Thursday, March 21, 2013

Penatnya...Long journey begin

Seharian suntuk mengemas rumah dan mengemas barangan tuk balik kampung.Ari nih jugak aku nak kena buat shell tart untuk majlis tunang adik ipar aku.Tak tahu nak bagi apa..nak buat kek memang tak lah kan, sebab nak bawa jalan jauh takut x sampa lak kek nanti..

Yang ni menu aku sempat buat untuk ari ni.malas nak masak lauk-lauk sebab takde orang nak makan..


Siap dah temu purple tuk hantaran..yang lebih2 tu untuk makan je..hihi

Tuesday, March 19, 2013

Menu tengahari hari selasa



Takde apa nak tulis sangat sebenarnya..just nak share menu makan tengahari hari ni..Mood malas nak masak sebenarnya..so masak apa yang ada dan simple...Masak asam pedas dah jadi kewajipan kat umah nih..daun kesum pun dah tumbuh segar kat belakang rumah..so pendek kata makin senang nak masak bila semua bahan-bahan boleh dapat sendiri...






 Ni lah menu tengahari hari nih...nasib baik kedai runcit dekat..senang sikit nak beli sikit-sikit..malas nak simpan stok sayur dalam peti sebab jumaat nih nak balik kuantan dah..




Saturday, March 16, 2013

Sakit Kaki

Dah 2 hari sakit kaki.tetiba lak bengkak tapak kaki kiri aku.Mungkin sebab bawak kete kot.Maklumlah kete manual.Kaki lak tak berapa nak panjang.hahahhaha Apapun ari nih n esok aku xleh lah bawak kete pergi mana-mana.Hubby dah sound ..jangan gatal-gatal nak kuar..huhu

Bertambah sakit kaki nih pulak bila semalam berlari nak angkat baju kat ampaian belakang gara-gara hujan mengejut.Takde mendung, takde angin tiba-tiba hujan.Yang bestnya, elok je aku masuk rumah ujan  benti..kaki pun dah denyut so tido jelah petang-petang pun..:P

Hari nih duduk rumah rileks-rileks sebab semalam dah buat operasi kemas rumah secara besar-besaran..heheh thank tuk hubby sebab tolong lap semua kipas kat umah dari luar tempat parking sampai dapur..batuk aku yang tak hilang lagi mungkin sebab habuk kot..aku nih elergik sikit habuk-habuk..

OKlah..nak buat menu tengahari simple je ari nih sebab hubby takde, aku lak just panaskan burger yang dia beli semalam yang x makan sebab tertido awal.Nasib baik dia simpan dalam peti ais..huhuhuhuh thanks u my hubby.

Wednesday, March 13, 2013

STRAWBERI MARBLE CHEESE BROWNIES

Alhamdullilla, tercapai jugak nak buat strawberi marble cheese brownies nih..kebetulan bahan-bahan ada so boleh lah pelbagaikan resipi yang sama dengan rasa yang lain..Untuk anak-anak juga sebenarnya.Sukakan strawberi katakan...hihihi

Oklah resipi le cek link sebelum nih SINI. Kita cek pic-pic kat atas untuk menyenangkan sesiapa yang tak pernah buat kan???kongsi ilmu dapat pahala..aminn..tapi kalau ada yang nak order boleh je ...area melaka je tau..:)



250gm butter + 1 cawan serbuk koko
 adunan butter dan serbuk koko yang menggunakan kaedah double boil.sejukkan dulu.
1 1/2 cawan gula kastor + 3 biji telur gred A
  telur dan gula dipukul hingga kembang ditempat berasingan.

 1/2 cawan susu cair
 1 1/2 cawan tepung gandum,+1sk soda bikarbonat + 1sk baking powder
masukkan adunan  telur ke dalam adunan serbuk koko, lepas tu masukkan susu cair dan last sekali tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
 dah siap adunan bawah brownies..
sediakan loyang.Pastikan kertas berjuntai di tepi loyang untuk memudahkan kita keluarkan kek nanti.Tapi kalau guna loose tin xyah lah guna kertas macam nih..:)
 setelah dibakar 20 minit
letakkan pulak adunan cheese..250gm cream cheese + 1 biji telur+ 1/2 cawan gula kastor.
 strawberi jem..
 lorek-lorekkan mengikut kreativiti.bakar semula 15 minit..
siap..

Tuesday, March 12, 2013

Selamat harijadi Nurfatehah

Selamat ulangtahun untuk mu sayang..semoga membesar dengan penuh kasih sayang ibu dan ayah.Walau bukan dari sgi kesenangan, kemewahan dan harta benda.Tapi kasih sayang ibu dan ayah akan sentiasa untuk sayang , di mana sahaja dan setiap masa.Untukmu segalanya ayah dan ibu sanggup korbankan.Jadilah anak yang baik, sihat dan menyenangkan ibu dan ayah dunia dan akhirat.

Terima kasih pada Yang Esa kerana mengurniakan sayang untuk ayah dan ibu.Itulah hadiah perkahwinan yang teristimewa untuk ibu ...Ibu sayangkan Nurfatehah seperti sayangkan ayah, adik dan ahli keluarga yang lain..dan kasih sayang ibu semuanya atas redha Allah..keran ibu tahu semua yang ibu sayang akan pergi tinggalkan ibu suatu masa nanti..Ibu akan hargai setiap detik, masa dan saat yang ada supaya ibu takkan leka dengan kehadiran sayang ...



Saturday, March 9, 2013

Melampau betoi


Sakit lak ati aku nih bila orang jual barang makanan macam endah tak endah.Pakcik tua lak tuh.Kalau tak disebabkan kesian..memang aku takkan beli orang tepi jalan macam tu.Better aku pergi kedai yang betul2 jual.Tak sangka aku dengan kopiah nya..tapi jual satay xde isi, pastu lemak saje..lemak sedap takper..basi lak tuh..kuah takyah cakap lah..memang out..aku harap ader hamba Allah lain yang akan tegur dia.Makan duit x ikhlas tu pakcik oi...





Friday, March 8, 2013

Bunga felt

Tekak makin gatal, mata asyik ngantok..satu keje tak jadi ari nih.Dan hari nih jugak aku tak masak.Untuk anak-anak, aku just gorengkan nasi balance semalam.Petang kena makan kat luar lah nampaknya tunggu ayah diorang balik.

Bila dh balik makan..tetiba lak datang semangat rajin aku nak buat felt balik.So inilah hasilnya..saje nak buat tuk anak dara aku yang 2 orang tuh..nak beli boleh, tapi buat sendiri lagi baik kot..lagipun aku banyak masa..:)


tinggal nak letak butang je lagi kat tengah tuh.pastu bolehlah tampal kat sepit rambut or cekak rambut..mana2 bole..nak order???boleh je..email me..tq

Wednesday, March 6, 2013

sakit tekak

Tak selesanya bila sakit tekak macam nih.Mula-mula sakit tekak...sekali petang terus sore hilang..adoiii..selamat anak-anak ari nih dari kena marah yer..merdeka sangatlah kan???


Sunday, March 3, 2013

Snowy Cheese Cake

Dah lama terasa nak buat kek nih.Cheese pun dah beli berkurun.Tunggu nak guna je.Kebetulan semalam harijadi anak no 2 tu so aku buatkan kek saji keju nih.Ini pun disebabkan dia suka sangat ngan cheese..resipi aku ambik kat myresipi dan yatimemories..ada ramai lagi yang dah buat cuma aku tengok cara lebih kurang je..so aku malas nak godek banyak2..




aku copykan resipi untuk rujukan yang masih mencari dan buat rujukan aku di masa depan jugak..untuk anak-anak jugak..hihi


Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Saturday, March 2, 2013

Selamat Harijadi Anakku

from google

selamat harijadi untuk putri ke 2 ku.Semoga menjadi anak yang solehah..dimurakan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah sentiasa sepanjang hayat.Ibu bersyukur menjadi ibumu walaupun ibu tak mampu memberikan kesenangan seperti ibu-ibu yang lain.Tapi ibu akan sentiasa ada untukmu.Ibu korbankan semuanya hanya untukmu sayang.Untuk menjaga dan melihat perkembangan mu menjadi insan yang berguna.Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang lagi menjaga amanah Mu ini..