Dah lama rasanya tak update blog mengenai resipi.Semakin bizi dengan decoupage dan DIY aku.Konon nyer..kan3
Ari nih entah macam mana hubby request nak makan kek lak.Mula-mula nak gak try mille durian crepe yang tengah famous tu.Tapi memandangkan malas nak pergi kedai bakery tuk beli whipping cream or cream cheese, so aku decide tuk try kek coklat yang xpernah aku wat lagi.Saje nak menambahkan resipi kek coklat katakan.
resipi nya aku ambik dari SINI..aku copykan tuk sesapa yang malas nak klik tu k...thanks kak rossitams sbb sudi share resipi yang memang best nih..kebetulan aku nyer susu segar balance buat cheese kek ari tu ada lagi.Ngam2 lak tu...heehehee
Bahan A (diayak) :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan B (pukul sebati) :
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
400ml susu cair @ susu segar
5 biji telur Gred B
1 1/2 cawan gula pasir
Bahan C :
1 cawan air panas
1 sudu teh Nescafe Gold @ nescafe biasa
Cara-cara :
- Panaskan kukusan. Balut penutup untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
- Tuang Bahan B ke dalam Bahan A sambil dikacau hingga rata. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
- Setelah sebati, tuangkan Bahan C pula. Kacau lagi hingga rata dan sebati.
- Tuangkan ke dalam loyang bulat 9" dan kukus selama 45 minit atau hingga masak
No comments:
Post a Comment