Friday, May 18, 2012

Tak sabar nak hias rumah sendiri

Diam tak diam tak setahun lebih aku tak keje..Bukan aku tak nak keje k, tapi hubby cakap dia lebih selesa kalau aku yang menguruskan rumah dan anak-anak.Kang antar rumah orang or nursery lain pulak cite...Maklumlah hidup merantau jauh dari orang tua.kalau hantar anak umah mentua or mak sendiri tu mungkin taklah serisau hantar tempat lain kan???lari tajuk lak

Kalau diikutkan hujung bulan nih kitorang sekeluarga akan berpindah masuk ke rumah yang abru dibeli..Actually sepatutnya after sign snp..kita kena tunggu 3 bulan after semua proses loan agreement dan transfer siap baru leh masuk rumah..tapi disebabkan owner rumah kitorang (ex owner lah ek)..sebab dah jual dengan murah ati bagi kitorang masuk awal..Alhamdulillah.,,

Rumah yang kitorang beli tu rumah teres setingkat je..ukur baju ditangan sendiri orang cakap.Tapi aku puas hati sebab rumah nih dah tamba sampai dapur.Belakang pun ada tanah lagi dalam 10' even dah bersimen.Boleh lah tempat sidai baju ke..nak masak bakar-bakar ke..memang best lah.Ruang parking pun dah tile penuh dengan sliding gate, siap lampu dan kipas, ruang tamu ada 2, ruang makan asing, ruang dapur asing siap kabinet dapur full sampai top sekali dengan hood dapur, 3 bilik masing-masing siap kipas...Apa lagi nak.

Memandangkan barang-barang kitorang yang memang banyak..rasa-rasa kabinet dapur yang tu pun macam tak cukup je..tegok dulu macam mana kan..kalau tak muat masuk dalam kabinet terpaksa beli dispaly kabinet.Sekarang tengah buat wishlist...apa yang supposed to buy for the new house..antara nya yang for sure :

1.Double bed tuk anak dara aku..plan nak beli 2 single bed..tapi tuk j/masa panjang better beli double bed je..senang diorang kongsi katil yang sama even kalau orang nak tumpang tido pun no problem kan???

2.Set ruang tamu..tengah pikir nak beli set kayu or just betulkan sofa lama yang dah koyak rabak.Teringat  kata-kata hamba Allah yag takbur nih satu ketika dulu ' sofa umah aku nih macam barangan terpakai' .Tak kisalah terpakai ke tak..buat apa kau nak beli benda mahal-mahal kalau sekadar menunjuk kan??Rezeki masing-masing..Aku ukur baju atas badan sendiri..Nak ikut orang buat apa...nak dapat pujian semata????sori e2 bukan aku

3.Langsir..yang ni aku tak sure lagi nak beli ke tak, sebab aku ada banyak langsir actually.Pemberian maklong hubby aku ada 2 jenis..Mungkin akan  tukar tapi bukan masa masuk rumah.Tunggu dulu..simpan duit boleh beli kain mahal..kata nak english style..aahahahahhaa

Tak salah berangan kan?Tapi kadang-kala angan-angan boleh jadi fitnah..macam mana tuh??kalau aku ingat kata-kata sorang hamba Allah yang bongkak lagi sombong nih (bagi aku ler)...memang rasa nak je jumpa atas semua fitnah yang dia lempar kat aku.tapi tuhan tu adil.aku tak perlu layan manusia yang berlagak, riak, angkuh macam tuh...alhamdulillah sekarang aku bersyukur...bersyukur sangat-sangat atas rezeki yang Dia bagi tuk aku dan suami.Even aku tak keje, suami aku mampu beli rumah tuk aku dan anak-anak.

Walaupun gaji tak setinggi mana..alhamdulillah keberkatan tu ada,dan aku lebih rela bersederhana dari banyak harta tapi bukan dengan titik peluh sendiri..Tak kisah hubby buat keje yang memalukan janji dapat duit dengan cara halal.Dari dapat duit dengan cara mudah dan bukan atas kerja yang dibuat.Duit itu yang bagi makan anak-anak dan dari situ jugaklah mencambah benih-benih jati diri anak di masa akan datang...

p/s tuk diri sendiri: 

jangan sekali-kali memandang orang atas apa dia buat tuk kita baik atau buruk..kerana ketetapan Yang Maha Esa itu pasti dan kita sebagai hamba tidak layak mempertikaikan nya..Bersyukur dan redha..itu yang terbaik.






No comments:

Post a Comment