Tuesday, December 6, 2011

Jaundis / Bayi Kuning

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Apakah penyebab jaundis

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

* Bayi lahir pra matang
* Darah ibu dan bayi yang berlainan.
* Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
* Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
* Etnik Asia
* Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

1. Jaundis Normal/Physiologic

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

2. Jaudis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

3. Jaudis Susu Ibu

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

1. Jaundis Normal/Physiologic

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

* Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
* Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
* Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
* Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
* Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
* Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya

2. Jaudis Pathologic

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

3. Jaudis Susu Ibu

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

Sunday, December 4, 2011

Beringat-ingat

~ Seindah2 perhiasan adalah perempuan yang solehah
~ Seindah2 ukiran adalah senyuman yang manis
~ Seindah2 pemandangan adalah wajah ulama' yang tenang
~ Seindah2 bisikan adalah ilham dari Allah
~ Seindah2 perbuatan adalah solat
... ~ Seindah2 percakapan adalah zikrullah
~ Seindah2 hati adalah bersangka baik
~ Seindah2 kesedihan adalah mengenangkan dosa
~ Seindah2 kegembiran adalah setelah solat
~ Seindah2 penghayatan adalah ayat2 al quran
~ Seindah2 nasihat adalah hadith2 nabi s.a.w
~ Seindah2 tekad adalah nazar
~ Seindah2 pakaian adalah jubah dan serban
~ Seindah2 bulu adalah janggut
~ Seindah2 mekap adalah celak
~ Seindah2 taat adalah kepada Allah
~ Seindah2 ikutan adalah kepada Rasullulla
h saw

Saturday, December 3, 2011

Keguguran

KEGUGURAN pada usia dua atau tiga bulan memang sering didengar. Bagi kebanyakan wanita, pengalaman sendiri atau kisah daripada rakan menjadikan mereka lebih berhati-hati pada awal kehamilan.


Tetapi apa sebenarnya yang anda tahu mengenai keguguran? Mengikut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Salleh Mohd Yatim, kandungan yang ‘jatuh’ 28 minggu ke bawah didefinasikan sebagai keguguran tetapi jika ia ‘jatuh’ selepas tempoh itu ia dinamakan kelahiran.

“Dari sudut kesihatan, anda harus tahu keguguran dibahagi kepada beberapa jenis (type) dan sama ada keguguran itu adalah keguguran normal (spontan) atau pengguguran haram, kedua-duanya memiliki risiko jika tidak dirawat dengan betul,” katanya.

Dari sudut kesihatan, Dr Salleh berkata, keguguran sebenarnya berlaku disebabkan faktor ibu dan janin. Dalam kebanyakan kes, usia ibu yang lanjut, ibu berpenyakit seperti kencing manis, buah pinggang, endokrin dan lain-lain penyakit yang tidak dirawat atau dikawal rapi boleh membawa kepada keguguran.

Selain itu, kecacatan pada pangkal rahim (cervical incompetence) dan kecacatan rahim (uterus) juga boleh menyebabkan keguguran.

“Kerana itu, sebelum seseorang wanita hamil, dia sepatutnya berjumpa dengan doktor bagi memastikan tahap kesihatannya. Sebaiknya enam bulan sebelum hamil. Ini bagi memastikan dia tidak berhadapan dengan apa-apa risiko jika hamil. Tetapi kebanyakan wanita Malaysia akan hamil tanpa berjumpa dengan doktor dan akan hanya mengetahui risiko kesihatan yang bakal mereka hadapi selepas kandungan berusia beberapa bulan,” katanya.

Begitupun, walaupun ibu sihat dan bersedia untuk hamil, keguguran juga boleh terjadi jika janin dalam kandungan tidak stabil. Ini merujuk pada kandungan yang gugur sebelum berusia tiga bulan. Biasanya janin tidak sempurna dan tidak boleh hidup di luar kandungan.

Ada juga janin yang tidak sihat ini terus membesar dan lahir ke dunia. Malangnya apabila mereka lahir, bayi ini tidak boleh hidup tanpa bantuan makanan seperti dalam kandungan. Apabila ini terjadi biasanya bayi akan meninggal dunia tidak berapa lama selepas dilahirkan.

Jika ditinjau dari sudut undang-undang dan agama, pengguguran tidak dibenarkan sama sekali kecuali kandungan itu boleh membahayakan kesihatan ibu dan menyebabkan kematian.

Pengguguran haram pula, mengundang maut dan masalah kesihatan kerana cara yang tidak sempurna boleh menyebabkan banyak masalah kepada ibu. Antara masalah biasa pengguguran haram termasuklah pendarahan, jangkitan, septisimea dan kematian juga boleh berlaku.

Jenis keguguran

* Threatened abortion

BIASANYA bakal ibu mengalami pendarahan tetapi apabila pemeriksaan dilakukan, kandungan masih lagi hidup. Pesakit dinasihatkan banyak berehat dan mengelak daripada kerja-kerja fizikal yang berat. Kemungkinan pendarahan akan berhenti dan kandungan kembali stabil itu ada.

* Inevitable abortion

MERUJUK keguguran yang tidak boleh diselamatkan. Biasanya ibu akan berasa sangat sakit dan pemeriksaan mendapati pintu rahim sudah terbuka.

*Complete abortion

PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya. Dalam keadaan ini keguguran berlaku di mana janin dan segala tisu yang berkaitan keluar dengan sendirinya.

* Incomplete abortion

KEGUGURAN yang tidak ‘membersihkan’ seluruh ruang rahim. Apabila pemeriksaan dilakukan selepas keguguran, didapati bahawa masih terdapat tisu-tisu atau janin di dalam rahim.

* Missed abortion

BIASANYA, ia disedari apabila si ibu berhenti mengalami alahan seperti sebelumnya, apabila perut tidak membesar seperti yang dijangkakan atau bayi di dalam kandungan tidak bergerak. Pemeriksaan akan mendapati bahawa janin meninggal.

* Septic abortion

KEADAAN ini berlaku apabila keguguran disertai jangkitan pada fetus, placental atau endometrium. Demam adalah simptom keguguran begini dan disertai simptom yang dikaitkan dengan keguguran biasa seperti pendarahan. Antara sebab berlakunya jangkitan, ia dikaitkan dengan tisu placental atau fetal yang tertinggal dalam rahim berikutan incomplete abortion.

Manfaat Kurma

a) Tenaga Serta-merta : Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

b) Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium : Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

c) Menguatkan Ingatan : Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

d) Penawar Racun : Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

e) Meredakan Tekanan Darah : Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

f) Menambah Tenaga Seksual : Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap @ bahan tambahan dlm aiskrim.

Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Friday, December 2, 2011

IUCD

IUCD dianggap sebagai alat pencegah kehamilan yang agak berkesan, namun kebarangkalian untuk hamil ialah 1 dalam 200 wanita setiap tahun.

Apa yang merisaukan jika berlaku kehamilan, kemungkinan besar kehamilan di luar rahim (ectopic pregnancy) dan terpaksa digugurkan secara pembedahan. Kehamilan dalam rahim juga boleh berlaku bersama alat IUD di dalamnya.

Risiko untuk hamil adalah tinggi dalam tahun pertama menggunakan IUCD. Namun begitu kebanyakan mereka yang hamil akan mengalami keguguran dengan sendirinya (spontaneous abortion). Jika ia tidak mengalami keguguran, kehamilan ini boleh diteruskan, tetapi risiko bagi ibu dan bayi amat tinggi ketika memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.

Oleh itu jika seseorang wanita itu hamil, IUCD itu harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahim.

10 solat yang ditolak

Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

                        Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."  Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Friday, November 25, 2011

Kacang Panjang Masak Kari

Malam tadi entah macam mana badan anak2 boleh panas tiba2.Musin hujan mungkin penyebab kot demam cepat je kena lebih2 ngan budak-budak.Nasib baik ada simpanan cool fever dan ubat demam dalam peti ais.Bolehlah tuk sementara tunggu suami balik.Alhamdulillah tido pun elok je.Cuma bangun pagi kena awal lah sbb dua-dua dh bangun...

Sabtu nih keluarga mentua aku nak datang Melaka.Jalan-jalan jenguk cucu katakan.Preparation tak lain tak bukan kenalah masakkan masakan kegemaran diorang.Awal-awal lagi dh bagitahu nak makan ikan keli.Jadinya pagi-pagi tadi aku ngan hubby pergi pasar besar Melaka tuk beli bahan-bahan yang perlu.Taklah terkejar-kejar esok nak masak baru nak cari barang kan???

Dapat lah beli ikan keli 2 kg, siput sedut 2kg, ikan, ayam, sotong, dan udang...Masak apa..esok nyer cite.Harap2 esok anak-anak x meragam dan xdemam ..bolehlah buat keje dengan senang hati.

Dalam menyiang ikan n menyiapkan barang-barang basah yang dibeli, sempat jugak masak tuk anak.Menu tengahari,ikan keli goreng je.Pastu aku masak sayur kacang panjang dengan campuran hati, pedal dan kulit2 ayam yang aku bersihkan dr ayam yang baru dibeli.Mungkin masakan nih dh familiar  kot..Inilah kacang panjang goreng dengan kari...



Puding Jagung

Ini lah hasil puding jagung yang sempat dibuat semalam..baru sempat nak upload pic.Alhamdulillah rasanya x lah sweet sangat..sedang2 orang cakap.sesapa nak resipi, ada kat bawah...sharing is caring


bahan2:

1 paket agar-agar
1 tin susu cair
1 tin jagung manis ala-krim
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula

Cara2 membuat:

1. Masakkan agar2 dengan air mengikut sukatan bekas plastik agar2.Biarkan sehingga mendidih dan betul2 hancur.
2.Selepas itu masukkan jagung dan gula.Kacau hingga sebati.
3.Dalam bekas lain, satukan susu cair dengan tepung kastad dan kacau hingga tidak berketul.Selepas itu masukkan ke dalam adunan jagung.
4.Kacau sehingga semua sebati sebelum diletakkan dalam bekas untuk disejukkan.
5.Sesudah sejuk, bolehlah dipotong dan dimakan..

Thursday, November 24, 2011

Tempahan Lagi

Penat rasa badan...yelah ari2 memdukung anak, lari2, ankat, duduk...meniarap konon nak layan kan diorang sebelum masa mengambil alih tugas aku sebagai ibu sepenuhnya...sedih pulak bila ingat satu hari nnti diorang akan terus membesar dan semuanya atas kaki sendiri..nak mandi, tdo, makan, sekolah....tapi e2lah perjalanan hidup..hidup umpama roda..ari nih kat atas..sok2 blom tentu lagi...

Semalam plan baik punyer, nak wat kek batik biskut marie ngan puding jagung...alih2 masa nak tdo ada sorang customer nak order kek tembikai pulak..sebijik pulak tuh.Nak ambik ari nih ...sempat x sempat je aku wat.Apa x nyer, pagi2 dh bangun g cari kedai yang bukak awal sebab nak beli srikaya..bahan2 lain semua dh ada...maklumlah mmg simpan stok.Senang kalau nak wat kek ke, biskut ke, mufin ke..pegi je dapur cr barang..nak x nak je lagi kan???

Alhamdulillah, masuk lagi rezeki ari nih..kol 4 tadi dh sempat g hantar kat hospital Melaka.Customer ada meeting kat situ..menyelam sambil minum air lah tuh.Pastu kena balik Kl balik sbb dia orang KL..Apapun terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya..

 Tapi dalam masa sama sempat juga aku siapkan puding jagung aku.Ari tuh entah macam mana boleh terambik jagung manis ala krim.Ingatkan jagung manis je.huhuhuhuh nampak gaya kena buat puding je lah...oklah sok2 aku masukkan puding n resipinyer sekali plk..nak rehat...penattttt sehhhhh

Tuesday, November 22, 2011

Taman Rama-Rama

Tak terasa masa berlalu dengan cepat.Seperti detikkan jarum jam yang x berhenti mengira waktu.Dah nak masuk akhir tahun dah.Itu maksudnya dah nak masuk setahun aku menjadi suri rumah sepenuh masa.tapi apapun alhamdulillah, segalanya still under control,even jiwa nak bekerja asyik memberontak.Nak kena pikir banyak benda sebelum terima apa2 jobs.Especially anak .Maklumlah, duit boleh carik..anak mana nak carik kan???

Ni cite last week nyer, jalan2 kat taman rama2..kebetulan akak aku yang kat Shah Alam turun Melaka.Saje jalan2 n hantar makanan Sarawak kiriman mak aku tuk aku.Kebetulan dia balik masa Hari raya Aidiladha ari tuh.Jomlah cuci2 mata tengok pic yang sempat diambik kat Taman Rama2 tuh ok..


 ini lah akak aku, yang baju merah tu anak sulung dia..yang no 2 husband dia dukung...hihi



 ni kes terkejut tengok rama2 yang banyak sampai hinggap kat baju dia...hihi lucu lak tengok








 kes excited nak berjalan sampai nak ambik gambar pun x sempat..