Friday, October 19, 2012

Siakap di Pagi Jumaat

Alhamdulillah..rezeki di pagi Jumaat .Dengan keadaan cuaca hujan-hujan pun hubby sempat jugak kuar pegi mancing.Kalau balik awal maknanya dapat habuan ler..kalau xdapat memang balik pagi ler..Ni lah ikan siakap yang hubby aku dapat semalam..Jenuh jugak aku nak menyiang.Ye lah kalau ikan besar2 ni aku ler tukang potong.Dia tolong buang isi perut n basuh je..Aku yang potong dan simpan..



Besar x???maksud aku ikan tu tau..bukan yang pegang tuh.Yang pegang dah kompem-kompem besar..haahahaaa sok plan nak masak asam pedas ikan pari dulu.Hasil tangkapan 2 hari lepas.Ikan nih simpan tuk anak...

Thursday, October 18, 2012

Riben kain II

Dah macam takde kerja aku nih.Ada barang mula lah nak try benda yang dah pandai.Saje nak perbanyakkan dan perlembutkan tangan.Takyah nak beli-beli kan??Penat memang penat tapi berbaloi.baloi...


Ari nih tema hijau lak..hehehhee

Tuesday, October 16, 2012

Kek Coklat Moist

Dah lama rasanya tak update blog mengenai resipi.Semakin bizi dengan decoupage dan DIY aku.Konon nyer..kan3

Ari nih entah macam mana hubby request nak makan kek lak.Mula-mula nak gak try mille durian crepe yang tengah famous tu.Tapi memandangkan malas nak pergi kedai bakery tuk beli whipping cream or cream cheese, so aku decide tuk try kek coklat yang xpernah aku wat lagi.Saje nak menambahkan resipi kek coklat katakan.

resipi nya aku ambik dari SINI..aku copykan tuk sesapa yang malas nak klik tu k...thanks kak rossitams sbb sudi share resipi yang memang best nih..kebetulan aku nyer susu segar balance buat cheese kek ari tu ada lagi.Ngam2 lak tu...heehehee

Bahan A (diayak) :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B (pukul sebati) :
1 cawan minyak masak @ minyak jagung
400ml susu cair @ susu segar
5 biji telur Gred B
1 1/2 cawan gula pasir

Bahan C :
1 cawan air panas
1 sudu teh Nescafe Gold @ nescafe biasa

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
  2. Tuang Bahan B ke dalam Bahan A sambil dikacau hingga rata. Cukup dengan menggunakan whisk sahaja.
  3. Setelah sebati, tuangkan Bahan C pula. Kacau lagi hingga rata dan sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang bulat 9" dan kukus selama 45 minit atau hingga masak



Friday, October 12, 2012

Hanging love lagi



Ari ni terajin lak nak wat hanging love lagi..khas tuk akak ku yang suka merah..
layan je la pic2 nih.kali nih aku letak rambut kat bawah love



Thursday, October 11, 2012

Reben kain


Dari sehari ke sehari semakin berkobar-kobar aku nak wat sendiri benda tuk hias rumah..nak beli boleh je.Tapi better wat sendiri kalau boleh kan.Kalau tangan memang keras better beli la kot.Ari nih mood terajin lebih lak aku.Nak kata barang-barang tuk menjahit tu banyak sangat takde lah, sekadar yang ada aku wat dari kain-kain lebih..jom layannnn




Wednesday, October 10, 2012

Kek Marble

Dah lama aku tak jenguk oven aku.Ari nih kebetulan free sesangat.Tambahan tangan gatal nak buat sesuatu tapi tak tahu nak wat per..memandangkan masak je yang leh release kan kebosanan aku, so decide wat kek yang aku tak perna wat lagi.heheheeeh dah siap boleh makan..kan??

resipi asal aku copy dari blog kak as  .Memang tak rugi try even nih 1st time...hasilnya memang tak menghampakan.Aku copykan balik resipi bahan-bahannya tuk sesapa yang nak try tapi masih tercari-cari resipi..

Bahan-bahan:
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin (aku  xletak)
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco 
  • 1 camca teh  pes pandan (yang ni aku tambah sendiri)

Cara-cara

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco,satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila dan satu lagi perisa pandan. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.




 sebelum dibakar
 yang coklat nih bukan hangus tapi lapisan coklat..nampak je macam hangus kan..lapik dia aku dah buang..

taraaaaaaaaaaaa..dh siap..jemput2 makan 

Monday, October 8, 2012

Hanging Love

Tercapai jugak hajat nak wat hanging love sendiri.Yang bestnya mula-mula wat kecik tapi macam x jadi je bentu love.So aku wat yang besay sekali..hahaha baru best kan??




Sunday, October 7, 2012

Jonker Walk Melaka

Lama jugak aku tak pergi night market nih.Yelah, dengan keadaan sesak nya lagi, bau masakannya lagi..Dah namapun tuk tourist kan.Mostly yang jual-jual tu cina.Tak tahu lah cina baba ke cina pior...tapi yang pasti jangan try beli makanan apa-apa dari diorang k.Tapi banyak jugak yang best..contohnya...

 abaikan gambar yang kabur tu yer..nampak tak yang dalam bakul tuh...macam bunga ros kan???tapi sebenarnya bukan..itulah panty yang dah digubah jadi bunga..kreatif kan???so sesapa yang terasa nak wat hantaran or suh suami bagi bolehler datang sini...
cantikkan??tak nampak macam panty pun..heeeeh

 pelbagai jenis fridge magnet..tengok je lah..nak beli buang duit je.Bukan apa, nanti anak-anak aku yang lebih.Buat mainan diorang.



 yang nih gula-gula ketuk.nampak tak uncle tu tengah ketuk-ketuk dalam dulang tuh..pastu anak dia masuk dalam plastik cucuk-cucuk macam kat dalam pic tuh..
 yang nih lak kad ...bila bukak dia ada design sendiri macam nih.tapi mahal nak mampus.Tapi bagi yang suka benda-benda macam nih boleh ler beli..aku mmg tak suka
 yang suka cap ayam..ini lah dia...taraaaaaaaaaa

Saturday, October 6, 2012

Dapurku Sayang

Terasa malas sangat nak bangun pagi weekend macam nih.Setiap kali weekend tak pernah nak dapat bangun lambat.Konon pas subuh boleh ler nak layan sampai tengahari..hahahah (melampau) kan???tapi hubbu pergi keje luar je weekend..kadang-kadang ader function.So pergi lambat sikit.Yang bangun awalnya sebab dia akan ajak kitorang ni pergi bfast kat luar.Nak makan pun malas kan????Nak berjalan, lagi lah aku malas kalau weekend2 nih.

So apa yang aku akan wat....settlekan rumah.

basuh baju

lipat baju

mop lantai

lap dinding rumah

buang habuk-habuk kat semua tempat

vacuum kapet n bilik anak aku...nak bagi habuk tak terbang

kemas dapur ubah susun atur ruang belakang..haahaa

banyak nye keje kan???nak menjahit dan sangkut barang hiasan, aku malas nak memaku.Tukang paku takde kat uma katakan..

kat sini aku share kan dapur rumah ku yang tak seberapa...





Friday, October 5, 2012

Bunga Hiasan

Makin lama makin penat dan lenguh je badan nih..plan nak wat bekam tapi tunggu masa.Bukan masa aku, tapi hubby aku sebab dah tentu-tentu masa wat bekam tu xleh nak pegang anak kan???tapi tengoklah nanti bila senang-senang.

Ni aku nak cite pasal bunga kat umah aku nih..lately makin gila bunga lak aku..hubby aku iakan aje ..mana nak bangkang kan.nama pun sayang bini..hihihi

saje nak share bunga-bunga yang aku gubah baru.Tak cantik mana pun tapi cukuplah dari ruang kosong kan?



 
 ada lagi yang aku tak ambik gambar sebab pasu tinggi n bunga pun x penuh lagi.Tunggu penuh aku snap lagi.