Tuesday, December 2, 2014

Tauhu Bakar










Alhamdulillah selera makan semakin ok bila masuk 18 minggu.Hari nih last cek bp kat klinik so khamis ni next ceck-up plak.Nak pantau berat badan sebab tak naik2 dr 2 bulan aritu..tapi last check-up naik lah jugak 500gm dari tak naik langsung kira ok lah kan.



So far mengandung kali nih tak banyak sangat karenah ngidam nya cuma loya dan kemalasan agak melampau jugak lah kalau dibandingkan dengan yang terdahulu.Lain anak lain pembawakan nya kan.Apapun semoga kandungan kali nih baik-baik aje sampai hari bersalin nanti.

Jenuh jugak mencari resepi tauhu bakar ni..oter sana sini alhamdulillah melepasi piawaian tekak..so kira sedap jugak lah..simpan sos dia mana tahu nanti-nanti nak makan lagi kan>

resepi aku copy balik kat sini je..ambik kat blog kak DayangJack


Bahan-bahan :
Untuk Tauhu :
  • 4 keping tauhu (dibelah 4)
  • sedikit garam
Cara-cara : Gaulkan tauhu bersama garam dan goreng sehingga masak. Kemudian bakar 7-10 minit atau sehingga garing pd suhu 180C. Jika menggunakan tauhu goreng siap, hanya perlu bakar shj.

Untuk Sos :
  • 2 sudu makan petis udang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/4 cawan air
  • 2-3 biji cili padi (ditumbuk lumat)
  • garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan hiasan :
  • kacang tanah goreng (dikisar)
  • timun (dihiris)
  • sangkuang (dihiris)
  • bijan
Cara-cara : Satukan kesemua bahan untuk sos di dlm periuk dan masak hingga sebati. Hidangkan bersama tauhu bakar dan bahan2 hiasannya.



selamat mencuba..

Sunday, November 23, 2014

Alhamdulilla melepasi trimester pertama


Ada hikmahnya jugak aku juatuh masa sukaneka sekolah anak aritu.tapi of kos aku tak cite ngan somi takut dia bebel mengalahkan mak nenek nanti.Takde yang serius cuma luka kat lutus n tapak tangan.Syukur alamdulillah jugak takde apa yang serius.Tapi of kos aku seriau gak, maklumlah kandungan awal lagi jatuh-jatuh nih bahaya tau.Dari pagi tu aku pantau sampai malam tengok kalau-kalau ada keluar darah.Tapi dalam masa yang sama aku tawakal kalau rezeki aku ada lagi..in sha Allah takde apa2.

So far alhamdulillah takde tanda turun  darah.And the best part is loya, n kemalasan aku nak memasak pun berkurang.Serius esoknya aku masak lauk banyak..Tapi takde lah sampai penuh meja kan, melampau namanya.Cukup untuk perut anak-anak dan somi je..

Aku harap kandungan ini akan sampai ke pengakhiran nya iaitu hari aku bersalin nanti.Doakan aku diberi kesihatan yang sebaik sepanjang tempoh kandungan ye..amin..

Thursday, November 20, 2014

Minum Air Gula

 Alhamdulillah dah masuk 16 minggu 2 hari.So bila dah masuk 4 bulan kena cek kencing manis plak.Prosedur terbaru ye, semua wajib cek even xde history kencing manis.Dulu takde pulak skrg pulak macam-macam sakit nih diorang wat prosedur baru.Untukumur 30 tahun ke atas, kena buat 2x iaitu ms kandungan 4 bulan dan 7 bulan.

Yang bestnya arinih jugak sekolah anak wat sukaneka.Join jugak walau x larat sementara tunggu nak ambik darah kol 10 plak.Habis koyak suar slack jatuh nasib baik x apa2..risau gak tadi.mintak2 dipermudahkan.Masa ambik darah kol 10 plak akak nih tersalah side plak cucuk urat langsung x kuar dara, cucuk lagi sekali hambikk ko sekejapan siap..seriau lah orang wat keje main2 nih.Tapi kita manusia mana lari wat silap kan.bukan robot..apapun syukur semuanya dan selesai..

Monday, November 10, 2014

15 Minggu


Alhamdulillah kandungan sudah menjejaki minggu yang ke 15 minggu lepas..dan in sha Allah minggu depan masuk 16 minggu..syukur sangat2 walau mood nak memasak masih di laut belum sampai di daratan.Dan syukur sangat-sangat somi amat memahami kemalasan melampu isterinya time-time macam nih.

Bukan apa, sebelum nih kitorang bukan jenis makan luar, semuanya masak kat umah walaupun simple.Nak makan kat luar mungkin sebulan sekali tu tipu lah takde kan..tapi itupun kalau betul-betul somi teringin nak makan.Tapi sekarang hari-hari kena makan luar sebabnya mem nih memang kemalasan sangat nak masak.

Bau nasi tak boleh, nak menumis pun tak boleh.Makan kat umah pun seganp-segan plak nak telan tekak nih.Jangan nanti bb keluar kuat jalan sudah ler kan.Ni next week kena cek kencing manis plak minum air gula & cek-up sekali sebabnya last week cek-up berat naik 200gm je..bln lepas x naik..bulan sebelum pun x naik..adoiii naya kan mood time ngandung..Apapun aku harap bb dalam kandungan nih sihat2 je..aminn

Wednesday, September 24, 2014

Genap 2 Bulan (8 minggu)


Alhamdulillah ari nih genap 8 minggu usia kandungan ke4 untuk anak ke3 aku..Yang no 2 x kira sebab gugur..

Loya da kurang cuma selera tido melampau-lampau pulak..Tak boleh duduk lama, makan banyak dan suka plak benda manis2..Kalau tak kontrol boleh kena kencing manis aku kang..huhuhu
Apapun semoga semuanya berjalan baik sehingga akhirnya..Takut nak bersalin sebenarnya tapi rezeki takkan nak tolak..syukur atas rezeki yang tak diberikan..Semoga dipermudahkan dan dipelihara sepanjang kehamilan..aminnnn

Tuesday, September 16, 2014

Masuk 7 Minggu

Dah lama tak bersiaran, lawat blog apatah lagi bukak komp.Badan terasa berat semacam padahal kandungan baru mencecah 7 minggu.Belom pun lagi sebulan.Loya so far alhamdulillah kecuali last 2 days memang teruk sampai lembik muntah.Mungkin sebab angin dah masuk perut dan semua makanan yang masuk keluar balik macam air paip..Ya Allah rasanya ni lah kandungan pertama aku rasa macam nih lemah dan sangat-sangat tidak bermaya.

Kalau dibandingkan kandungan terdahulu terdapat lahan je pada awal kehamilan..alahan terhadap makanan yang menyebabkan muntah tapi tak pula sampai satu hari suntuk muntah.Dan kali ini aku rasa nak baring, lelap je..pas wat satu keje rumah, sambung baring tido..pastu bangun wat lagi satu keje rumah....baring tido balik.Padan macam tu je.Nasib baik anak-anak tak meragam.

Pagi tadi sempena cuti Hari Malaysia hari nih somi ajak makan nasi lemak penjara.Memang dari aritu teringin nak makan.Tapi bila sampai kedai, ambik mihun 2 sudu, nasi lemak 2 sudu dengan sambal.somi siap offer suh bungkus..Tapi kalau bungkus tak makan sayang pulak sebab anak-anak dah makan beria.

Harap-harap lagi 2-3 minggu badan nih kembali kuat.Demi anak-anak, suami dan kandungan..apapun terpaksan buat dan hadap.Rezeki yang Allah bagi kena terima walaupun bukan mudah menjadi seorang ibu.Dan walau bukan kandungan yang pertama..

Wednesday, September 10, 2014

Satay Pulak


Dah masuk minggu yang ke6..alhamdulillah so far tak de sangat lagi tanda-tanda mornig sickness yang teruk,Yang paling ketara bila mood makan n masak memang ke laut..Sian anak-anak.Bukan ibu taknak masak tapi ibu tak boleh..xde mood sayang 2 ibu..

Hari nih buat cucur udang beriya sebab teringin nak makan.Sebenarnya udang tu dah lama dalam peti tapi sebab mood nak masak takde tu yang jadi terperap.Semalam dengan rajinnya aku wat cucur udang, tapi part paling best bila dah siap .....elok masuk mulut dan kunyah rasa loya pulak..adoiiii

Disebabkan itu seharian aku hanya makan cekodok pisang ..itupun balance anak bawa g sekolah..petang ingat nak ajak somi makan satay sebab dalam kepala teringin nak makan daging/ayam...tapi en somi plak sibuk ada wat keje sikit..xper lah fwd hari lain pun boleh..

Tpi en somi amat-amat memahami..balik keje dalam kol 9 dia bawak balik satay.Banyak giler beli..dalam 40 cucuk kot.Yang aku makan 5 cucuk je..perut dh xleh masuk.Pastu layan nescafe shake plak..memang nikmat tak terkata..dan lepas tu apa lagi..tido ler dengan si bucuk no 2 tu..Dah sah-sah nak cium ketiak ibu..manja sangat.Ada adik esok tak tahu lah tu macam mana...



Thursday, September 4, 2014

Menu Kedai (layan tekak mengidam)


Arini tekak nak makan nasi ayam plak.Mengada-ngada sikit.Mood nak masak memang ke laut betul.Tak de selera nak tengok lauk dalm peti ais.Nak masak lagi ler rasa malas yang amat.Da cakap somi arinih  tak masak sbb malas..nasib somi faham.



Arini plak yang sulung tak sekolah sebab mata merah..semalam adik kena nasib baik letak ubat cepat so xdelah merah sangat..so semua kena makan nasi ayam je k..ibu mls masak

Wednesday, September 3, 2014

I'm pregnant again


Alhamdulillah ..akhirnya persoalan terjawab.Period lambat setiap bulan memberi tanda pengakhiran untuk satu lagi fasa bertambahnya ahli keluarga.Syukur atas tiada perancangan rezeki datang dengan seribu makna..


Seperti biasa sejak 2-3 bulan nih piyed dah makin tak teratur sejak ambik shaklee.Mungkin disebabkan stress kerja rumah dengan anak-anak yang semakin membesar.Itu benda pertama yang aku pikir.Tapi bulan nih rasa lain sikit.Mulanya takut gak nak beli pregnancy test takut macam bulan lepas cek2 sekali lambat daaa...


Tengok line kat huruf 't' tu dh cukup wat badan aku menggigil.Mana tak nya benda tak dirancang.Tapi itu lah rezeki yang Allah nak bagi.terima dengan hati yang terbuka.Jantina kalau boleh biarlah lelaki pulak kan.Tapi sapa kita nak menentukan jantina.Allah sebaik-baik perancang...



Semakin jelas...so boleh kompomkan.Apapun aku nak surprise kan hubby.sebab dua tiga hari nih dah request dia makan macam-macam dan dia macam boleh baca.Siap tanya kenapa nak makan benda pelik-pelik.last week makan rojak hari-hari..Syukur sangat.Apapun rasa takut tu ada ok...masih ngilu lagi rasa sakit bersalin dulu.

Tapi betullah kan orang cakap..bila ada nyawa lain dalam raim kita automatik rasa berjuang  tu ada..rasa takut tu pun ada cuma sikit je.Lebih rasa xcited dan x sabar nak tengok muka baby...


Semoga semuanya dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik..

Saturday, August 30, 2014

Roti Sosen dengan Slice cheese


Assalammualaikom...rajin beno nak update status sekarang..Bukan rajin mana pun tapi sebab line dah tak berapa semput n komputer pun dh format baru.Berat bila banyak sangat isi dalam nya kan..oklah ni menu aku buat ari nih..roti lapis cis ngan sosej.Slice cis nih aku agak dh dekat sebulan dalam peti.Bila en somi beli x reti nak beli pack kecik..ini la padahnya, xde orang nak perabis..so ternampak plak resepi buat macam nih.Simple kan..anak-anak suka..somi pun suka..


bahan2:
roti
slice cis
telur
sosej




yang ni aku tambah sendiri kebetulan bread crumb ada so guna je lah apa yang ada..jangan membazir..


inilah hasilnya setelah digoreng..yummy..tapi jgn makan selalu sangat cis ni kang gemuk susah plak..
selamat mencuba