Alhamdulillah dah memasuki minggu yang ke 36.Pejam celik pejam celik tak terasa cepatnya masa berlalu.Dengan segala kepayahan di awal-awal kehamilan dengan malas serba serbi Allah je tahu macam mana rasa fedup dan tersiksanya jiwa ragaku..hukhukhuk emosi la plak kan.
Tapi yang bestnya kepenatan, kepayahan, kesengsaraan serta keletihan berbalas bila mengetahui jantina baby yang bakal dilahirkan adalah lelaki.MasyaAllah gembiranya hanya Allah yang tahu.Betullah kata orang setiap pengorbanan dan kepayahan ada hadiah gembira menanti.Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi bayi ini akan berada dalam pelukan dan dakapan aku.amin
Ok lah sebenarnya nak cite last week nya chek-up scan untuk cek air ketuban dan berat baby.Tapi doktor detect air ketuban banyak n nak refer pakar kat hospital.Dan aku pun dengan cuak jugaklah balik umah cite kat somi dan of kos somi aku lagi gabra dari aku ok..tapi nasib baik lah pagi tadi doktor tu call cakap appoint tuk refer pakar dibatalkan memandangkan aku dah dekat nak due.And repeat scan akan dibuat this next check-up which is this thursday.
Sebenarnya doktor tu risau sebab history aku sebelumnya 2-2 baby besar especially 1st baby aku yang lahir normal 4.1kg.Makaiiii besarnya kan...normal plak tu.Doktor boleh pelik macam mana aku boleh bersalin normal bb sebesar tu tambah2 anak sulung.Aku??? tak terkejut sebab 1st experience.Tapi serius kalau dengar cerita mengenai anak sulung lahir normal macam2 kes walau kecik apatah lagi aku yang besar macam bb dah 3 bulan...
Apapun semua tu bahagian masing-masing.Yang penting doa dan teruskan berdoa semoga Allah permudahkan segala perjalanan dari mengandung hingga proses melahirkan.Dia sebaik2 perancang kan.Kalau ada pun yang tak elok semasa atau selepas melahirkan itu juga atas izin Nya .
cukuplah bebelan untuk hari nih.Mood malas dan stress lagi sebab xleh nak kuar rumah.Badan dah terasa berat dan harap2 semoga baby nih akan kuar sebelum due nya..amin..
No comments:
Post a Comment