek bahan..Akhirnya aku berjaya jumpa resepi yang mudah, simple dan of course sangat sedap..Aku jumpa kat SINI..terima kasih kak dayang sebab  resepi yang mabeles ni.Pasnih taubat nak beli dah.Buat stok banyak kat dlm peti.Senang kan..

Resepi ada kat bawah untuk sapa-sapa yang masuk mencari resepi petis yang sedap..






Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)

Cara-cara :

1.Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
2.Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
3.Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata..Tutupkan api. Biar ia sejuk.
4.Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit.

Selamat mencuba!

Tuesday, August 19, 2014

Darah Tinggi

 Hari nih bangun pagi tengok somi tido depan tv.Dia cakap x sedap badan, x boleh nak tido.Pendek kata serba tak kena.Malam tadi dah g cek doktor darah naik sampai 196/120..tinggi giler.patut lah sehari dua nih dia asyik mintak picit kepala sebab pening.


Memang dah agak kalau asyik pening memang petanda tekanan darah tinggi.Solution nya hari nih pas hantar anak sekolah aku kena bw dia pegi klinik panel untuk buat urine test dan ambik darah.Tengok tu muka steady tapi risau sebab dah kena berus ngan doktor pasal penyakit dan risiko kalau berlarutan.Suh warded taknak..degil kan...

Balik klinik singgah plak family store beli barang dapur sikit,,dan petang plak pegi perodua untuk settlekan pasal kete kitorang yang x kuar bengkel lagi tu.Tapi in sha Allah kalau xde apa aral next week boleh siap sbb barang dh order dh kerosakan pun depan je.Based on orang perodua tu cakap...apapun tq sebab memahami.Yang peliknya benda nih dh masuk 3 minggu.

Delay sebab callman tu lambat htr dokumen kat en asraf ni..dr 4hb kitorang bg dokumen 13hb br sampai kat en asraf..pastu kol dia on that 14 dia cakap br submit kat kl amassurans nyer ofis n on 16th adjuster dh sampai..semalam dia dah order barang n arini sign untuk approval owner n pemandu...harap2 settle cepat..rindu kat kete buwok aku tuh..

Sunday, August 17, 2014

Kek Marble Gebu


Lama tak post kek kat blog tak seberapa nih.Maklumlah mood raya lagi, kemalasan nauzubillah tak tahu kenapa.Bukan nak wat kek je malas, nak masak pun malas.Tapi demi anak-anak dan suami kerajinan yang sedikit kena jugak kutip sikit-sikit sebelum berkumpul jadi lagi parah.

Yang nih kes last week, anak pengasuh anak aku dulu yang tengah preggy nak makan kek marble katanya.Tapi tak nak banyak nak sikit je.Apa maksudnya tu ek..kalau korang faham cer korang explain kat aku..bagi aku kalau jual kek xde istilah nak sikit, nak separuh sebab kek memang ikut adunan nyer..kecuali kalau nak free..betul ke ek..


Kadang-kadang aku pun tak faham orang nih bila nak makan pun berkira.Dan jangan tak tahu dengan sedara-mara lagi lah berkira ya ampun kan..tak semua tapi wjud tau manusia macam ni..
So jadiknya aku watkan size kecik macam nih.Yang atas tu untuk anak-anak dan anak tekak aku..cukup lah kan.

kalau korang nak try resepi kek ni..aku bagi resepi sekali.Dont wory kompem jadi kalau korang tak derhaka..Resepi ni aku tak ingat ambik kat sapa.Yang pasti member aku yang  bagi dan dia pun ambik kat mr google.So sapa2 yang tersinggah blog dan nampak resepi nih..sori yer ampun sgt2 sbb tak ingat nama pemilik yang asal..yang dicopy pun tak tahu sapa punya..mohon halal yer..

Kek Marble:
227 gm mentega/butter
170 gm gula kastor
5 biji telur
170 gm tepung gandum
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
4 sb serbuk koko dijadikan untuk pewarna

cara2
1.pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu hingga habis dan pukul lagi.
3.Lepas tu masukkan susu pekat, esen vanilla dan ovelette.pukul lagi
4.masukkan tepung yang diayak dengan baking powder.gaul sebati,
5.bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu biarkan warna asal dan satu lagi campurkan 4 sb serbuk koko.
letakkan warna asal dulu diikuti warna koko dan buat sehingga habis.

bakar 150-40minit/hingga masak..
k.kalau kukus 50 minit




Sunday, August 10, 2014

Kena Cakar Kucing

Dah lama nak update tapi entah lah, macam malas dah nak bukak laptop.
Tengoklah nih macam mana jantung rasa nak benti berdegup.Risaunya Allah je tahu.Tenga-tengah leka masak kat dapur tetiba tengok anak main basikal kat luar dengan mata merah..Si kakak cakap kena cakar kucing.Apa lagi dengan sepantas kilat terus capai kunci kete n pergi klinik panel.


Doktor bagi injection mati kuman dan ubat titik selain ubat antibiotik.Harap-harap ok lah..




Ni nampak dah ok sikit lepas 3 hari gunakan ubat titik dan makan antibiotik..