Saturday, January 14, 2012

Jangan lah Bersedih

Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.
Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.
Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin Anda pernah membaca ayat ini: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)
Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih? Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah
Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis. Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah, supaya kita bebas dari api neraka. Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.

Bersedih Itu Adat Manusia
Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam sedih. Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan. Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.

Bersedih Tidak Diajarkan
Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS.At-Taubah:40)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)
Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud)

Bagaimana supaya kita tidak bersedih?
Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.
Pertama: dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita. Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan? Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)

Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.
Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.
Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berdzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

Kedua: cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.
Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang (Hadith riwayat Abu Daud)
Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.

Penutup: Kesedihan adalah keperluan. Tetapi tidak boleh berlebihan.
Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.
Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.
Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?
Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.
Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.
Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.
Kerana dia ada Allah di sisinya.
Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya

Sunday, January 8, 2012

Rasa tak percaya

Ari nih dah masuk 3 hari arwah akak ipar aku meninggal...rasa x percaya ada jugak..tapi e2lah kehidupan.Hidup dan mati itu pasti dan takkan lambat atau cepat walau sesaat..Kena redha dengan pemergian  orang yang kita sayang even seberat mana kesedihan...Allah maha mengetahui apa yang berlaku..

Walaupun aku taklah rapat sangat ngan akak ipar aku nih..tapi dia yang aku kenal baik, sangat kuat bekerja, berdikari dan rajin.Kalau boleh semua keje yang dia boleh buat sendiri semua dia nak wat sendiri.Even diwaktu2 terakhir hayat dia, dia still nak bangun pegi toilet tuk mandi or kencing even berpapah.

Pernah sekali malam jumaat lepas (sminggu sebelum dia meninggal) dia jatuh dalam bilik air sebab try jugak nak pegi bilik air dengan berjalan sendiri..Dengan suara xde, dia memanggil orang tuk tolong dia bangun sbb dia memamg xleh nak bangung langsung.Kebetulan aku bangun kencing pagi tuh..tengok bilik dia kosong...so aku try tengok..n sayup2 sore dia dlm bilik air.

Sedih nya tuhan yang tahu...x sanggup nak tengok dia saikit tapi dia memang seorang yang kuat..sepanjang dia mengharungi saat2 terakhir hayatnya..dia xde mengeluh atau menangis.senyuman sentiasa terukir walaupun dalam hati dia memang sedih nak meninggalkan anak2 dia....

Aku doakan dia akan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Meninggal pada malam jumaat..memang sesuatu yang sangat baik dan mungkin e2 kebaikan yang tuhan janjikan tuk kesakitan dia di dunia...Mungkin ini juga trajedi yang dalam masa sama tuk tuhan bagi aku sedikit hidayah...berpada2 dan sentiasa beringat dalam kehidupan dunia

Walau sebanyak mana harta yang kita ada, sebesar mana rumah yang kita ada, seberat mana barang kemas yang kita miliki, mahal mana barangan yang kita punya...e2 sikitpun xkan di bawa mengadapNya...so dari situ , aku ingatkan diri aku.kalau ada duit banyak..bahagiakan ibu bapa..cukupkan keperluan yang peru di dunia..dan beringat untuk orang yang akan kita tinggalkan...xperlu lah rasanya memiliki sesuatu yang mahal sekadar untuk kepuasan tetapi tidak mendatangkan apa2 faedah selain menjadikan kita bongkak dan suka menunjuk2...bersederhana dan bersyukur atas rezeki tuhan yang maha Esa...

Kisah 4 Lilin yang Bernyala

Ada 4 lilin yang menyala, Sedikit demi sedikit habis meleleh.
...
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka
Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mahu mengenalku, untuk itulah tiada gunanya aku tetap menyala.” Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.


Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa diduga,
Seorang anak saat itu masuk ke dalam bilik, dan melihat ketiga-tiga Lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata: “Eh apa yang terjadi?? Kamu semua harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!” Lalu dia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
“Akulah HARAPAN.”
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita yang mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

Kehilangan Orang yang Disayang

4-1-2012 Buat sekian kalinya aku kehilangan orang yang rapat dan aku sayang.Semua nya atas izinNya.Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang tidak kita tahu.Kita sebagai manusia hanya boleh merancang..tapi yang menentukan Allah yang Esa...Mungkin juga Dia mahu memberikan pengajaran dan petunjuk untuk orang2 sekeliling..Wallahualam

Malam jumaat yang lepas akak ipar aku menghembuskan nafas yang terakhir di kuantan..Memang penyakit barah rahim nya dah final stage cuma dalam keadaan sakit..sapa yang x kesian kan??Tapi tuhan dah mulikan dia dengan mengambil nyawa dia di hari yang baik dan tenang...semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Friday, December 23, 2011

kek marbel cheese brownies lagi

Selesai sudah kek marble cheese tempahan orang ...tapi macam mana aku leh terlupa nak ambik gambar.Nasib baik yang satu lagi tuk makan anak pengasuh aku sempat aku ambik gambar..hehehehe (kes kelam kabut)....Apapun aku sempat gak wat kek yang aku nak try tuh..leceh memang leceh ..aku kena combine kan 2 jenis kek tuk dapatkan warna asing...tapi practise make perfect kan???Nak cite banyak pun x guna..penat badan br nak hilang sebab kelam kabut sikit pagi nih...nak siapkan bfast, makan tengahari dan tempahan kek...Alhamdulillah semuanya dah selesai.Anak pun tengah makan sup ayam...adik tdo..mak dia lak br nak duduk..

 ni kek besday hubby last week..noleh terlupa nak upload yang dh potong nyer..(lupa ambik gambar sebenarnya) hehehee

 Ni lah kek yang aku cakap kat atas tu..mungkin familiar kot..cuma aku teringin gak nak try wat...alhamdulillah menjadi..aku just combine kan kek vanilla ngan coklat..hehehe

 Yang nih sebelum dipotong..untuk makan-makan je..nak praktice je sebenarnya...
Yang nih pulak orang order..tunggu sejuk baru nak kuarkan..

Thursday, December 22, 2011

Selsema melanda

Sakitnya kepala bila hidung tersumbat..Dengan cuaca yang asyik redup..nak hujan x jugak, panas pun x jugak...tuhan je tahu siksanya nak bernafas menggunakan mulut...Ari nih aku siapkan order dari adik ipar kwn kepada anak pengasuh aku..panjang je ayat..faham ke???harap2 faham lah yer..hihih

Dalam siksa-siksa nak bernafas pun sempat lagi nak ambik tempahan.Bukan ambik.Kebetulan ari tuh ms besday hubby, aku buat kek marble cheese brownies dan bagi kat pengasuh aku tu sikit.Entah macam mana, kawan anak dia tu ikut dia balik umah...dihidang lak kek aku bagi tuh..so berminat.Dia order tuk adik dia yang nak akad nikah malam esok..tapi xde lah corak2 marble..cuma nak tulisan nama pasangan je kat atas..E2 satu...anak pengasuh aku plak order satu loyang...sedap dia cakap...heheheh (kembang kecut sekejap)...

Senang ati bila kita masak..orang puji..bukan meninggi diri k...sekadar rasa dihargai.Masa aku update blog aku nih..2 anak dara aku tengah tdo..plan nak kuar beli telur tuk buat roti kacang merah...tapi memandangkan dah terlelap 2-2..ditambah lagi cuaca yang redup...apalagi..mmg sedap lah nak beradu..Bila dah beradu, aku pulak lah yang jadi mati kutu, rasa senyap pulak rumah..mula lah bosan ..xtahu nak wat aper...

Tapi nasib baik aku ada jumpa satu blog masakan nih..memang best...sebab resipi-resipi dia siap dengan gambar n step by step tunjuk cara buat kek.Suker...sekarang, hobi aku lak dah macam rojak..semua benda aku wat bagi meluangkan masa, yang xde lah banyak kosong..tapi still nak buat benda yang aku minat..Tapi yang bestnyer..hubby siap involve sebab melibatkan duit..hehehe

Setiap kali pegi kedai kek..or mana2 tempat jalan wajib aku beli barangan pekakas kek..x kisahlah dr nozel ke, alat gelek ke..saje je nak wat koleksi..esok2 dh tua senang aku nak buat kek ke, biskut ke..semua bahan dah ada..loyang pun dh 50% aku dh ada..Yang corak bunga-bunga tuk barbie nyer kek tuh, bentuk love xde lagi sebab aku x jumpa lagi..memang carik juak..senang kan???

oklah , out dulu..makin sakit lak hidung sejuk2 nih..sok aku update picture hantaran kek tu k..

Sunday, December 18, 2011

Perkahwinan Gay yang Pertama

Terkejut dengar BERITA tv3 kol 8.30 tadi...pelajar dari Malaysia yang mendapat tajaan dari Petronas boleh terjebak dengan gejala gay ??susah nak cakap kan..bila dah terlebih cerdik macam nih pulak jadinya.Kesian kat ibu bapa ARIFF ALFIAN ROSLI...malu satu hal..mesti orag dok ngutuk diorang x reti nak jaga anak..

Tapi apapun berlaku semuanya dah ditentukan..yang baik dari Allah..yang buruk dari kesilapan manusia sendiri...korang tengok pic yang aku search kat google nih...semoga kita mengambil ikhtibar...






Tetamu tak disangka-sangka

Dah berlalu sehari harijadi hubby aku.Dah tua dah kan???Tak kisahlah dah tua, janji sentiasa sedar diri..hihih .Kena tunggu hubby balik keje baru potong kek harijadi dia.Walaupun x seberapa dengan decoration yang memang x boleh dibanggakan....tapi hubby cakap dia x kisah,as long kek sedap dan anak suka.Yang bestnya time nak tiup lilin,,si kakak yang nyanyi dalam pelat dia...so touching..dan yang potong pun dia jugak..macam mana tuh?

Tak sangka pulak semalam adik ipar (adik suami) satu famili datang singgah rumah.Balik dari sambut family day ofis diorang.Boleh lah hidang ngan kek marble cheese brownies aku...tapi ms tuh hubby x balik lagi, so xleh lah nak bagi rasa dulu kan?Tapi ms diorang balik (x sempat tunggu hubby balik keje)..aku bagilah cupcake 6 bijik..hihhi suka sangat anak dia..

Masa hubby balik kol 6.30, aku dah siap2 kuarkan kek n siap ngan lilin sekali.Sampai je rumah, dia mandi2 n kitorang celebrate ngan makan nasi minyak je.Nak keluar makan plan asalnya..tapi tetiba lak Paksu dan Maksu belah hubby dari PD datang nak tumpang bermalam.Hotel penuh ...last minit plan memang xkan jumpa lah hotel kosong kat Melaka nih.Hujung minggu plak tu, tambah lagi ngan cuti sekolah...memang susah sikit...kalau dapat pun kira nasib baik kalau dengan xde booking nyer...

Dengar je diorang nak datang..apalagi..sesi mengemas rumah...nasib baik si kakak nih dengar cakap..semua mainan dan barang2 patung dia semua masuk bilik...xde lh semak sgt mainan kan?oklh out dulu...si kecik dh bgun...huhu sambung next time

Saturday, December 17, 2011

Persiapan birthday Hubby ke 34

Pagi-pagi dah terbangun dengar hp hubby bunyi..e2 makna nya dia tertinggal hp lagi..Kebelakangan nih asyik tertinggal je hp.Nasib baik aku dah beranak..kalau x, susah gak kalau nak bagitahu dia aku nak terberanak kan???Bapak mentua kol...saje tanya kabar, hubby aku tuk bukan nya nak call bapak dia, bz memanjang...kalau aku x ingatkan, kalau x bapak dia sendiri kol..lambat ler nak tanya kabar dia..Apapun..bapak mentua aku adalah the best...sangat3 baik ...(anak dia pun baik jugak..)hihihih

Bila dah bangun, susah lah nak tdo balik,so aku mandi siap2..nanti anak bangun xdelah aku nak mandi lagi.Leh wat keje lain.Tambahan sok harijadi my hubby n banyak benda nak wat tuk birthday.Plan nyer nak wat kek besday..for the 1st time okay...sebelum nih pun memang x pernah nak sambut2 harijadi dia..Bagi hadiah n belanja makan je.Harijadi aku pun sama, makan-makan n wish je.Bukan apa, supaya kita beringat yang umur bertambah, tugas pun bertambah...kan???

Anyway, pagi tadi aku bawa anak aku pegi kedai beli barang dapur sikit nak masak tuk ari nih je.Asyik makan ikan jenahak hasil pancing muak lak rasa.So, ari nih tukar menu lak...sup ayam.Tapi si kakak nih pulak xnak makan ayam...makan karot ngan kentang je + air sup..macam lah kan???Tak kisahlah..janji makan..

Lepas siap masak menu tengahari..mengorak langkah ke operasi pertama..cupcake vanilla.Khas tuk hubby jamu kawan-kawan sok.Ingat nak beli je kek besday, tapi memandangkan dia pun bukan kisah sangat kek-kek nih..so aku decide tuk buat je.Boleh lah aku try resipi baru...Kek Indulgence Coklat ..Nak tahu jadi ke x??tarraaaaaaaaaaa

 kek yang dah dipotong 3



 kek cawan vanilla
 kek indulgence coklat yang x jadi indulgence disebabkan whipping krim yang mencair...huhu




 ni plak marble cheese brownie...1st time buat..hubby cakap sedap..:)

Buat suami tersayang..yang share birthday date ngan akak ipar Nurhana Ismail...selamat ari  ulangtahun,semoga tahun-tahun mendatang menjadikan abang lebih matang...murah rezeki, penyabar,baik hati, dan terima kasih menjadikan sayang seorang wanita yang bertuah dan bahagia...Syukur kerana Allah pertemukan kita dan semoga talian ini akan kekal bersama rasa cinta terhadapNya...disamping rasa kasih Ibu bapa dan Sayang antara kita..aminnnnnn

Thursday, December 15, 2011

Kedai Kek di Melaka

Penatnyer baru balik dari kedai keprluan dan pekakas kek...bagi sapa2 yang mencari-cari kedai kek kat Melaka ni aku nak share kat korang...kedai kek yang memang lengkap segalanya.Kalau nak wat kek tu, bawak je list apa nak..semua ada.Dari barang kering ke barangan hiasan dan barang frozen.Best lah...aku memang suka ...hiihihi Ini kedai kek ke 3 aku jumpa area Melaka tapi mostly jual yang bahan plastik n barang kering macam tepung dan hiasan2 tabur je..tapi yang ni 100% complete..Nak tengok apa yang ada kat kedai nih???

jeng..jeng..jeng
 Filling bluebery..saje je beli mana tahu nak wat apam polkadot ke kan..xyah susah2 nak beli dah.
 saje nak menambahkan koleksi loyang kek aku...
inti kacang merah..standby tuk wat roti..hihihi
Ni lah kedai kek yang aku cakp tu...area taman merdeka...kat batu berendam sana tuh..jauh jugak lah dr umah aku..tapi janji selesa..aku g gak..tambahan owner dia very the friendly..


 pelbagai jenis cupcake nya bekas


 pelbagai jenis bekas coklat n agar-agar
 
loyang pelbagai size..sebenarnya banyak lagi tapi xleh nak ambik gambar sebab ramai orang..maklumlah susah jugak nak cari kedai yang komplet barangan kek kat Melaka nih.dan murah



Yang bestnya aku dapat beli pemotong kek seperti yang aku cari selama nih.Ari tu pegi tanya jugak cuma xde stok lagi..skrg aku dapat jugak...berbaloi aku g ari nih..
 yang nih pun aku saje je beli tuk letak apam polkadot...sample lh konon :)
 yang ni lk tuk letak cupcakes..tuk hubby aku bawak g tempat keje dia sabtu nanti..nak celebrate ngan kawan-kawan..so kalau sapa2 nak mintak tolong belikan apa2..just msg boleh je aku tolong belikan...tapi kena support duit minyak ler..hahahahahaa