Saturday, May 12, 2012

penat satu badan

Mungkin inilah yang dikatakan pengorbanan..melakukan kerja yang mana even tak nampak ganjaran dalam bentuk wang ringgit,tapi kepenatan tu berbalas bila kita nampak anak membesar depan mata.Semua yang berlaku seharian mereka dalam tempoh membesar dan suatu hari nanti akan semakin menjauh kenangan tersebut dari diari keibuan aku..aku rela.Aku buat yang terbaik untuk mereka dan suami.Walau di hati kecil aku, masih ada rasa nak bekerja dan memegang duit sendiri.

Walau tak mewah harta, tak pakai handbag mahal (macam aku nih pakai sangat pun)..aku pasrah.Mungkin ini yang terbaik untuk aku dan keluarga aku.Aku tak nak jadi orang yang rugi..terlalu kerjakan kerja sampai memberi tanggungjawab untuk menjaga mereka kepada orang lain.Biarlah tak mewah asalkan aku bahagia.Aku tak perlukan kereta mahal, rumah besar, set sofa kulit....cukupla ada tempat berteduh dan sempurna untuk kehidupan.Kemewahan bukan jaminan hidup kita akan sentiasa bahagia Yang penting rahmat Allah sentiasa untuk hambaNya yang bersabar atas kesusahan.

Aku bersyukur dikurniakan suami, keluarga dan anak-anak yang sempurna.Akan ku cuba beri yang terbaik walau bukan sebaik orang lain yang mampu beri untuk anak-anak mereka.Kasih sayang dan kepenatan aku untuk hari-hari bersama dalam membesarkan mereka berbalas melihat mereka mereka membesar dengan sempurna.Terima kasih Allah..

No comments:

Post a Comment