Friday, February 27, 2015

Ngidam Burung Puyuh


Selamat petang semua...
Dah petang baru dapat update blog.Kira ok lah ber update kan, kalau tak kosong je sunyi.Disebabkan kemalasan melampau katakan.Hari-hari malas caner tuh.kikikiki

Semalam teringin nak makan burung puyuh goreng berempah.Bukan takleh nak pegi makan kat kedai tapi size kat kedai tu wat taik gigi je.Mahal plak tu.Baik wat sendiri puas ati kan.Bukan rajin sangat pun tapi setakat blend bahan dan perap..pastu goreng dah siap.Bukan banyak keje sangat pun.


Thank buat en somi yang carikan  kat jusco.Selalu nampak kat kedai runcit dekat rumah nih ada je.Entah macam mana semalam carik takde plak.Takde rezeki orang cakap.
Biasalah ngidam kali nih seboleh-boleh aku try carik dulu, dah tak jumpa baru bagitahu somi suh carikan.Kalaulah aku larat nak drive ke bandar memang aku tak nyusah dia.. T
api disebabkan somi dah warning awal-awal jangan drive jauh-jauh..pegi ambik antar anak sekolah je..kang jadi apa-apa risau dia cakap..adoii macam budak kecik plak aku rasa.
Anyway nih burung puyuh yang dah siap siang dan basuh.
 Dah siap siang pun.simpan peti sekejap sebelum goreng.tak simpan peti pun takpe.Tapi disebabkan somi balik kje malam dan aku plak malam-malam memang tak leh makan berat so simpan dalam peti lah jawabnya.Pagi tadi baru aku gorengkan...
Wat bekal anak sekolah nasi ngan ayam kicap.so sekali harung aku masak untuk makan tengahari.Bukan aku makan sangat pun.Tak tahu kenapa selera ngandung kali ni memang lain benar compare dengan yang sebelum nih.Itulah orang cakap lain jantina lain pembawakan nya..

No comments:

Post a Comment