Wednesday, August 27, 2014

Rojak Petis


Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni tekak ni dah mengalahkan orang mengidam.Preggy???oh no no no bukan sebab tak percaya tapi memang tak mungkin.Sebabnya...only me know.boleh macam tu..he3

Disenbabkan tekak nih memang mengidam tahap gaban.Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku drive kat petronas yang dekat umah yang tak sampai 50 meter tu semata-mata nak beli rojak pertis pakcik nih.Last kepala  otak aku yang tak berapa nak rajin berpikir sejak dua menjak nih akhirnya berjaya memberikan aku satu alasan yang munasabah untuk merajinkan diri mencari resepi rojak petis supaya aku boleh layan rojak nih hari-ari tanpa jemu.

Godek punya godek resepi yang tidak memerlukan bahan yang banyak.dan of course aku nak buat terus.Bukan esok atau lusa yer.Nak pegi kedai beli barang plak memang tak rajin.Google ada so cariklah sebanyak resepi yang boleh...pastu cek bahan..Akhirnya aku berjaya jumpa resepi yang mudah, simple dan of course sangat sedap..Aku jumpa kat SINI..terima kasih kak dayang sebab  resepi yang mabeles ni.Pasnih taubat nak beli dah.Buat stok banyak kat dlm peti.Senang kan..

Resepi ada kat bawah untuk sapa-sapa yang masuk mencari resepi petis yang sedap..






Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)

Cara-cara :

1.Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
2.Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
3.Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata..Tutupkan api. Biar ia sejuk.
4.Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment