Monday, April 9, 2012

Marble Cheese Brownies

Yang ni tempahan dari member FB..baru nak upload pic.alhamdulillah..Rasanya tak letak lagi resipi kat sini..Tuk sapa-sapa nak buat boleh salin resipi...rasa malas boleh order je kat den..hihihi Resipi nih aku ambik kat FP kak Rinnchan, boleh tengok kat FP dia dengan step2 sekali dia kasih..thanks kak sebab sudi kongsi resipi yang sememangnya umpphhhhhhhhhhhhhh...aku copykan balik resipi tu kat sini tuk korang k..




 yang nih siap packing orang tempah...

MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: FP Rinnchan

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor (aku guna 3/4 cawan je)
1 biji telur gred B

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment