Tak sampai 5 bulan guna dah patah gagang.Macam mana tuh.???Itulah kalau dapat anak yang memang suka dan rajin mengemas.Nak wat macam mana kan, dah takde rezeki.Tapi boleh gam lagi nih.Cuma toksik malas nih masih banyak kat badan...huhuhu
Friday, December 14, 2012
Monday, December 10, 2012
Kerja vs Suri rumah
Haaaa...mana satu nak pilih..hubby tak bagi kerja, kalau duduk umah jaga anak pun dh ok katanya..tapi kalau ader buat keje sampingan tapi di rumah lagi bagus.Tak paksa.Tapi aku lak nak kena pikir.Kalau tak keje macam mana aku nak realisasikan impian aku nak g buat umrah tahun 2016..pening2..bek aku hayati lirik ni jap..
Ha...pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja..
Tanam anggur,pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja
Memikirkan tak ada kerja..
Tanam anggur,pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja
Ooo, lega rasanya....
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerja am saja...
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerja am saja...
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja...
Repeat chorus 2x
Ahhhh..terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...
Tak puas lagi beradu...mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...
Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tiada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Tak juga kaya...
Tapi gulanya tiada...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila..
Tak juga kaya...
Repeat chorus 2x
Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...realiti
Jika tiada kerja..
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma...realiti
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana..
Sunday, December 9, 2012
Pagi Minggu yang Aman
Setelah hampir 3 minggu hubby keje direct tanpa cuti n off...kena lah wat overtime nak tampung anak bini nyer keperluan.lain lah kalau pegawai besar..Takyah sibuk-sibuk nak wat overtime.Tak kisahlah janji keje hasil titik peluh, halal dan bukan cara shortcut..sebab semua tu nanti jadi darah daging bila bagi anak bini makan...
Pag-pagi lagi big boss dah bangun suh mandi n siap sebab nak ajak makan luar.Breakfast lah tuh.ngantuknya mata tuhan je tahu.Maklumlah, kebiasaan bangun kol 10, 11 gitu..hahaah melampaukan.Yelah rumah dah kemas sebelum tido.Tido lak kol berapa..Si kecik nih tengok je macam tu, ari-ari tido kol 1.30 pagi.Mana tak mata macam kena gam je pagi-pagi.Tapi bila tengok ibu dia xde sebelah cepat je dia bangun.Mandi dan siap.
Plan nak bawa g playground kat tasik ayer keroh...tapi kotor lak kawasan tu dan banyak kedai tak bukak.nak naik bot mainan yang kayuh kaki kat tasik tuh sian lak sorang tak leh naik.So tunggu si adik besar sikit ler baru ajak main.Tu pun dah merengek-rengek nak naik.
Tak jadi pergi situ, kitorang g Giant Bachang lak.Main kat playground je..big boss main kat game lak.Tak sangka lak dia main game dapat point.serius tak tahu .ingatkan main token nih abis main blah je.Rupanya ader mata terkumpul gak
Jadinyer big boss dapat 1000 point..leh tukar ngan barang-barang yang kat kaunter..so aku ambik satu pack teh lipton, 1 botol sunquick dan 1 pack nescafe 3 in 1(30 scht)..kalau beli pun dlm rm50 tuk tiga-tiga barang nih..balance point tu kitorang tukar token balik sebab anak nak main lak.
Masa kuar bateri lak kong...kalau tak leh gak ambik pic anak-anak n aktiviti ari nih.,takde rezeki lah namanya tu kan???
Pastu kitorang g lunch kat bukit Beruang..betul-betul depan kediaman pelajar utem..banyak pilihan n mostly yang dtg situ student ostel depan tu je... apapun masa balik kawan hubby lak kol bagitahu ekon bocor lak.makna nya...hubby kena pergi tempat keje...ermmmm
Susah gak kan..time nak gathering ngan family leh spoil ngan keje.Tapi takperlah..wife mu ini amat-amat memahami dan mempercayai mu ..hahahaah sapa lagi nak memahami kalau bukan wife sendiri kan...Apapun tak sampai rumah lagi..2-2 putri aku nih dh pengsan..maklumlah ari nih dibangunkan dari lena yang panjang..
jumpa lagi k
Saturday, December 8, 2012
Andai aku banyak Duit
Best je kan bila kita dikurniakan harta yang banyak.Mungkin tak boleh jadi orang terkaya tapi cukuplah tuk membantu orang lain yang memerlukan.Rasa sedih ngan apa yang berlaku kat palastine tempohari.Mungkin kit tak merasai kesedihan yang amat sebab bukan kita yang merasai kehilangan, kesakitan dan ketakutan tersebut.Apapun aku dah tranfer duit tuk bantu diorang kat sana.Sikit je aku tfr sekadar termampu...Allah maha mengetahui..
Kalau lah aku banyak duit, macam-macam yang aku nak buat..Antaranya:---->
1.Aku nak senangkan mak ayah aku..mungkin leh hantar diorang g umrah tiap-tiap tahun..Haji dah dapat dah cuma dari takde benda wat kat umah better suh diorang beramal kat Rumah Allah
2.Aku nak renovated rumah aku kat kampung tu..siap dengan pagar dan semua kelengkapan yang sepatutnya ada.Kitchen kabinet, aircond,beranda yang luas..dan pagar automatik..wahhhh best kan angan-angan aku..:)
3.Aku nak sedekah kat surau dan masjid kat kampung aku makanan setiap malam jumaat..
4.Aku nak g umrah dengan mak, aya dan mentua aku sekali ngan hubby serta anak-anak.bestnya kan???i'Allah andai ader rezeki..
5.Aku akan buat ruang masak kas tuk aku baking kek or bisut or sewaktu dengannya.taknak la kongsi ngan dapur masak ari-ari.
6.Nak ader oven dan kelengkapan masak yang OK lah..tak perlulah mahal-mahal macam chef guna tuh..janji ikut kemampuan.
7.Aku ingin melengkapi kehidupan keluarga aku dengan keperluan-keperluan anak yang sememangnya akan aku turuti semuanya selagi tak melalaikan mereka..
semoga impian dan harapan aku nih akan jadi kenyataan dan dimakbulkan tuhan..
Duit banyak tak leh bawa mati, tapi pahala dari manfaat duit amat perlu..Semoga kita tak menjadi orang-orang yang sombong dan riak dengan harta dunia k..
Wednesday, December 5, 2012
17 Kebaikan Sujud
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit sengugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi serta terhindar daripada sakit buah dada.
12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah dsb.
16. Dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dsb.
17. Dari sudut perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang.
Wallahu’alam..
Tuesday, December 4, 2012
Telefon ku Tinggal Kenangan
Tak sampai 5 bulan guna dah jadi macam nih.Salah aku ke memang salah barangan nih yang memang tak tahan lama???Benda dah jadi nak buat macam mana kan?Redha je la.
boleh je nak gam ni..tapi aku yang kemalasan...tak tahu ler apa penyakit sejak 2 menjak nih asyik malas je nak hias rumah.Kemas of course lah rajin.Dah umah sendiri kan.Tak nak lah debu-debu melampau datang menjengah..hahahhaa
Ada anak kecik nih kan.Nak hias rumah ala susun yang cantik-cantik jangan harap ler..memang wat sakit ati je.Tapi apapun sabar.....bukan lama pun diorang nak besar kan3..
Sunday, December 2, 2012
Laksa Sarawak Homemade
Kali nih aku nak share cara-cara nak masak laksa sarawak.Bagi sesapa yang gemar or teringin nak makan tapi tak tahu mana nak carik..cer try step2 yang aku wat nih.Mana nak carik pes nih??berlambak jual cuma ader pelbagai brand.Nak yang brand nih just kontek aku..hahahah promo nampak..
ok..1st mestilah pes laksa nih.Yang nih aku masak 600gm nyer..pes nih ada yang 300gm gak.cuma sikit lak tuk aku ngan hubby yang mmg suka makan nih.Lagi pulak boleh bagi jiran aku.
rebus pes ngan air..sukatan air boleh refer belakang kertas nih..masak 1/2 jam dengan api yang sederhana k..jangan besar..ala2 manja gitu
pastu dah siap kita toskan..buang mana-mana yang x guna.kita nak airnya saje.
ni lah rupanya yang dah siap tapis.
dalam pada tuh, rebus udang separuh masak. pastu ketepikan...
separuh masak macam nih lah lebih kurang
pastu dgn air udang yang sama, rebus ayam pun 3/4 masak
keluarkan ayam..dan air rebusan masukkan sekali dalam air pes tadi.
pastu masukkan 1kg santan pekat.Aku suka lemak.kalau yang x suka letak sikit je lah dlm 1/2 kg ke
tambahkan perasa dan siap kuah tuk mee..beralih ke bahan-bahan sampingan
goreng telur nipis-nipis macam ni..
dah bertimbun macam nih..hiris nipis-nipis lak..jadilah macam dibawah nih..
lupa lak aku nak tunjuk cara buat sambal..sambal tu just cili kering ngan belacan je..tumis hingga pecah minyak pastu perasakan ngan aji ngan garam.siap..
baan-bahan lain tu korang leh buat sendiri kot..taugeh, mee kena celur...pastu daun sup dihiris halus, limau kasturi, ayam diracik halus..siap tuk dihidangkan..
Dah siap...selamat mencuba..
Saturday, December 1, 2012
Sambal Sardin Meletup mentuaku
hahahhahah jangan gelak lak tengok tajuk entry aku.Meletup tuh bukan maksud nya sedap tapi pedas..terangkat beb.Maklumlah hubby aku nih memang kaki makan benda pedas.Asam pedas ke, masak lomak cili api ke, pendek kata semua yang pedas-pedas.
So ari nih aku nak share cara-cara buat sardin pedas versi aku.Sesiapa yang nak try cara aku nih.Dipersilakan.Ni pun aku cilok mak mentua aku nyer style.Mak aku lak lain cara nya..yelah, lain orang, lain tempat lain cara nya kan???tepuk dada tanya selera yang mana nak kena ikut.Aku lak selalu nak masak tuk hubby kena ikut style mentua..n aku?mestilah cara mak aku..hehehhee
ini bahan-bahan nak buat sardin sambal meletup aku nih.cili kering yang dah di blend halus, bawang besar, bawang putih dan of course lah sardin.tak kisah sardin jenama apapun.janji sardin.Aku guna yang murah je...kalau tekak korang-korang dah biasa makan sardin mahal..boleh je guna sardin mahal....:)
cili kering yang siap diblend satu mangkuk..nak pedas leh tambah lagi.nak guna 2 mangkuk pun boleh.Yang tak suka pedas guna 1 mangkuk kecik je..ahhahahhha
yang nih bawang besar warna kuning.Kalau yang biasa makan bawang merah besar tu, just tukar je.Senang kan..masak nih just campak2 je
sardin cinta..oklah tuh..tuk menambahkan kasih sayang...yang nak muntah sila2...
lupa lak nak bagitahu..kena letak limau kasturi tuk rasa sikit masam..sikit je pun.letak ke tak letak xde beza sangat.tapi aku suka letak
ok..mulakan dengan memanaskan minyak dalam kuali.Nak guna periuk pun boleh..ikut suka
Tumis cili giling hingga pecah minyak dengan api sederhana kuat..kalau api kecik ok gak. cuma cili kita akan kurang pedas..lagi satu lambat...hehe
pastu masukkan bawang putih ketuk
masukkan sardin
dan last sekali bawang besar.kalau kat tempat aku kitorang panggil bawang bakong..dah agak-agak layu bawang masukkan perahan limau kasturi dan perasakan dengan garam dan aji.siap tuk dimakan dengan nasi panas..
Friday, November 30, 2012
Cencaru Bakar
As normal keje suri rumah macam aku nih kan???apa lagi yang rutin selain mencuci baju, kemas rumah dan masak.Suker sangat masak..even kadang2 pening pikir apa nak masak.Menu tuk anak dah tentu-tentu yang tak pedas..
So ari nih aku rajin kan masak guna 'pemanggang ajaib' aku yang baru tu, tuk bakar ikan cencaru sumbat.Selalu orang goreng kan.Dah muak makan ikan goreng so buat bakar-bakar lak.Healthy sikit kan???
1st aku blend semua bahan-bahan seperti
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
cili merah
dan beberapa ramuan dedaun seperti daun kesum, daun kari dan daun kunyit yang dihiris halus.Pastu sumbat je dalam ikan..Jadilah macam nih
ni menu sampingan yang lain..sambal belacan kacang botol ngan sayur campur.Cukuplah tuk kami anak-beranak..
Tuesday, November 27, 2012
Jahit Manik
Makin ari makin banyak keje...dan makin malas ler mood aku nak update blog tak seberapa aku nih.Bukan apa pun just for future reminder n memori kan???Apapun aku still epi dengan apa yang aku wat sekarang even kadang-kadang stress melampau bila anak-anak buat hal...nama pun budak kan?
Yang nih manik kristal terbaru nyer projek.Maklong ngan mak usu hubby nyer sebenarnya.Memang memerlukan kesabaran dan masa yang banyak.Bukan le buat sesuka kan.Manik pun banyak jenis.Barang pun takleh la nak sepah-sepah ngan budak-budak rajin memanjang nak membantu.
baru siap 2nd layer.Pasni nak buh manik peral lak.tunggu sambungan bila aku ada masa lagi k.Ari nih mood kemalasan amat-amat tidak mengizinkan .huhuhuh
Subscribe to:
Posts (Atom)






































