Friday, February 27, 2015

Ngidam Burung Puyuh


Selamat petang semua...
Dah petang baru dapat update blog.Kira ok lah ber update kan, kalau tak kosong je sunyi.Disebabkan kemalasan melampau katakan.Hari-hari malas caner tuh.kikikiki

Semalam teringin nak makan burung puyuh goreng berempah.Bukan takleh nak pegi makan kat kedai tapi size kat kedai tu wat taik gigi je.Mahal plak tu.Baik wat sendiri puas ati kan.Bukan rajin sangat pun tapi setakat blend bahan dan perap..pastu goreng dah siap.Bukan banyak keje sangat pun.


Thank buat en somi yang carikan  kat jusco.Selalu nampak kat kedai runcit dekat rumah nih ada je.Entah macam mana semalam carik takde plak.Takde rezeki orang cakap.
Biasalah ngidam kali nih seboleh-boleh aku try carik dulu, dah tak jumpa baru bagitahu somi suh carikan.Kalaulah aku larat nak drive ke bandar memang aku tak nyusah dia.. T
api disebabkan somi dah warning awal-awal jangan drive jauh-jauh..pegi ambik antar anak sekolah je..kang jadi apa-apa risau dia cakap..adoii macam budak kecik plak aku rasa.
Anyway nih burung puyuh yang dah siap siang dan basuh.
 Dah siap siang pun.simpan peti sekejap sebelum goreng.tak simpan peti pun takpe.Tapi disebabkan somi balik kje malam dan aku plak malam-malam memang tak leh makan berat so simpan dalam peti lah jawabnya.Pagi tadi baru aku gorengkan...
Wat bekal anak sekolah nasi ngan ayam kicap.so sekali harung aku masak untuk makan tengahari.Bukan aku makan sangat pun.Tak tahu kenapa selera ngandung kali ni memang lain benar compare dengan yang sebelum nih.Itulah orang cakap lain jantina lain pembawakan nya..

Thursday, February 26, 2015

30 Week

Assalammualaikum

Pejam celik -pejam celik dah masuk minggu ke 30.
Mana taknya sibuk dengan anak-anak, rumah bagai kan.
Tak terasa perut pun makin membesar.last 2 week scan doktor cakap baby still breech, mean kepala kat atas kaki kat bawah.
Alhamdulillah ari nih scan lagi tuk cek kedudukan baby dah normal.Kepala dah turun dan uri pun dah naik atas sepenuhnya.In sha Allah boleh bersalin normal.

Cuma doktor cakap baby kecik dalam 1.4kg je..berat aku pulak naik 100gm je dr last 2 weeks.
Nasib tak kena bebel.Doktor cakap normal berat tak naik sangat bila dah memasuki minggu2 terakhir..
so jgn nebes2 lagi n jangan banyak pikir..

Sekarang fokus nak habiskan khatam al-quran sebelum due.Lagi 2 minggu nak balik Kuantan cuti sekolah.
Nak rileks sepenuhnya...menikmati makanan air tangan mentua.Boleh gitu? he3.
Apapun semoga semuanya dipermudahkan.Rasa syukur yang tak terhingga dengan anugerah kali nih.
Mana taknya dpt baby boy yang ditunggu2 selama nih..
Tak sabar nak tengok ikut muka sapa..huhuhuhu

Alhamdulillah..syukur aminnn

Sunday, February 22, 2015

Asam Pedas Untuk Dia


Dek kemaruk cite 'asam pedas untuk dia' kat tv3 setiap sabtu dan ahad.Somi plak memang hantu asam pedas nih.Balik semalam dia bawa ikan siakap sekor.Bapak besar.dengan perut memboyot of kos lah aku tak daya nak tolong dia siang.So kena gagahkan sendiri ye cik abang untuk siang n potong ikan nih..sayang tolong basuh je..


 naldi pun x muat..nak siang kat sinki memang boleh roboh table top kang..kna pakai tukul..





 Kepala ikan je kita wat asam pedas..isi ikan untuk goreng n wat sambal k.Untuk anak-anak jugak kan..
 Dah siap..jemput makan...simple je..asam pedas kosong.sayur bendi xde sebab malas nak kuar beli..


Friday, February 20, 2015

Scan Lagi

Pertama-tama sekali syukur yang amat sangat atas kurniaan Yang Maha Esa.Akhirnya rezeki untuk mendapatkan anak lelaki termakbul.Walaupun tak pernah terpikir nak tambah ahli dalam waktu terdekat nih.Apapun ini lah yang dinamakan kita merancang tuhan yang menentukan.Syukur alhamdulillah.


Semalam chinese New Year tergerak plak hati nak try scan kat klinik Amal Bukit Katil.Salah satu panel klinik.Bukan tak pernah pergi klinik nih sebelum nih tapi memanjang ramai.Mana taknya servis memang tip top.Layanan pun tip top and of kos lah orang suka kan..Plan awal nak scan 4D tapi disebabkan doktor Rahimah on leave dan doktor lain ganti..so buat 2D je.Takpe lah janji doktor pompuan yang wat.And seriously doktor very frienly and humble.Penjelasan yang lengkap untuk setiap detail badan baby yang memang kita nak tahu..

Yang bestnya banyak kali goden tak nampak 'bird' dia lastly nampak jugak and  doktor pulak yang excited.sebab dari awal dia hanya tunjuk 'telur' je yang nampak.Memang jelas tapi still 'bird' tak nampak and once nampak bird laju je dia stopkan scan n print the picture.And for me of kos air mata mengalir tanda gembira dan syukur yang amat2...apapun kita continue the nest chapter of delivering pulak pas nih.terima kasih Ya Allah..

Monday, February 16, 2015

Selamat Harijadi Untuk Diri Sendiri


Alhamdulillah genap dah memasuki usia 30-an untuk tahun yang ke4.So far syukur atas segala yang dimiliki.Takde duit banyak, takde kehidupan yang mewah macam orang lain tapi aku cukup bahagia disamping suami, anak-anak dan keluarga yang menyayangi dan sentiasa ada disaat aku perlukan nasihat.

Buat somi terima kasih kerana sentiasa menghargai aku.Walaupun lucu sebab tahun nih dia ter'advanced' wish ..xpe-xpe aku maafkan.kadang2 bila dah berumur nih dengan segala benda otak nak ingat memang akan ada kecelaruan sikit kat situ.Dah lumrah lelaki susah nak hafal tarikh-tarikh penting dalam hidup dia kan.Abaikan je kesilapan sedikit tu kan3..
Seperti biasa somi ajak keluar makan walaupun pada awalnya aku memang takde selera nak makan kat luar.Tambah-tambah lagi selera makan semakin down bila memasuki trimestrer ke3 nih.Tapi untuk tidak menghampakan somi yang beria-ria tahan  perut sebab nak makan sekali dengan birtday gurl so aku ikut kan je..kitorang makan kat windmill je..anak yg sulung plak nak makan kfc...so sudahnya balik windmill singgah drive thru ke kfc untuk beli makanan anak..



enjoy the meal..semoga tahun nih akan menjadi kenangan bersama orang2 yang aku sayang.Tahun depan kita tak tahu apa ceritanya kan..Hargai apa yang kita ada kerana esok belom pasti milik kita..

Friday, February 6, 2015

Kuih Koci



Pejam celik pejam celik dah jumaat pertama bulan febuari.Kejap je kan masa berlalu.Kandungan aku pulak dh masuk 27 weeks.Next week genap 7 bulan.Appointment tuk minum air gula, injection kancing gigi plus kena pantau carta pergerakan baby plak..OH nooooo dah tak lama lagi nak deliver my new family member..Excited plus takut...boleh gitu


Oklah..bukan nak cite hal mengandung, tapi nak cite masalah tekak nih.Bila asyik tengok cite asam pedas untuk dia kat tv3 setiap sabtu & ahad tu.Jadi teringin plak nak makan kuih koci. "Alah beli je kalau nak makan sikit"..ramai yang cakap g2 kat aku, ni sampai buat2 bagai..Bukan taknak beli tapi masalahnya setiap kali aku pergi beli habis..beli habis..dah takde rezeki lah nama nya kan.So alternatifnya.....aku kena wat sendiri dengan pertolongan somi carik daun pisang..

Rezeki aku kan..ader makcik kat tempat keje somi bagi daun pisang.Dah siap layur dah ni.semoga tuhan murahkan rezeki orang-orang yang menyenangkan aku semasa mengandung kali nih..

inti kelapa,,gula merah, air, gula + kelapa putih
masak hingga sedikit kering
santan pekat yang dimasak bersama garam ngan sedikit tepung beras
sebelum letak santan pekat tu make sure doh yang berisi inti tu direbus sehingga timbul dulu yer.pastu baru bungkus macam kat atas tu.
Dah siap bungkus.Sekarang kukus dalam ms 15 minit je api kecik k..

Dah siap kuih koci untuk tekak ku yang mengidam.Kalau balik umah mentua nih memang sebut kompom dapat.Tapi nak tunggu raya cina lambat lagi ler balik jawab nyer..apapun alhamdulillah..