Sunday, February 19, 2012

Kek Pandan dan agar Pelangi

ermmmmm....baru nak berblog lagi..laptop dh kena format lagi.mana silap pun aku x tahu..huhuhu tapi apapun semua dh ok..saje nak masukkan entry semalam nyer tugasan...kek pandan coklat rice dengan agar2 pelangi..nak wat agar2 pelangi betul2 xde lah jadik..nak menunggu satu2 nyer keras aku memang x sabar..so aku wat mana yang mampu je..tapi rasanya memang mabeles...e2 pengasuh anak aku bagitau..sebab buat pun tuk bagi dia sempena wat kenduri doa selamat nak menunaikan umrah rabu depan nih..22/2/2012.tambahan aku ngan hubby kureng makan agar2....aku harap aku pun akan jejak kaki ke tanah suci satu hari nanti..aminnnnnnnnnnnnn..



 yang nih sebelum masuk oven...
 tengoklah tekstur kek pandan nih..memang gebus n lembut..


 nih agar2 aku wat...warna x sekata..sebab sabar nyer pasal..apapun next time leh wat lagi..

Wednesday, February 15, 2012

Kuantan ...sata n otak2

Lama x update blog..saje nak mengisi sesuatu yang akan aku ingat tuk  masa depan..even anak2 mungkin..:).Last weekend mentua wat kenduri arwah 40 hari even 40 ari tuh jatuh hari isnin sebenarnya, tapi yelah orang keje susah plak nak balik kampung bila wat weekday kan???apapun semua nya dah selesai...

Penat juga wat persiapan..aku just prepare kuih2 tuk doorgift je..tuk isi dalam goodie bag tuk orang2 masjid yang baca yasin...

 yang nih strawberi cheese tart
 yang ni plak bluberi cheese tart
 yang nih tart telur
 yang nih bukan aku buat..aku makan kat kuantan..sata..x sah kalau balik x makan...
 yang ni otak2 ikan...
 ini lah rupa isi otak2 ikan ...kalau kat area melaka lain ..kat pantai timur..isi ikan..bagi yang dh selalu rasa mesti tau punyer..
 yang nih sata...
ikan goreng crispy...ikan fresh lagi..

terlupa pulak nak ambik gambar kek coklat yang aku wat tuk gift..apapun majlis dh selesai dan cheese tart habis di makan..sedap x sedap x tau lah..just follow the recipe...hehehehee  

Thursday, February 9, 2012

Sempat ke x nak buat kuih???

 Alhamdulillah ari nih le nak online..dh 2 hari wireless problem..xleh nak detect plak..huhuhu tak pe lah..mungkin ada hikmahnya..nak suh aku meng'asap'kan dapur..heheeh )oven actually..Hari nih jadi gak aku wat roti homemade...xtau lah sedap ke x..tapi hubby cakap ok..heeee  so next time leh try lagi...



esok aku kena wat kuih untuk majlis kenduri arwah akak ipar aku..plan asal nak buat kat kuantan je.so boleh lah bertolh petang sok pas hubby balik keje..tapi memandangkan kenduri ahad, so plan berubah balik sabtu pagi n malam tu sempat lah aku wat kuih lagi..3 jenis kuih plak tuh...muffin pandan, bluberi cheese tart n muffin coklat..harap2 aku boleh buat esok..kena planning awal pagi..takut x sempat nak siapkan sekaligus..plus satu lagi agar2 pelangi...hiiii  harap2 esok berjalan lancar tanpa gangguan si kecik...


Monday, February 6, 2012

Red Velvet Marble Cheese

Sebenarnya lama dh nak buat kek red velvet nih.Tapi bila pikir nak makan kek topping cheese macam bosan pulak.So kali nih tukar sikit...buat ala2 marble cheese.lain sikit kan???bangun pagi dah lambat..maklumlah cuti..xyah antar anak sekolah...eeheheheeh balun tido la ek??

Pas settlekan rumah, masak tuk bfast, bolehlah menguli adunan..lagipun cream cheese ada lagi balance dari wat bluberi cheese tart ari tuh.Pastu plan nak buat shell tuk tart wat kenduri arwah akak ipar ahad nih...alhamdulillah masa buat n3 nih dh siap 2  adunan shell yang dibuat tuk kenduri...Macam x banyak je.tengoklah nanti kalau rasa macam x cukup leh buat adunan lagi.Bahan2 semua ada lagi..heeheehe

Disebabkan terlebih rajin...kalau buat kek, masak n try resipi baru dan menjadi lak tuh..hilang strees kat kepala nih(macam xde cara lain nak hilang strees ek)..Dalam bosan-bosan nak bukak FB memanjang..better aku asah skill buat kek dan carik resipi baru..ader jugak pekdahnya kan...so aku dapatlah resipi dari kak izzah nih tapi aku guna resipi asal dari kak Anymz tanpa aper-aper renovation.....resipi kek red velvet aku dah lama ada cuma nak buat macam takut membazir lak..lain lah kalau ada special occasion kan?ok lah aku copy kan resipi tuk sapa-sapa yang nak try wat..kalau ikut step..i'Allah menjadi..jangan lupa baca bismillah sebelum mula menggodek k..
 
VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese
1 biji telur saiz B@A
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


inilah hasil yang aku buat..dengan kaedah steam bath..alhamdulillah menjadi..


sapa2 nak resipi lebih lanjut terus je cek kat blog kak izzah muffin lover

Sunday, February 5, 2012

Projek Memancing di Lendu..air pa'abas

1st of all Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat...bukan ari nih je kita perlu ingat Rasulullah S.A.W, tiap2 hari kita dengar laungan azan nama dia, salawat atas dia even kita x pernah tengok wajah dia..tapi e2 semua akan terjawab bila kita dikumpulkan di hari kiamat nanti..dia akan bagi syafaat dia untuk umatnya yang banyak mengingatinya...semoga kita adalah antara golongan orang2 itu..aminnnnnnnnn

Berbalik dengan entry atas tu, jangan terkejut pulak.Bukan si hubby je yang memancing...mak budak nih pun turut joint...dah nama darah nelayan dalam badan..nak buat macam mana kan???Xde lah nak jadi pemancing tegar macam hubby, cuma nak menyerikan suasana..dapat lah jugak ikan 3 ekor ok..yang pasang umpan n tukang lepaskan mata kail yang ikan makan tu..of coz my hubby..

 tengoklah anak beranak yang tenagh memancing tuh...x larat nak pegang si kecik asyik nak panjat tangga...so ayah dia bawa g kolam...huhuhu (ibu le tdo jap)..hehehehe
 si kakak tgh jaga adik, ayah kusyuk mancing...

 ini plak titi nak g kolam tuh..dalam jugak parit nih..kena hati2..bagi yang gemuk2 memang xleh lah naik..
 inilah kolam ikan belakang rumah atok belah suami..skrg mak mok yang duduk..

 menangis bila xleh nak turun..lebih2 lagi nampak ibu dia..nak mintak angkat..huhuhu






 Nak balik...boleh pulak layan nak gigit jari kaki..nak adik lagi????ohh tidak...

 Gambar ikan boleh lupa nak snap lak...tapi yang pasti ikan dh masuk dlm perut sebaik tiba rumah semalam..:)

Saturday, February 4, 2012

lega...

Sebelum kol 1.30 lagi aku dah siap kertas last exam peperiksaan memasuki skim perkhidmatan penguasa kastam yang start kol 9 pagi tadi.Berdebar jugak sebab tengok bukan main ramai lagi.Semua muda-muda lagi.Rasa segan yea jugak tapi bila pikir nak try untuk rezeki anak2..so lupakan yang lain2..heehhehe yang bestnya jugak jumpa kawan aku ms belajar kat melaka dulu..Aida...tapi bilik lain2..dia dewan bawah aku tingkat atas pulak..

Ada 4 bahagian soalan...pengetahuan am, matematik, esei b.melayu dan esei bahasa inggeris...Pengetahuan am boleh lah dikatakan senang lah jugak sebab semua pasal cukai..cukai jualan, perkhidmatan, eksais, duti import, eksport, pulau bebas cukai, parlimen, dan banyak mengenai istilah guaman...writ, injuksi, afidavit...tahulah sikit2...nak kata betul semua..memang x lah kan!!!

Yang matematik xyah lah cite..kalau leh jawab pun masa memang x cukup..aku wat ngam2..last hitam jawapan..orang dh bagitahu nak collect kertas...x sempat nak tarik nafas.Cite pasal esei plak...bahasa melayu, kalau tahu pun tajuk memang goreng gak..tapi b.inggeris nak goreng pun rencah x cukup...haru jugak dibuatnya..yang aku ingat tajuk aku ambik..kalau x silap lah kan.. 'diplomacy and good is key to carreer advancement..discuss"...huhuhuhu mampus nak jawab..soalan ke2..lagi aku x faham..'preservarance is key to success..discuss"  yang soalan no 3 memang aku x tengok sbb memang susah..(x faham omputih dikatakan susah lak ek??)


oklah, skrg leh nak tdo n concentrate tuk kuih tuk majlis doa selamat lak hujung minggu depan..hiiih

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Friday, February 3, 2012

Bayar bil

Salam jumaat...kebelakangan nih rasa malas nak update blog.Nak bukak komp pun rasa macam x cukup masa je.Pagi2 dah bangun siapkan anak pegi sekolah, tengahari dh pegi ambik..petang kompom tido...bila dh bangun awal pagi, tengahari mau nya mata x ngantuk???( bukan aku..anak aku..).Jadi xle nak jalan mana-mana.

Tapi ari nih, lepas je habis solat jumaat, aku dh siap2 kemas anak nak g bawa pegi pos ofis tuk settlekan bil air, elektrik n streamyx.Ntah macam mana boleh terlupa nak update sekali ASB aku..Bila nampak orang asyik pegang buku ASB baru teringat.Yelah, duit bukan banyak pun, tapi nak gak tahu berapa dividen dapat kan???

Ari nih aku belikan mandian anak aku, baju tido sehelai 2, spender dia, n kasut  si adik..untuk ibu????of coz x teringat langsung..dah sampai rumah baru ingat nak beli itu ini..e2 lah nama nya ibu ...huhuhuh

Thursday, February 2, 2012

semakin hari semakin malas

Bila ari-hari buat benda yang sama, penat sangat rasa badan.Tapi e2lah rutin sebagai ibu.Kerja atau tak, rutin tetap diteruskan.Penat macam mana sekalipun, e2 lah rutin yang x  boleh disangkal dan diberikan kepada orang lain.Amanah tetap amanah yang harus dijaga.panjang pulak celoteh..heeehe

Ari ni, aku x masak.Hubby aku masak burger je.Untuk si Fatehah.Kebelakangan nih bukan main suka makan burger.Dari beli hari2 bagi duit kat tukang buat burger, better beli daging n roti, buat sendiri kat rumah....lagi puas ati kot...betol x???

Bila anak selera nak makan, kita pun selera nak buat masak apa yang diorang nak.Budak-budak nak membesar, macam-macam kena perhatikan dan beri perhatian kerana waktu itu xkan berulang walau beribu tahun akan datang.So, masa nih aku nak hargai semuanya detik-detik dengan diorang.Tanpa bantuan sapa-sapa menjaga dari kecik.Macam mana aku bawak diorang keluar kalau hubby keje, sorang nak susu, sorang nak masuk tandas, tapi e2lah pengorbanan dan detik yang indah.

Bagi yang punya maid atau orang tolong jaga x kisahlah nak tinggal kan anak kalau nak keluar.Tapi bagi aku, kemana-mana aku pergi, diorang mesti ikut.E2 kalau bukan melibatkan hal yang penting...Nak kata lari dari t/jawab???mungkin jugak kot..bagi sesapa yang suka tinggal anak bila nak g shopping..anak bukan beban k..tapi amanah...peringatan tuk diri sendiri gak..:)

Wednesday, February 1, 2012

Selamat Tinggal Januari...Selamat Datang Februari

Assalammualaikum....

Semalam berakhirlah bulan Januari, bulan yang paling awal dalam 12 bulan mengikut kalender Rom.Macam-macam benda yang berlaku dalam bulan 1 tahun nih.Ada suka dan ada duka.semua itu perjalanan hidup sebagai hambaNya dan cuma Dia yang Maha Mengetahu apa yang tersurat dan tersirat...

Antara lain benda yang berlaku dalam bulan 1 yang lepas:
  1. 1/1 Harijadi bapak aku
  2. 4/1 Harijadi bapak mentua aku
  3. 23/1 Harijadi Aku
  4. 31/1 Harijadi anak sedara lelaki aku
  5. Dapat duit BR1M rm500 dari kerajaan sempena menaiktaraf hidup rakyat yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan harian.
Yang sedihnya ...5/1 sehari lepas harijadi bapak mentua aku, arwah akak ipar aku, kakak sulung hubby aku n the only one telah pergi ke rahmatullah ...malam jumaat pulak tuh.Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sekarang bulan Februari pulak menyusul...banyak jugak tarikh2 penting yang berlaku dalam bulan 2 nih...harijadi mak aku, kakak aku, anak sedara aku,yang lain2 akan berlaku wallahualam..tapi apapun yang berlaku dan akan berlaku, semuanya ada hikmah yang tersendiri.Jangan sekali-kali pertikaikan kerana kadang-kadang hikmah xkan nampak dalam masa terdekat.Mungkin sehari, seminggu, sebulan, setahun atau 10 tahun akan datang..sabar dan redha je sebab e2 je yang sememangnya kita perlu lakukan sebagai hamba Dia...