Wednesday, February 1, 2012

Selamat Tinggal Januari...Selamat Datang Februari

Assalammualaikum....

Semalam berakhirlah bulan Januari, bulan yang paling awal dalam 12 bulan mengikut kalender Rom.Macam-macam benda yang berlaku dalam bulan 1 tahun nih.Ada suka dan ada duka.semua itu perjalanan hidup sebagai hambaNya dan cuma Dia yang Maha Mengetahu apa yang tersurat dan tersirat...

Antara lain benda yang berlaku dalam bulan 1 yang lepas:
  1. 1/1 Harijadi bapak aku
  2. 4/1 Harijadi bapak mentua aku
  3. 23/1 Harijadi Aku
  4. 31/1 Harijadi anak sedara lelaki aku
  5. Dapat duit BR1M rm500 dari kerajaan sempena menaiktaraf hidup rakyat yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan harian.
Yang sedihnya ...5/1 sehari lepas harijadi bapak mentua aku, arwah akak ipar aku, kakak sulung hubby aku n the only one telah pergi ke rahmatullah ...malam jumaat pulak tuh.Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sekarang bulan Februari pulak menyusul...banyak jugak tarikh2 penting yang berlaku dalam bulan 2 nih...harijadi mak aku, kakak aku, anak sedara aku,yang lain2 akan berlaku wallahualam..tapi apapun yang berlaku dan akan berlaku, semuanya ada hikmah yang tersendiri.Jangan sekali-kali pertikaikan kerana kadang-kadang hikmah xkan nampak dalam masa terdekat.Mungkin sehari, seminggu, sebulan, setahun atau 10 tahun akan datang..sabar dan redha je sebab e2 je yang sememangnya kita perlu lakukan sebagai hamba Dia...

No comments:

Post a Comment