Wednesday, April 29, 2015

Sambal Pedas Berapi


Lama dah menjengah dapurku sayang..sayang lah sangat kan.Al maklum lah bila jiwa malas memang malas ler jawabnyer..Tapi hari nih serius aku rajin.Rajin tak rajin mana tapi rasa nak makan pedas plak tetiba.Resepi nih actually resepi sambal tutok indon lebih kurang macam tu ler.


Kalau jenis yang tak tahan  pedas tu boleh lah guna cili merah besar tu..tapi aku guna cili api merah kecik-kecik tu.Somi aku jenis tak layan kalau tak pedas.Tapi yang nih memang terangkat.Oklah bahan-bahan nya senang jer..

Bahan2:
cili padi (ditumbuk)
bawang merah (ditumbuk)
bawang putih (ditumbuk)
bawang besar (dihiris)
tomato (dihiris)

caranya:
- goreng garing bahan yang ditumbuk hingga betul2 garing, masukkan bawang besar yang telah dihiris, tomato dan last sekali ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu.Siap..

selamat mencuba.Yang nih aku add on kentang sebab kentang tak habis-habis bila beli..he3

Wednesday, April 8, 2015

Bedung & Sarung Tilam Baby


Settle part bedung bayi dan sarung tilam baby.Entah kenapa mata nih suka plak hijau berbanding biru.Nasib lah kan warna sejuk ok ler.Dah itu je yang nampak elok kat mata ibu nih skrg.hikhikhik

 Yang ni bedung baby.Cukuplah 2 helai tuk tukar-tukar.tambah satu bedung yang ader cap lagi.Itupun nasib jumpa kain flannel nih.Kat Melaka punya lah susah cari.Kalau ader pun corak tak berapa cantik.Mostly kartun-kartun je.Tapi sekarang semua dah lega.Settle dah persiapan asas untuk bakal newbaby

Tuesday, April 7, 2015

36 Minggu

Alhamdulillah dah memasuki minggu yang ke 36.Pejam celik pejam celik tak terasa cepatnya masa berlalu.Dengan segala kepayahan di awal-awal kehamilan dengan malas serba serbi Allah je tahu macam mana rasa fedup dan tersiksanya jiwa ragaku..hukhukhuk emosi la plak kan.

Tapi yang bestnya kepenatan, kepayahan, kesengsaraan serta keletihan berbalas bila mengetahui jantina baby yang bakal dilahirkan adalah lelaki.MasyaAllah gembiranya hanya Allah yang tahu.Betullah kata orang setiap pengorbanan dan kepayahan ada hadiah gembira menanti.Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi bayi ini akan berada dalam pelukan dan dakapan aku.amin

Ok lah sebenarnya nak cite last week nya chek-up scan untuk cek air ketuban dan berat baby.Tapi doktor detect air ketuban banyak n nak refer pakar kat hospital.Dan aku pun dengan cuak jugaklah balik umah cite kat somi dan of kos somi aku lagi gabra dari aku ok..tapi nasib baik lah pagi tadi doktor tu call cakap appoint tuk refer pakar dibatalkan memandangkan aku dah dekat nak due.And repeat scan akan dibuat this next check-up which is this thursday.

Sebenarnya doktor tu risau sebab history aku sebelumnya 2-2 baby besar especially 1st baby aku yang lahir normal 4.1kg.Makaiiii besarnya kan...normal plak tu.Doktor boleh pelik macam mana aku boleh bersalin normal bb sebesar tu tambah2 anak sulung.Aku??? tak terkejut sebab 1st experience.Tapi serius kalau dengar cerita mengenai anak sulung lahir normal macam2 kes walau kecik apatah lagi aku yang besar macam bb dah 3 bulan...

Apapun semua tu bahagian masing-masing.Yang penting doa dan teruskan berdoa semoga Allah permudahkan segala perjalanan dari mengandung hingga proses melahirkan.Dia sebaik2 perancang kan.Kalau ada pun yang tak elok semasa atau selepas melahirkan itu juga atas izin Nya .

cukuplah bebelan untuk hari nih.Mood malas dan stress lagi sebab xleh nak kuar rumah.Badan dah terasa berat dan harap2 semoga baby nih akan kuar sebelum due nya..amin..

Saturday, April 4, 2015

Persiapan Baby Lagi


Dah masuk minggu ke 35, settle semua barang baby.Ni sebahagian yang dah basuh untuk in maternity je..lepas tu kna slow2 basuh lagi.Nak basuh sekali harung tak larat mak nak..dengan kemalasan tahap cipan nyer, nak layan anak lagi.

Dan start minggu nih jugak aku dah start rest kat umah,Somi dah arrange kan van sekolah anak pergi balik.Semoga dipermudahkan lah hendakNya kan..


Ni antara baju-baju yang boleh tangkap muat untuk bakal boboy kuar nanti.Yang pinky2 semua dah disedekahkan kat orang sebaik saja tahu baby boy.Elok lah dari terperuk lama dalam box pun sapa nak guna.Dah 2 generasi kot

Ni plak CD untuk new baby pakai lepas habis pantang..dalam pantang kita pakai pampers dulu yer..he3

Tablet Susu Kambing


time mengandung tak sah kalau x minum susu kambing.Konon untuk elakkan bayi kena kuning.Tapi kalau darah mak ayah spesis O memang tendency untuk dapat kuning tu mmg 100%.Tapi tak salah berusaha kan.apapun tablet ni memang sedap.Macam gula-gula.Lagi elok dr minum air susu fresh kot..