Dah lama aku tak jenguk oven aku.Ari nih kebetulan free sesangat.Tambahan tangan gatal nak buat sesuatu tapi tak tahu nak wat per..memandangkan masak je yang leh release kan kebosanan aku, so decide wat kek yang aku tak perna wat lagi.heheheeeh dah siap boleh makan..kan??
resipi asal aku copy dari blog kak as .Memang tak rugi try even nih 1st time...hasilnya memang tak menghampakan.Aku copykan balik resipi bahan-bahannya tuk sesapa yang nak try tapi masih tercari-cari resipi..
Bahan-bahan:
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
- 300 g mentega, pada suhu bilik
- 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
- 1 camca teh serbuk penaik*
- 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
- 5 biji telur Gred A
- 250 g gula kastor
- 1 camca besar Ovallate
- 30 g Gliserin (aku xletak)
- 20 g air
- 1/2 camca teh esev vanilla
- 1/2 camca teh strawberi emulco
- 1 camca teh coklat emulco
- 1 camca teh pes pandan (yang ni aku tambah sendiri)
Cara-cara
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
sebelum dibakar
yang coklat nih bukan hangus tapi lapisan coklat..nampak je macam hangus kan..lapik dia aku dah buang..
taraaaaaaaaaaaa..dh siap..jemput2 makan
No comments:
Post a Comment