Alhamdulillah genap dah memasuki usia 30-an untuk tahun yang ke4.So far syukur atas segala yang dimiliki.Takde duit banyak, takde kehidupan yang mewah macam orang lain tapi aku cukup bahagia disamping suami, anak-anak dan keluarga yang menyayangi dan sentiasa ada disaat aku perlukan nasihat.
Buat somi terima kasih kerana sentiasa menghargai aku.Walaupun lucu sebab tahun nih dia ter'advanced' wish ..xpe-xpe aku maafkan.kadang2 bila dah berumur nih dengan segala benda otak nak ingat memang akan ada kecelaruan sikit kat situ.Dah lumrah lelaki susah nak hafal tarikh-tarikh penting dalam hidup dia kan.Abaikan je kesilapan sedikit tu kan3..
Seperti biasa somi ajak keluar makan walaupun pada awalnya aku memang takde selera nak makan kat luar.Tambah-tambah lagi selera makan semakin down bila memasuki trimestrer ke3 nih.Tapi untuk tidak menghampakan somi yang beria-ria tahan perut sebab nak makan sekali dengan birtday gurl so aku ikut kan je..kitorang makan kat windmill je..anak yg sulung plak nak makan kfc...so sudahnya balik windmill singgah drive thru ke kfc untuk beli makanan anak..
enjoy the meal..semoga tahun nih akan menjadi kenangan bersama orang2 yang aku sayang.Tahun depan kita tak tahu apa ceritanya kan..Hargai apa yang kita ada kerana esok belom pasti milik kita..
No comments:
Post a Comment