Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh

10 Disember 2011

Kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
 
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam  Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. 

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh malam nanti...

Friday, December 9, 2011

Lega..kerja dah selesai

Salam semua...dalam malas-malas nak update blog kena update jugak..tujuan nya tuk mengingati perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian aku.Ari nih dah terlaksana hajat my hubby nak bagi ikan hasil pancing kat pengasuh anak sulung aku.Pagi2 subuh dia bangun n rendam ikan kat sinki..mean dia remind diri sendiri suh aku masak n percepatkan keje aku bila aku bangun siang nanti..heheheh tq

Bangun pagi dah kol 9.45pagi..bangun2 sebab anak sulung dh bangun..so bila dia dh bangun ibu kena bangun jugak lah..kalau x memang dia akan bising ajak mandi n tengok tv.Kalau dah bising, adik dia tentu lah jugak akan terjaga.Dan bila adik dah jaga..lambah lah proses ibu dia nih nak mengemas rumah dan masak.Maklum lah my hubby keje petang,tambahan ari nih hari jumaat so b4 kol 12 dia kena keluar lah jawabnya....

 Dipendekkan cite, aku siang ikan,perap ikan dan terus goreng dengan api slow....masak air pun api kecik..so bolehlah aku mandikan anak-anak aku dalam ms tuh...Pas mandi aku siap2kan yang kecik je memandangkan yang sulung dh pandai pakai baju n siap diri sendiri...Lepas tu bolehlah sambung masak...hihihi

Aku masak sambal je ikan pas goreng tu,masak sayur n sambal tempoyak tuk my hubby...tapi yang aku bagi pengasuh yang dh macam mak angkat aku tuh...ikan masak sambal, kek yang aku buat semalam ngan cencaluk dari sarawak yang akak aku bawa ms balik raya haji tempohari....lama dh x balik...bila x balik kena lah kirim2 or pos je..i'Allah raya tahun depan balik ber4 lak...rindu kat kampung n bilik tdo aku...huhuhuh

Thursday, December 8, 2011

Kek Black Forest

Sehari dua nih sibuk lak rasa..Hari2 bawa anak jalan-jalan.Maklumlah si kecik dah boleh duduk dalam troli..xde lah aku nak heret stoller ke hulu ke hilir w/out my hubby kan.Kalau nak tunggu hubby mmg x berjalan lah house wife macam aku nih.Nasib baik anak-anak x meragam , tambahan berjalan...sapa x suka kan???Lebih-lebih lagi budak-budak yang memang suka kan ramai kawan.

Kelmarin aku pegi Giant kat Bachang Melaka..saje je bawa anak sulung yang suka main kat playground kat Giant tuh.Lagi satu free...nak senang nak pantau..Hajat bukan saje-saje nak bawa gi Giant pun.Plan awal nak pegi beli bekas cupakes.Lagi seminggu besday my Hubby so ingat nak wat cupcake tuk dia bw tuk kawan-kawan tempat keje dia.Time besday kena keje...bolehlah nak sedekah dan bagi diorang makan ramai-ramai.

Semalam lak aku pegi Mahkota Parade..dalam xde duit( tuk shopping barang mahal2)... windows shopping je lah kan..lagipun nak beli barang apa je kalau dah nama mak budak macam aku nih..baju budak, barang pekakas dapur...dah semakin semak dapur aku..nak pindah umah nanti x tahu lah macam mana.Selagi boss x bising...alhamdulillah

Hari nih aku terlebih rajin lak..buat kek Black Forest..versi kukus..Lama dh x buat kek versi kukus.Bukan apa, kukus lagi lembap compare ngan bakar...lagi satu sng nak jaga (bagi aku lah)...Bagi sapa-yang nak try buat kek Black Forest, sini aku share kan resipi..ini pun aku ambik kat tenet..try n error jugak lah...hihih











Kek Black Forest

7 biji telur saiz sederhana
125gm gula kastor
1 sk ovalette
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko
60ml minyak masak / mentega cair


Cara membuatnya:

* Pukul mentega, gula dan ovalette sampai kembang.
*Masukkan tepung, diikuti serbuk koko dan minyak..
* kukus 30 minit..

Memancing Lagi

Ahad lepas my hubby pegi Klang..nak bincang pasal keje (konon nyer)..dalam masa sama menyelam sambil minum air...tapi xperlah janji pulangan yang berbaloi2.Dapat Jenahak 2 ekor dan Senangin sekor..Besar jugak lah dapat kali nih.Semalam dh masak kari kepala ikan sekor..ada sekor lagi kepala ikan jenahak.Malam tadi my hubby suh masak bagi kat pengasuh anak .Esok lah jawabnya aku masak...lagi afdal bagi makanan /sedekah hari jumaat.Dah dia niat nak bagi so kenalah masakkan ...betol x???

Ari nih goreng nasi je..goreng ikan ngan sup ayam...hubby keje petang, tapi awal2 pagi dh kuar dengan beg keje..ada keje luar lah tuh.Kesian jugak tengok..tapi dia hepi katanya...sbb sng ati meninggalkan anak-anak dalam jagaan aku...so biar dia keje cari duit..senang ati dengar.So malam balik dia x makan benda berat2..so makan apa yang ada je..kadang2 dia x makan pun..cuma minum air panas pastu tido...

Ni aku nak share gambar ikan yang my hubby dapat..besar x besar, kalau beli x tahu berapa kena..



Wednesday, December 7, 2011

LUMRAH DUNIA PELBAGAI GELAGAT MANUSIA...:-


✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..

✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..

✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini

~♥» Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.

Bentan Boleh Membawa Maut

DALAM masyarakat Melayu, sering kita dengar, wanita selepas bersalin kena bentan, begitu juga dengan kanak-kanak yang baru lepas bersunat. Jika tidak dijaga betul-betul dalam tempoh pemulihan, mereka boleh diserang bentan.
Lebih membimbangkan, ada banyak juga wanita yang baru bersalin maut akibat bentan. Apakah sebenarnya bentan? Sejauh mana wanita benar-benar faham dan tahu mengenai penyakit itu?
Jika dirujuk pakar perubatan, bentan tidak pernah disebut dalam mana-mana jurnal perubatan. Ia adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada sikap sambil lewa atau tidak prihatin mereka terhadap tahap kesihatan dan kebersihan diri sehingga berisiko tinggi untuk jangkitan kuman.

Lazimnya, wanita selepas bersalin lebih senang mendapat jangkitan kuman kerana berlaku perubahan hormon. Sepanjang tempoh itu, banyak perkara yang patut diambil kira, jangan terlalu taksub untuk mengikut petua ‘orang tua-tua’ atau kaedah tradisional yang banyak pantang larangnya.

Contohnya, ketika dalam pantang, wanita tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan.

Ada antara petua ‘orang tua-tua’ membantu memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin dengan cepat, namun ada antaranya yang tidak begitu baik dan relevan sehingga boleh memudaratkan.
Misalnya, kononnya minum air terlalu banyak takut perut menjadi buncit dan mengembang. Sebenarnya itu adalah persepsi yang salah kerana jika minum air sikit boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi kering dan kurang buang air kecil serta air kencing menjadi kotor.

Apabila ini berlaku, jangkitan kuman pada bahagian faraj dan jika tidak dirawat ia boleh merebak masuk ke dalam darah sehingga memudaratkan dan membawa maut.

Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Sofiah Sulaiman, ketika diajukan mengenai isu bentan, berkata memang tidak ada istilah bentan dalam kamus perubatan, namun ia sebenarnya bersangkutan mengenai jangkitan kuman kepada ibu selepas bersalin jika mereka tidak mengamalkan penjagaan kesihatan dengan betul.

Katanya, wanita selepas bersalin memang mempunyai potensi diserang jangkitan kuman pada rahim, faraj, pundi kencing atau darah septicaemis jika tidak melakukan penjagaan lebih rapi.

Sepanjang tempoh pemulihan itu, katanya, imunisasi wanita adalah sangat rendah, jika mereka ambil mudah dari segi dalam penjagaan diri, jangkitan kuman mudah terjadi.

Dalam tempoh berpantang, darah nifas yang banyak keluar boleh menyebabkan jangkitan kuman jika wanita tidak kerap menukar tuala wanita.

“Mereka juga seharusnya lebih banyak minum air, jaga kebersihan, lebih kerap menukar tuala wanita atau melakukan rawatan segera pada jahitan yang terbuka pada tempat peranakan untuk mengelak jangkitan kuman. Penjagaan lebih rapi di bahagian peranakan amat penting, termasuk untuk mengelak jahitan terbuka dan jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kuman mudah berjangkit.

“Selain itu, jika kurang minum air, boleh juga menyebabkan kawasan pundi air kencing menjadi kering hingga menyebabkan ia mudah dijangkiti penyakit.

“Jangkitan kuman berlaku di mana-mana bahagian peranakan dan faraj wanita itu, yang kemudian merebak sehingga ke dalam saluran darah serta menyerang organ lain dalam badan seperti buah pinggang menyebabkannya tidak berfungsi atau berlaku kompilasi penyakit lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan, dalam tempoh berpantang, wanita juga memerlukan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul bagi mengelak jangkitan kuman.

Jelasnya, sekitar tahun 1960-an, jangkitan kuman adalah pembunuh nombor satu bagi wanita selepas bersalin. Ia berlaku disebabkan pada waktu itu, pengambilan antibiotik tidak diberi penekanan.

“Malah, negara mundur juga mengalami masalah sama. Jangkitan kuman menjadi pembunuh nombor satu wanita selepas bersalin. Pada era itu, ramai wanita bersalin di rumah dan bukan di hospital. Mereka mengamalkan rawatan cara sendiri atau tradisional serta mungkin juga disebabkan kurang penjagaan kesihatan serta kebersihan.

“Bagaimanapun, dewasa ini, rekod wanita yang kena jangkitan kuman atau mati akibat jangkitan kuman tidak begitu serius kerana mengambil ubat antibiotik,” katanya.

Dr Sofiah berkata, ada juga wanita yang disebabkan terlalu taksub untuk menjaga bentuk badan selepas bersalin tidak mengamalkan diet pemakanan yang betul dan kurang minum air menyebabkan mereka lebih berisiko dijangkiti kuman.

“Wanita perlu makan makanan berkhasiat untuk mempercepatkan proses pemulihan, minum air banyak, lebih kerap menukar tuala wanita dan paling penting segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan termasuk mendapatkan antibiotik,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan menghalang kompilasi yang lebih serius terhadap penyakit lain, wanita yang mempunyai tanda seperti deman panas, sakit pinggang teruk dan berterusan, pendarahan melampau, perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

“Isu bentan tidak seharusnya dipandang ringan. Ia bukan saja punca kematian selepas bersalin, malah boleh menyebabkan pendarahan melampau selepas bersalin, darah tinggi ketika mengandung dan darah beku,

Tuesday, December 6, 2011

Jaundis / Bayi Kuning

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

* Bayi lahir pra matang
* Darah ibu dan bayi yang berlainan.
* Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
* Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
* Etnik Asia
* Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

1. Jaundis Normal/Physiologic

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

2. Jaudis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

3. Jaudis Susu Ibu

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

1. Jaundis Normal/Physiologic

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

* Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
* Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
* Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
* Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
* Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
* Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya

2. Jaudis Pathologic

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

3. Jaudis Susu Ibu

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

Sunday, December 4, 2011

Beringat-ingat

~ Seindah2 perhiasan adalah perempuan yang solehah
~ Seindah2 ukiran adalah senyuman yang manis
~ Seindah2 pemandangan adalah wajah ulama' yang tenang
~ Seindah2 bisikan adalah ilham dari Allah
~ Seindah2 perbuatan adalah solat
... ~ Seindah2 percakapan adalah zikrullah
~ Seindah2 hati adalah bersangka baik
~ Seindah2 kesedihan adalah mengenangkan dosa
~ Seindah2 kegembiran adalah setelah solat
~ Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al quran
~ Seindah2 nasihat adalah hadith2 nabi s.a.w
~ Seindah2 tekad adalah nazar
~ Seindah2 pakaian adalah jubah dan serban
~ Seindah2 bulu adalah janggut
~ Seindah2 mekap adalah celak
~ Seindah2 taat adalah kepada Allah
~ Seindah2 ikutan adalah kepada Rasullulla
h saw

Saturday, December 3, 2011

Keguguran

KEGUGURAN pada usia dua atau tiga bulan memang sering didengar. Bagi kebanyakan wanita, pengalaman sendiri atau kisah daripada rakan menjadikan mereka lebih berhati-hati pada awal kehamilan.


Tetapi apa sebenarnya yang anda tahu mengenai keguguran? Mengikut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Salleh Mohd Yatim, kandungan yang ‘jatuh’ 28 minggu ke bawah didefinasikan sebagai keguguran tetapi jika ia ‘jatuh’ selepas tempoh itu ia dinamakan kelahiran.

“Dari sudut kesihatan, anda harus tahu keguguran dibahagi kepada beberapa jenis (type) dan sama ada keguguran itu adalah keguguran normal (spontan) atau pengguguran haram, kedua-duanya memiliki risiko jika tidak dirawat dengan betul,” katanya.

Dari sudut kesihatan, Dr Salleh berkata, keguguran sebenarnya berlaku disebabkan faktor ibu dan janin. Dalam kebanyakan kes, usia ibu yang lanjut, ibu berpenyakit seperti kencing manis, buah pinggang, endokrin dan lain-lain penyakit yang tidak dirawat atau dikawal rapi boleh membawa kepada keguguran.

Selain itu, kecacatan pada pangkal rahim (cervical incompetence) dan kecacatan rahim (uterus) juga boleh menyebabkan keguguran.

“Kerana itu, sebelum seseorang wanita hamil, dia sepatutnya berjumpa dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatannya. Sebaiknya enam bulan sebelum hamil. Ini bagi memastikan dia tidak berhadapan dengan apa-apa risiko jika hamil. Tetapi kebanyakan wanita Malaysia akan hamil tanpa berjumpa dengan doktor dan akan hanya mengetahui risiko kesihatan yang bakal mereka hadapi selepas kandungan berusia beberapa bulan,” katanya.

Begitupun, walaupun ibu sihat dan bersedia untuk hamil, keguguran juga boleh terjadi jika janin dalam kandungan tidak stabil. Ini merujuk pada kandungan yang gugur sebelum berusia tiga bulan. Biasanya janin tidak sempurna dan tidak boleh hidup di luar kandungan.

Ada juga janin yang tidak sihat ini terus membesar dan lahir ke dunia. Malangnya apabila mereka lahir, bayi ini tidak boleh hidup tanpa bantuan makanan seperti dalam kandungan. Apabila ini terjadi biasanya bayi akan meninggal dunia tidak berapa lama selepas dilahirkan.

Jika ditinjau dari sudut undang-undang dan agama, pengguguran tidak dibenarkan sama sekali kecuali kandungan itu boleh membahayakan kesihatan ibu dan menyebabkan kematian.

Pengguguran haram pula, mengundang maut dan masalah kesihatan kerana cara yang tidak sempurna boleh menyebabkan banyak masalah kepada ibu. Antara masalah biasa pengguguran haram termasuklah pendarahan, jangkitan, septisimea dan kematian juga boleh berlaku.

Jenis keguguran

* Threatened abortion

BIASANYA bakal ibu mengalami pendarahan tetapi apabila pemeriksaan dilakukan, kandungan masih lagi hidup. Pesakit dinasihatkan banyak berehat dan mengelak daripada kerja-kerja fizikal yang berat. Kemungkinan pendarahan akan berhenti dan kandungan kembali stabil itu ada.

* Inevitable abortion

MERUJUK keguguran yang tidak boleh diselamatkan. Biasanya ibu akan berasa sangat sakit dan pemeriksaan mendapati pintu rahim sudah terbuka.

*Complete abortion

PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya. Dalam keadaan ini keguguran berlaku di mana janin dan segala tisu yang berkaitan keluar dengan sendirinya.

* Incomplete abortion

KEGUGURAN yang tidak ‘membersihkan’ seluruh ruang rahim. Apabila pemeriksaan dilakukan selepas keguguran, didapati bahawa masih terdapat tisu-tisu atau janin di dalam rahim.

* Missed abortion

BIASANYA, ia disedari apabila si ibu berhenti mengalami alahan seperti sebelumnya, apabila perut tidak membesar seperti yang dijangkakan atau bayi di dalam kandungan tidak bergerak. Pemeriksaan akan mendapati bahawa janin meninggal.

* Septic abortion

KEADAAN ini berlaku apabila keguguran disertai jangkitan pada fetus, placental atau endometrium. Demam adalah simptom keguguran begini dan disertai simptom yang dikaitkan dengan keguguran biasa seperti pendarahan. Antara sebab berlakunya jangkitan, ia dikaitkan dengan tisu placental atau fetal yang tertinggal dalam rahim berikutan incomplete abortion.

Manfaat Kurma

a) Tenaga Serta-merta : Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

b) Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium : Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

c) Menguatkan Ingatan : Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

d) Penawar Racun : Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

e) Meredakan Tekanan Darah : Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

f) Menambah Tenaga Seksual : Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap @ bahan tambahan dlm aiskrim.

Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.