Thursday, December 15, 2011

Nak Percaya susah, Tak Caye pun susah

Malam tadi pegi bawa anak ke klinik.Klinik panel yang kitorang selalu pegi.Maklum lah selsema dan batuk.Badan panas, tapi pinggang ke bawah sejuk macam duduk dalam ekon.Risau jugak dibuatnya.Sesampai kat klinik bapak punya ramai orang.Adalah dalam 4 orang lagi yang menunggu x termasuk kitorang dan yang kat dalam.

Dipendekkan cite..last patient sebelum kitorang masuk nih makcik bawa anak lelaki dia.Tapi anak lelaki dia je yang masuk.So dia tunggu kat luar je lah.Elok je anak lelaki dia nak keluar dr bilik doktor..dalam 2 minit macam tu lah....masuk lah sorang lagi patient nih.Dengan rambut serabai, jalan menunduk ke lantai,macam orang x betul ye jugak, kena rasuk pun yea jugak..Seram sejuk je leher aku bila nampak abang nih...tapi aku diam je.Yelah, kalau bagitahu hubby aku pun dia bukan caya.

Bila last patient kuar, sambil doktor terangkan kat mak budak nih yang dia suh berehat je malam nih, jgn bawa kete or motosikal  sebelum tghari sok.Penyakit apa , akupun malas nak layan sangat bila tiba2 ada sorang abang nih masuk dalam keadaan yang menakutkan..dalam leka-leka aku tengok abang tuh senyap je tunduk even sekali sekala dia macam menoleh ke arah aku dlm menunduk, doktor pun panggil kitorang masuk.So, apalagi aku pun cepat je masuk bawa anak aku, termasuk yang sulung.

Bila aku duduk je...doktor tu pulak cakap ngan aku n hubby, pasnih kalau keluar..terus bw anak masuk kete dulu, pastu baru ambik ubat kat kaunter.Pelik jugak aku dengar bila doktor tetiba cakap macam tu, tapi mungkin dia ada ilmu tuk nampak semua benda2 macam tu, sapa tahukan??bila dah habis cek anak nyer selsema semua...barulah doktor tu cakap...yang abang kat luar tuh bukan sakit mata..tapi ada benda ikut dia..berderau darah aku..takut pulak rasa.Doktor tu siap cakap..jangan balik umah terus, kalau leh singgah mana2 dulu bagi 'benda' tu keluar sbb dia suka ikut budak kecik....huhuhuh seram lak aku

Doktor tu siap bagitahu yang dia dulu pernah belajar pondok di Indonesia..siang belaja kat Universiti sana dalam bidang kedoktoran..so tahu lah sikit2 benda macam nih.Nak lebih2 dia pun x berani.Benda yang mata kasar kita x nampak, xkan dia nak buat2 cite lak..logik gak tu..Kebetulan aku ngan suami nak pegi b.in kan duit kete n bil telefon dia..so mmg banyak tempat nak singgah.Balik umah, suami terus ambik yassin letak dalam bantal anak...nasib baik xdee pa2 yang x elok berlaku..cuma masa nak tdo anak ada jugak asyik pandang kepala dia..aku wat x tahu je..huhuhuhuh

No comments:

Post a Comment