Wednesday, April 29, 2015

Sambal Pedas Berapi


Lama dah menjengah dapurku sayang..sayang lah sangat kan.Al maklum lah bila jiwa malas memang malas ler jawabnyer..Tapi hari nih serius aku rajin.Rajin tak rajin mana tapi rasa nak makan pedas plak tetiba.Resepi nih actually resepi sambal tutok indon lebih kurang macam tu ler.


Kalau jenis yang tak tahan  pedas tu boleh lah guna cili merah besar tu..tapi aku guna cili api merah kecik-kecik tu.Somi aku jenis tak layan kalau tak pedas.Tapi yang nih memang terangkat.Oklah bahan-bahan nya senang jer..

Bahan2:
cili padi (ditumbuk)
bawang merah (ditumbuk)
bawang putih (ditumbuk)
bawang besar (dihiris)
tomato (dihiris)

caranya:
- goreng garing bahan yang ditumbuk hingga betul2 garing, masukkan bawang besar yang telah dihiris, tomato dan last sekali ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu.Siap..

selamat mencuba.Yang nih aku add on kentang sebab kentang tak habis-habis bila beli..he3

Wednesday, April 8, 2015

Bedung & Sarung Tilam Baby


Settle part bedung bayi dan sarung tilam baby.Entah kenapa mata nih suka plak hijau berbanding biru.Nasib lah kan warna sejuk ok ler.Dah itu je yang nampak elok kat mata ibu nih skrg.hikhikhik

 Yang ni bedung baby.Cukuplah 2 helai tuk tukar-tukar.tambah satu bedung yang ader cap lagi.Itupun nasib jumpa kain flannel nih.Kat Melaka punya lah susah cari.Kalau ader pun corak tak berapa cantik.Mostly kartun-kartun je.Tapi sekarang semua dah lega.Settle dah persiapan asas untuk bakal newbaby

Tuesday, April 7, 2015

36 Minggu

Alhamdulillah dah memasuki minggu yang ke 36.Pejam celik pejam celik tak terasa cepatnya masa berlalu.Dengan segala kepayahan di awal-awal kehamilan dengan malas serba serbi Allah je tahu macam mana rasa fedup dan tersiksanya jiwa ragaku..hukhukhuk emosi la plak kan.

Tapi yang bestnya kepenatan, kepayahan, kesengsaraan serta keletihan berbalas bila mengetahui jantina baby yang bakal dilahirkan adalah lelaki.MasyaAllah gembiranya hanya Allah yang tahu.Betullah kata orang setiap pengorbanan dan kepayahan ada hadiah gembira menanti.Insya Allah dalam masa beberapa minggu lagi bayi ini akan berada dalam pelukan dan dakapan aku.amin

Ok lah sebenarnya nak cite last week nya chek-up scan untuk cek air ketuban dan berat baby.Tapi doktor detect air ketuban banyak n nak refer pakar kat hospital.Dan aku pun dengan cuak jugaklah balik umah cite kat somi dan of kos somi aku lagi gabra dari aku ok..tapi nasib baik lah pagi tadi doktor tu call cakap appoint tuk refer pakar dibatalkan memandangkan aku dah dekat nak due.And repeat scan akan dibuat this next check-up which is this thursday.

Sebenarnya doktor tu risau sebab history aku sebelumnya 2-2 baby besar especially 1st baby aku yang lahir normal 4.1kg.Makaiiii besarnya kan...normal plak tu.Doktor boleh pelik macam mana aku boleh bersalin normal bb sebesar tu tambah2 anak sulung.Aku??? tak terkejut sebab 1st experience.Tapi serius kalau dengar cerita mengenai anak sulung lahir normal macam2 kes walau kecik apatah lagi aku yang besar macam bb dah 3 bulan...

Apapun semua tu bahagian masing-masing.Yang penting doa dan teruskan berdoa semoga Allah permudahkan segala perjalanan dari mengandung hingga proses melahirkan.Dia sebaik2 perancang kan.Kalau ada pun yang tak elok semasa atau selepas melahirkan itu juga atas izin Nya .

cukuplah bebelan untuk hari nih.Mood malas dan stress lagi sebab xleh nak kuar rumah.Badan dah terasa berat dan harap2 semoga baby nih akan kuar sebelum due nya..amin..

Saturday, April 4, 2015

Persiapan Baby Lagi


Dah masuk minggu ke 35, settle semua barang baby.Ni sebahagian yang dah basuh untuk in maternity je..lepas tu kna slow2 basuh lagi.Nak basuh sekali harung tak larat mak nak..dengan kemalasan tahap cipan nyer, nak layan anak lagi.

Dan start minggu nih jugak aku dah start rest kat umah,Somi dah arrange kan van sekolah anak pergi balik.Semoga dipermudahkan lah hendakNya kan..


Ni antara baju-baju yang boleh tangkap muat untuk bakal boboy kuar nanti.Yang pinky2 semua dah disedekahkan kat orang sebaik saja tahu baby boy.Elok lah dari terperuk lama dalam box pun sapa nak guna.Dah 2 generasi kot

Ni plak CD untuk new baby pakai lepas habis pantang..dalam pantang kita pakai pampers dulu yer..he3

Tablet Susu Kambing


time mengandung tak sah kalau x minum susu kambing.Konon untuk elakkan bayi kena kuning.Tapi kalau darah mak ayah spesis O memang tendency untuk dapat kuning tu mmg 100%.Tapi tak salah berusaha kan.apapun tablet ni memang sedap.Macam gula-gula.Lagi elok dr minum air susu fresh kot..


Sunday, March 15, 2015

Lagi Barang Baby

Ni last kopek shopping barang baby.Ini pun sebab nak jalan jauh ke Kuantan sempena cuti sekolah.Ye lah mana tau kan terberanak kat sana nanti takde lah huru hara barang-barang baby takde.
Apapun siapkan payung sebelum hujan.Dah hujan memang takleh nak wat apa dah..he3

 Antara lain barang aku cari ialah towel, breast pad,napkin liner, pampers, n bedung/semlimut bayi je.Yang lain-lain alhamdulillah dah beli sikit-sikit ari tu..
Yang ni persediaan untuk masuk LB.
 Masuk plastik siap-siap supaya senang nanti nak capai.Takde lah nak bagi satu beg kat nurse tu kan.

Siap 2 pack baju persalinan baby.cukup lah kot kalau stay sehari.Dulu pun aku stay sehari je.Harap-harap kali nih pun in sha Allah dipermudahkan takde masalah n boleh keluar awal.
Ni plak sebahagian barngan berpantang aku nanti.berpantang sendiri , i wish i can go through n tough enough untuk handling my new baby..wish me luck k..

Thursday, March 12, 2015

Selamat Harijadi Putri2 Ku


Nothing much to say..just wish my birthday to both my little princess.sepatutnya semalam tapi maklaumlah mood ke laut je skrg nih, so aku postponed arinih nak update blog x severapa nih.Janji kenangang untuk diorang di masa depan nnti mana tahu aku dah takde, kan3 diorang boleh baca..





Monday, March 2, 2015

Alhamdulillah..Khatam Jugak Akhirnya


Alhamdulillah, manisnya rasa gembira itu bila berjaya menghabiskan 30 juzuk dalam masa kehamilan.Semoga anak di dalam kandungan ini akan menjadi manusia yang terang hatinya, elok perangainya dan baik tutur katanya dengan orang-orang sekelilingnya..amin




Selamat Ulang tahun kelairan jugak buat si adik yang ke4 tahun..semoga menjadi anak yang mendengar kata, baik budi, disenangi orang sekeliling dan sentiasa dilimpahkan rahmat, kesihatan, kesenangan dan kejayaan dunia dan akhirat..amin

Friday, February 27, 2015

Ngidam Burung Puyuh


Selamat petang semua...
Dah petang baru dapat update blog.Kira ok lah ber update kan, kalau tak kosong je sunyi.Disebabkan kemalasan melampau katakan.Hari-hari malas caner tuh.kikikiki

Semalam teringin nak makan burung puyuh goreng berempah.Bukan takleh nak pegi makan kat kedai tapi size kat kedai tu wat taik gigi je.Mahal plak tu.Baik wat sendiri puas ati kan.Bukan rajin sangat pun tapi setakat blend bahan dan perap..pastu goreng dah siap.Bukan banyak keje sangat pun.


Thank buat en somi yang carikan  kat jusco.Selalu nampak kat kedai runcit dekat rumah nih ada je.Entah macam mana semalam carik takde plak.Takde rezeki orang cakap.
Biasalah ngidam kali nih seboleh-boleh aku try carik dulu, dah tak jumpa baru bagitahu somi suh carikan.Kalaulah aku larat nak drive ke bandar memang aku tak nyusah dia.. T
api disebabkan somi dah warning awal-awal jangan drive jauh-jauh..pegi ambik antar anak sekolah je..kang jadi apa-apa risau dia cakap..adoii macam budak kecik plak aku rasa.
Anyway nih burung puyuh yang dah siap siang dan basuh.
 Dah siap siang pun.simpan peti sekejap sebelum goreng.tak simpan peti pun takpe.Tapi disebabkan somi balik kje malam dan aku plak malam-malam memang tak leh makan berat so simpan dalam peti lah jawabnya.Pagi tadi baru aku gorengkan...
Wat bekal anak sekolah nasi ngan ayam kicap.so sekali harung aku masak untuk makan tengahari.Bukan aku makan sangat pun.Tak tahu kenapa selera ngandung kali ni memang lain benar compare dengan yang sebelum nih.Itulah orang cakap lain jantina lain pembawakan nya..

Thursday, February 26, 2015

30 Week

Assalammualaikum

Pejam celik -pejam celik dah masuk minggu ke 30.
Mana taknya sibuk dengan anak-anak, rumah bagai kan.
Tak terasa perut pun makin membesar.last 2 week scan doktor cakap baby still breech, mean kepala kat atas kaki kat bawah.
Alhamdulillah ari nih scan lagi tuk cek kedudukan baby dah normal.Kepala dah turun dan uri pun dah naik atas sepenuhnya.In sha Allah boleh bersalin normal.

Cuma doktor cakap baby kecik dalam 1.4kg je..berat aku pulak naik 100gm je dr last 2 weeks.
Nasib tak kena bebel.Doktor cakap normal berat tak naik sangat bila dah memasuki minggu2 terakhir..
so jgn nebes2 lagi n jangan banyak pikir..

Sekarang fokus nak habiskan khatam al-quran sebelum due.Lagi 2 minggu nak balik Kuantan cuti sekolah.
Nak rileks sepenuhnya...menikmati makanan air tangan mentua.Boleh gitu? he3.
Apapun semoga semuanya dipermudahkan.Rasa syukur yang tak terhingga dengan anugerah kali nih.
Mana taknya dpt baby boy yang ditunggu2 selama nih..
Tak sabar nak tengok ikut muka sapa..huhuhuhu

Alhamdulillah..syukur aminnn