Wednesday, October 24, 2012

Adam Makan & Minum Mengikut sunnah Rasullullah

Mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim. Sunnah yang dapat membentuk keintiman dan keharmonian didalam rumahtagga dan keluarga kita. insya-ALLAH

1. MEMBASUH TANGAN


Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.” (HR An-Nasaa’i)

Satu lagi hadis menyebut:

“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”

2. MEMBACA BISMILLAH

Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda: “Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…” (HR Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.

3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.

Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.” (HR Abu Daud)

4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR Muslim)

5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).” (HR Abu Daud)

6. TIDAK TONGKAT TANGAN

Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda: “Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.” (HR Bukhari)

Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.

Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.

7. TIDAK MENCELA MAKANAN

Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.” (HR Bukhari)

8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN

Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH

Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).” (HR Muslim)

10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN

Ibnu Abbas r.a. memberitakan: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.” (HR At-Tirmidzi)

11. TIDAK MAKAN BANYAK

Nabi SAW bersabda: “Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.” (HR Bukhari)

12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP

Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya: “Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)

13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”

Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi: “… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!” (HR Bukhari)

Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.

14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI

Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain menyebut:

“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.” (HR Bukhari)

15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:

“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.” (HR Ibnu Majah)

16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN

Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW. Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).

17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN

Nabi SAW bersabda: “Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.

18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN

Hadis menyebut: “Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”" (HR Bukhari dan Muslim)

19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR

Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda: “…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.” (HR Muslim)

20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK

Hadis menyebut: “Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.” (HR Muslim)

Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.

Wallahu a’lam..

(via I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad)

Sunday, October 21, 2012

Indahnya Islam

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....
Hadis Nabi Mengenai Wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..

Buka dan Menang

Tengok entry je mesti sesapa pernah dengar kan???aku pernah jugak lah kena dengan benda alah nih..terutamanya gores dan menang barangan dapur seperti cookware tuh..tapi hampeh berlakon je lebih diorang nih..Dah lama jugak tak layan benda-benda macam ni.Ye lah, seboleh-boleh dia paksa kita beli dengan diskaun tertentu kan.Ada duit pun aku memng tak layan wey.

Tetiba ari nih aku tergerak ati nak g Tesco...kejadian nih bukan dalam tesco tapi kat parking..sorang lelaki cina ngan pompuan cina.Bagi 2 kertas yang suh buka..Kalau perkataan 'thank you' bagi balik kat diorang tapi kalau ada gambar bulatan bewarna...either ijau, kelabu, hitam, merah dan satu lagi aku lupa warna apa..semua tu kira luck la..so dipendekkan cite aku dapat yang kelabu..Dalam Malaysia nih ada 100 je warna kelabu nih n hadiah yang bakal dapat pun besar-besar ler...

Siap tunjuk keratan suratkhabar lagi pemenang-pemenang yang berjaya.Tapi ...ada tapi tau, dalam akaun mesti ada rm1500..untuk membuktikan kita nyer kad tu aktif...dan satu lagi kalau scan dpt kete...dan2 tu jugak kete leh bawa balik dan duit dalam akaun tuk tuk menunjukkan yang kita akan dapat insurans dan road tax percuma setahun tuk kete yang akan kita dapat tuh...

Pastu..aku pun pergilah ikut amoi nih g ofis dia..tapi bukan sorang k dengan adik ipar aku serta anak-anak aku.Masuk-masuk ofis je diterangkan sekali lagi prosedur semua...yang aku peliknya...ada pulak suh sediakan duit tuk govermant tax...rm8k minima pun rm4k tuk settlekan pengeluaran kete pas buat report polis semua berkenaan kete yang akan kuar ..nak bagi aku tu ler..

Tapi aku sikit pun x heran ngan kete tu..sebab memang aku pikir diorang nih menipu..tapi pandai-pandai pulak ngikut amoi tu g ofis ek..last2 aku cakap je..aku memang takde duit.Tapi nama pun penipu memang akan suh kita buat duit jugak..Dia suh aku g gadai barang kemas..Aku nih pun kaki jugak..kaki loyar buruk..aku bagitahu ler emas aku emas tipu..hahaahaahah padan muka dia.

Dia ingat aku ni bodoh ker???aku tak heran lah setakat kete mahal-mahal nih..kalau bagi duit cash yer..memang aku ambik..alih-alih boleh bagi mak ayah aku enjoy..kikikikik

So dipendekkan cite...aku pun bagitau amoi tuh..aku x keje, laki pun kuli je..duit susu pun xde tuk anak..mana nak carik rm4k tuh..pakai emas tu tipu sbb takut orang mengata..terdiam ko...puas ati aku..

pastu aku pegi balik tesco aku makan aiskrim dengan tenang nyer..ahaaaaha

Friday, October 19, 2012

Siakap di Pagi Jumaat

Alhamdulillah..rezeki di pagi Jumaat .Dengan keadaan cuaca hujan-hujan pun hubby sempat jugak kuar pegi mancing.Kalau balik awal maknanya dapat habuan ler..kalau xdapat memang balik pagi ler..Ni lah ikan siakap yang hubby aku dapat semalam..Jenuh jugak aku nak menyiang.Ye lah kalau ikan besar2 ni aku ler tukang potong.Dia tolong buang isi perut n basuh je..Aku yang potong dan simpan..



Besar x???maksud aku ikan tu tau..bukan yang pegang tuh.Yang pegang dah kompem-kompem besar..haahahaaa sok plan nak masak asam pedas ikan pari dulu.Hasil tangkapan 2 hari lepas.Ikan nih simpan tuk anak...

Thursday, October 18, 2012

Riben kain II

Dah macam takde kerja aku nih.Ada barang mula lah nak try benda yang dah pandai.Saje nak perbanyakkan dan perlembutkan tangan.Takyah nak beli-beli kan??Penat memang penat tapi berbaloi.baloi...


Ari nih tema hijau lak..hehehhee

Tuesday, October 16, 2012

Kek Coklat Moist

Dah lama rasanya tak update blog mengenai resipi.Semakin bizi dengan decoupage dan DIY aku.Konon nyer..kan3

Ari nih entah macam mana hubby request nak makan kek lak.Mula-mula nak gak try mille durian crepe yang tengah famous tu.Tapi memandangkan malas nak pergi kedai bakery tuk beli whipping cream or cream cheese, so aku decide tuk try kek coklat yang xpernah aku wat lagi.Saje nak menambahkan resipi kek coklat katakan.

resipi nya aku ambik dari SINI..aku copykan tuk sesapa yang malas nak klik tu k...thanks kak rossitams sbb sudi share resipi yang memang best nih..kebetulan aku nyer susu segar balance buat cheese kek ari tu ada lagi.Ngam2 lak tu...heehehee

Bahan A (diayak) :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B (pukul sebati) :
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
400ml susu cair @ susu segar
5 biji telur Gred B
1 1/2 cawan gula pasir

Bahan C :
1 cawan air panas
1 sudu teh Nescafe Gold @ nescafe biasa

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
  2. Tuang Bahan B ke dalam Bahan A sambil dikacau hingga rata. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
  3. Setelah sebati, tuangkan Bahan C pula. Kacau lagi hingga rata dan sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang bulat 9" dan kukus selama 45 minit atau hingga masak



Friday, October 12, 2012

Hanging love lagi



Ari ni terajin lak nak wat hanging love lagi..khas tuk akak ku yang suka merah..
layan je la pic2 nih.kali nih aku letak rambut kat bawah love



Thursday, October 11, 2012

Reben kain


Dari sehari ke sehari semakin berkobar-kobar aku nak wat sendiri benda tuk hias rumah..nak beli boleh je.Tapi better wat sendiri kalau boleh kan.Kalau tangan memang keras better beli la kot.Ari nih mood terajin lebih lak aku.Nak kata barang-barang tuk menjahit tu banyak sangat takde lah, sekadar yang ada aku wat dari kain-kain lebih..jom layannnn




Wednesday, October 10, 2012

Kek Marble

Dah lama aku tak jenguk oven aku.Ari nih kebetulan free sesangat.Tambahan tangan gatal nak buat sesuatu tapi tak tahu nak wat per..memandangkan masak je yang leh release kan kebosanan aku, so decide wat kek yang aku tak perna wat lagi.heheheeeh dah siap boleh makan..kan??

resipi asal aku copy dari blog kak as  .Memang tak rugi try even nih 1st time...hasilnya memang tak menghampakan.Aku copykan balik resipi bahan-bahannya tuk sesapa yang nak try tapi masih tercari-cari resipi..

Bahan-bahan:
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin (aku  xletak)
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco 
  • 1 camca teh  pes pandan (yang ni aku tambah sendiri)

Cara-cara

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco,satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila dan satu lagi perisa pandan. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.




 sebelum dibakar
 yang coklat nih bukan hangus tapi lapisan coklat..nampak je macam hangus kan..lapik dia aku dah buang..

taraaaaaaaaaaaa..dh siap..jemput2 makan 

Monday, October 8, 2012

Hanging Love

Tercapai jugak hajat nak wat hanging love sendiri.Yang bestnya mula-mula wat kecik tapi macam x jadi je bentu love.So aku wat yang besay sekali..hahaha baru best kan??




Sunday, October 7, 2012

Jonker Walk Melaka

Lama jugak aku tak pergi night market nih.Yelah, dengan keadaan sesak nya lagi, bau masakannya lagi..Dah namapun tuk tourist kan.Mostly yang jual-jual tu cina.Tak tahu lah cina baba ke cina pior...tapi yang pasti jangan try beli makanan apa-apa dari diorang k.Tapi banyak jugak yang best..contohnya...

 abaikan gambar yang kabur tu yer..nampak tak yang dalam bakul tuh...macam bunga ros kan???tapi sebenarnya bukan..itulah panty yang dah digubah jadi bunga..kreatif kan???so sesapa yang terasa nak wat hantaran or suh suami bagi bolehler datang sini...
cantikkan??tak nampak macam panty pun..heeeeh

 pelbagai jenis fridge magnet..tengok je lah..nak beli buang duit je.Bukan apa, nanti anak-anak aku yang lebih.Buat mainan diorang.



 yang nih gula-gula ketuk.nampak tak uncle tu tengah ketuk-ketuk dalam dulang tuh..pastu anak dia masuk dalam plastik cucuk-cucuk macam kat dalam pic tuh..
 yang nih lak kad ...bila bukak dia ada design sendiri macam nih.tapi mahal nak mampus.Tapi bagi yang suka benda-benda macam nih boleh ler beli..aku mmg tak suka
 yang suka cap ayam..ini lah dia...taraaaaaaaaaa

Saturday, October 6, 2012

Dapurku Sayang

Terasa malas sangat nak bangun pagi weekend macam nih.Setiap kali weekend tak pernah nak dapat bangun lambat.Konon pas subuh boleh ler nak layan sampai tengahari..hahahah (melampau) kan???tapi hubbu pergi keje luar je weekend..kadang-kadang ader function.So pergi lambat sikit.Yang bangun awalnya sebab dia akan ajak kitorang ni pergi bfast kat luar.Nak makan pun malas kan????Nak berjalan, lagi lah aku malas kalau weekend2 nih.

So apa yang aku akan wat....settlekan rumah.

basuh baju

lipat baju

mop lantai

lap dinding rumah

buang habuk-habuk kat semua tempat

vacuum kapet n bilik anak aku...nak bagi habuk tak terbang

kemas dapur ubah susun atur ruang belakang..haahaa

banyak nye keje kan???nak menjahit dan sangkut barang hiasan, aku malas nak memaku.Tukang paku takde kat uma katakan..

kat sini aku share kan dapur rumah ku yang tak seberapa...





Friday, October 5, 2012

Bunga Hiasan

Makin lama makin penat dan lenguh je badan nih..plan nak wat bekam tapi tunggu masa.Bukan masa aku, tapi hubby aku sebab dah tentu-tentu masa wat bekam tu xleh nak pegang anak kan???tapi tengoklah nanti bila senang-senang.

Ni aku nak cite pasal bunga kat umah aku nih..lately makin gila bunga lak aku..hubby aku iakan aje ..mana nak bangkang kan.nama pun sayang bini..hihihi

saje nak share bunga-bunga yang aku gubah baru.Tak cantik mana pun tapi cukuplah dari ruang kosong kan?



 
 ada lagi yang aku tak ambik gambar sebab pasu tinggi n bunga pun x penuh lagi.Tunggu penuh aku snap lagi.