Sunday, December 2, 2012

Laksa Sarawak Homemade


Kali nih aku nak share cara-cara nak masak laksa sarawak.Bagi sesapa yang gemar or teringin nak makan tapi tak tahu mana nak carik..cer try step2 yang aku wat nih.Mana nak carik pes nih??berlambak jual cuma ader pelbagai brand.Nak yang brand nih just kontek aku..hahahah promo nampak..

 ok..1st mestilah pes laksa nih.Yang nih aku masak 600gm nyer..pes nih ada yang 300gm gak.cuma sikit lak tuk aku ngan hubby yang mmg suka makan nih.Lagi pulak boleh bagi jiran aku.
 rebus pes ngan air..sukatan air boleh refer belakang kertas  nih..masak 1/2 jam dengan api yang sederhana k..jangan besar..ala2 manja gitu

 pastu dah siap kita toskan..buang mana-mana yang x guna.kita nak airnya saje.
 ni lah rupanya yang dah siap tapis.
 dalam pada tuh, rebus udang separuh masak. pastu ketepikan...
 separuh masak macam nih lah lebih kurang
 pastu dgn air udang yang sama, rebus ayam pun 3/4 masak
keluarkan ayam..dan air rebusan masukkan sekali dalam air pes tadi.

 pastu masukkan 1kg santan pekat.Aku suka lemak.kalau yang x suka letak sikit je lah dlm 1/2 kg ke
tambahkan perasa dan siap kuah tuk mee..beralih ke bahan-bahan sampingan
goreng telur nipis-nipis macam ni..
 dah bertimbun macam nih..hiris nipis-nipis lak..jadilah macam dibawah nih..

 lupa lak aku nak tunjuk cara buat sambal..sambal tu just cili kering ngan belacan je..tumis hingga pecah minyak pastu perasakan ngan aji ngan garam.siap..
 baan-bahan lain tu korang leh buat sendiri kot..taugeh, mee kena celur...pastu daun sup dihiris halus, limau kasturi, ayam diracik halus..siap tuk dihidangkan..


Dah siap...selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment