Wednesday, April 11, 2012
Tuesday, April 10, 2012
"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"
SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^
Monday, April 9, 2012
Kek Coklat II (kek span)
Ari nih ari malang lak rasa...Dahlah ari nih terlajak tido semua..dengan hubby tak bangun pegi keje.Masuk kol 7..bila aku terjaga jam dah kol 6.50...subuh ke mana...keje ke mana lah jawabnya.Bila kejut hubby..dia siap cakap, 'masuk keje macam biasalah'...betullah tuh, cuma aku tak dengar pulak bunyi alarm hp dia bunyi..kalau tak memang aku akan automatik sedar...bila bagitahu je jam dah pukul 7..ambik ko..bangun terus berdiri...mula lah kol kwn suh on kan ekon kat tempat keje..kesian ye jugak..tapi bukan salah aku ok..aku memang tak dengar alarm hp..rupa-rupanya dia terlupa on alarm sebab semalam dia dah offkan..pulak!!!.
Dipendekkan cite..kelmarin aku ambik dia balik keje sebab motor tayar bocor..so semalam dia pegi keje bawak kate..ari nih???aku kena hantarlah, sebab kalau tak macam mana aku nak g ambik anak aku sekolah..selalu kalau hantar dia kol 6.30, balik terus direct hantar anak ke tadika..tapi ari nih hantar dia dah kol 7.20...so just imagine kol berapa nak hantar anak???masuk lambatlah ari nih ye sayang..bukan selalu...lain kali ibu tak buat lagi..
Baru kuar rumah...dalam kelam-kabut hubby aku boleh pulak terlajak masuk parit depan rumah...tayar depan terbenam dalam parit..huhuhuhu ari tuh aku nampak kete orang lain masuk situ..alih-alih ari nih kete aku pulak....geram je rasa, tapi nak wat macam mana dah benda nak jadi...anak siap cakap' kenapa tolak kete dalam longkang'..aku buat tak tahu je...hubby kuar tolak (nasib baik ada abang yang lalu tolong sekali)..aku pulak tukang reverse kete...no speaking at all sepanjang perjalanan ke tempat keje..aku buat dont know je..
Tengahari balik ambik anak pegi kedai Ayamas..apa lagi kalau bukan beli ayam kan????back to basic routine ke mana-mana kena dengan anak je.Hubby sibuk keje.Tak perlah, penat sikit tuk kuarga...balik umah, hubby kol nak bawak anak pegi klinik sebab selsema datang balik..Nak kena cek balik..resdung ke sebab apa..selalu sangat selsema,kesian tengok bila time tido kena bernafas guna mulut lak.Aku lak yang xleh nak tdo tengok anak macam tuh..
Petang lak, bosan yang amat sebab anak-anak tido..so entah macam-mana tiba-tiba tengah kemas-kemas rumah...kertas2 suratkhabar dan majalan yang anak selerakkan, terjumpa lak resipi kek coklat.Tajuk dia Kek coklat lembap..tapi hasil nya lepas aku buat..macam kek coklat span je..masa aku tulis n3 nih..kek tu dh habis dimakan aku ngan anak no 2..yang sulung senyap tido..penat sangat kot..biarlah tido sampai esok pun..bangun2 tdo terus pegi sekolah..hahahhaha
Resipi: kek Coklat Span
Bahan-bahan:
185gm mentega
250gm gula kastor
60gm serbuk koko
250 ml susu cair
240gm tepung gandum
3 biji telur size A
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
(bancuh serbuh koko dengan susu cair)
cara membuat:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga lembut dan gebu.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga adunan rata.
3.Masukkan tepung dan adunan koko secara berselang-seli.Gaul adunan hingga sebati.
4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit..(tambah /kurangkan masa membakar mengikut kepanasan oven masing-masing)
selamat mencuba...
Marble Cheese Brownies
Yang ni tempahan dari member FB..baru nak upload pic.alhamdulillah..Rasanya tak letak lagi resipi kat sini..Tuk sapa-sapa nak buat boleh salin resipi...rasa malas boleh order je kat den..hihihi Resipi nih aku ambik kat FP kak Rinnchan, boleh tengok kat FP dia dengan step2 sekali dia kasih..thanks kak sebab sudi kongsi resipi yang sememangnya umpphhhhhhhhhhhhhh...aku copykan balik resipi tu kat sini tuk korang k..
yang nih siap packing orang tempah...
MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: FP Rinnchan
Sumber: FP Rinnchan
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor (aku guna 3/4 cawan je)
1 biji telur gred B
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Saturday, April 7, 2012
Tempahan Kek Marble Cheese Brownies
Dalam bersilat nak menyiapkan kek tempahan dengan anak-anak yang sibuk nak 'membantu'..akhirnya siap jugak kek tempahan.Walaupun percubaan pertama boleh fail even dah banyak kali wat..aku pun tak tahu mana silap..to puan Intan..thanks sebab sabar dengan 'delay'nya order received..apapun nanti-nanti le order lagi k.
Syukur sangat sebab rezeki murah sikit..adala 2-3 orang tempah kek, tart dan cheese kek..nak berjaya kena mula dengan susah payah dan harap-harap pasnih ada lagi tempahan lain akan menyusul...semoga rezeki maij bertambah..aminnnn
Friday, April 6, 2012
Decoupage pertama
Ari ni aku terlebih rajin..selalu lepas hantar anak ke tadika..aku tidokan si adik dengan aku-aku sekali lelap.Tapi ari ni aku rasa macam nak wat sesuatu, tapi yang pasti bukan ngemas rumah sebab rumah aku dah kemas subuh-subuh lagi lepas hubby pegi kje..
Dipendekkan cite, aku ambik board kek yang terpakai...cat n gunting pastu tampal tisu...hahahaha jadi akhirnya..Pasnih boleh pegi Romantika skodeng tisu lagi..hihi
tulisa fail sebab tangan tak dibedung masa kecik..:)
Wednesday, April 4, 2012
Alpabet Cutter & Font
Gembira nya rasa....akhirnya aku berjaya jugak menjejaki alat tuk buat tulisan atas kek....lama jugak carik, bukan apa senang nak buat tulisan dari tulis sendiri..maklumlah tulisan tak cantik..pakai pen tu lain ler..(guna pen pun tak cantik jugak)..ehehe aku beli dari sorang sis ni...goder punyer godek tenet jumpa jugak..thank sis anis sebab menyediakan apa yang saya nak..
yang nih Upper case alpabet
yang ni Lower case alpabet
yang nih plak flower nail..yang orang guna tuk buat bunga ros atas kek...
layan video nih wat sapa-sapa yang baru blaja nak guna flower nail nih...
Tuesday, April 3, 2012
Tumbuh Gigi
Dah setahun baru tumbuh gigi atas...mula-mula takut gak.Maklumlah kakak dia dulu 8 bulan dah tumbuh bawah n atas terus..Si adik plak, tumbuh bawah masa 8 bulan ari tuh, tapi gigi atas tak nampak-nampak nak muncul..Sekarang leh tarik nafas lega sebab dah tumbuh..Pernah gak tanya nurse dan doktor kenapa gigi lambat tumbuh..'lambat tumbuh lambat rosak' itu jawab doktor ...tak kisahlah kan..perkembangan budak lain-lain...
Monday, April 2, 2012
Asam pedas Ikan Siakap
Semalam hubby beli ikan siakap dua ekor tuk wat asam pedas...baru ingat nak masak kari ayam...terpaksa lah kansel kari ayam aku..uuhuhuhuhuhu takpe la..asam pedas pun ok..cuma tekak nih dah lama tak makan kari..bila mentua cakap nak datang untuk kenduri kawin umah anak sepupu, best pulak kalau makan ramai.Yelah, ari-ari aku makan tengok muka anak aku,,,anak aku tengok muka aku..makan beradap lak tuh..ahahahahhaha
dengan hubby pun tak pernah makan beradab...duduk sebelah- sebelah ok...yang best nya mak mentua siap puji "asam pedas dah ok, setanding orang melaka"..maklumlah mak mentua orang Melaka..so tau la rasa asam pedas pior..akupun belaja dari dia...terima kasih mak..banyak resipi aku blaja dari dia...
kalau dulu mak masak tuk hubby aku..sekarang turn aku lak masak tuk dia..and dah tentu masakan aku tak setanding mak masak kan abang???apapun, sayang akan cuba masak setanding mak..tuk anak-anak kita..kahkakaha ayat tak tahan..oklah layan resipi asam pedas aku nyer..tak tahulah orang lain wat macam mana..rasanya sama je kot...:)
Resipi Asam pedas
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
8 sudu besar cili mesin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit( kes kunyit hidup xde)
3 biji bawang merah-dimesin
2 ulas bawang putih-dimesin
sedikit belacan-dimesin
sebesar ibu jari halia=dimesin
sedikit lengkuas=dimesin
3 batang serai-diketuk
1 mangkuk kecil air asam pekat / 3 sudu besar pes asam jawa
bunga kesum
2 biji tomato-dipotong 4
5 tangkai bendipotong 2-serong
cara memasak:
1.Tumis cili, dan bahan-bahan mesin dan serai hingga naik minyak..
2.Lepas tu, masukkan daun kesum, supaya bau nya naik..hahaaah(yeke)
3.bila dah naik minyak..masukkan air asam jawa dan ikan..Masukkan air ikut kepekatan kuah yang kita nak..nak banyak kuah masuk banyak air..
4.Bila nampak ikan dah separuh masak, masukkan kacang bendi dengan tomato.
5.Bolelah diletakkan perasa dan garam.Sedia untuk dihidangkan...
inilah hasilnya..
Sunday, April 1, 2012
Johnny's
Sempena besday mak mentua yang ke57..i guess..semalam hubby belanja makan kat johnny's... actually bukan hubby je sponser..adik dia pun sponser sekali..sebab dia tak dapat turun sekali nak celebrate..mak mentua lak nak makan steamboat..su suggestion kitorang of course lah kat johnny's...nak kata mahal, depend ngan apa set yang kita nak..tapi yang pasti memang sedap cuma sedikit ras aji banyak kot..perasa lah katakan..(e2 tekak aku ler) orang lain aku tak tahu..hii
Tapi bukan takat makan steamboat je..alakat pun order...dari petang dah ikat perut sebab nak makan nyer pasal..yelah, kang kenyang susah pulak nak makan kan????
yang tu set B...hubby ambik 2 set..set B dan set A...anak plak bila dah jumpa nenek..ibu pun tak ingat...huhuhuh
jelly fish..kat tempat aku panggil obor-obor je...cicah ngan sambal kicap+kacang...perrgggggggg teringat mak terus
nyum2
ni aku nyer..Thai BBQ chicken rice
Chicken Rice
air aku jugak..air sarsi
fresh oren..my hubby nyer
air sirap tuk anak aku ..huhuhu (cucu nenek..)
menyandar kekenyangan selepas menghabiskan sepinggan nasi ayam..
licinn
" brapa agak2 nih"...big boss tengah mengira2...
ini bapak mentua aku...yang very2 understanding n the best..
dah kenyang pun nak lagi aiskrim..mengada-ngada betul kan....
Anyway buat mak..selamat ulangtahun kelahiran yang ke 57..semoga sentiasa dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan dirahmati..aminnnnnnnnn
Subscribe to:
Posts (Atom)



































