Friday, May 27, 2011

Popia Simpul

Ni nak cite semalam nyer citer..sibuk kemain sampai x sempat nak update blog yang x seberapa nih..Nak dijadikan cite, pagi2 dh kuar beli barang dapur..so ms membeli nampak lak kulit popia n teringat lak serunding kat umah yang lama dh x makan..(tapi still ok).Tiba-tiba rasa nak wat sesuatu tuk kunyahan...hehehe
Tapi yang bestnya bangun pagi tadi sema nya dh habis hubby kerjakan...huhuuhuh .Tapi tak pelah..janji ader orang makan dari terbiar kan...

inilah hasilnya...pertama kali buat menjadi pulak..selalu buat gulung je...


Bersunat

saje nak share hari nih dh masuk 2 bulan 24 hari usia anak ke2 aku..so apa lagi, biasalah klu anak perempuan nak kena sunat.Awal-awal lagi bagus..senang untu kita sebagai ibu bapa apatah lagi budak-budak.Yang dia tahu pun nangis je kot.Lain lah kalau dh besar, tgk doktor pun dah nak lari n mesti teringat-ingat.Alahamdulillah semuanya dalam keadaan baik...

Monday, May 16, 2011

Bersangka-Sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka ..ini lah baru dikatakan manusia kan???

Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

.........

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Sunday, May 15, 2011

Hasil Laut

Ni semalam nyer cite..baru nak letak n3.Nak dijadikan cite semalam off day suami .Pagi2 lepas subuh je terus kuar rumah...konon nak g memancing,tapi rasanya bukan memancing tepi2 sungai or tepi laut sbb kwn dia siap ambik kat umah..faham2 lah yea..maksudnya jalan jauh ler.Bila petang x balik lagi, so mestilah risau kan, call2 rupa2 nya kat tengah laut..alkisah memancing atas bot..ni sah balik mesti aku jugak ler yang jadi tukang siang ikan...dia??? dh tentu kepenatan..apapun korang tengok lah sendiri hasil tangkapan???ermmmm hasil pancingan kot ek lagi sedap sikit bunyi nyer...even ikan xde lah besar mcm jenahak, tapi syukur lah dapat hasil dari xde.

rasa-rasanya boleh jual x???





Saturday, May 14, 2011

Untuk yang Suka Kan Kucing

Ari ni saje je aku share antara gambar-gambar comel kucing yang aku ada..Bukan aku punyer yea..aku search kat tenet...sbb dulu ms mengandung anak sulung suka sgt kat kucing...heheheh so korang tengok2 lah yea...





Amalan Kesihatan Untuk Ibu dalam Pantang

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.

* Amalan Intensif Ubat Periuk

Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.

* Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit

Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .

* Rawatan Bertuam

Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.

* Rawatan Bertungku

Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.

* Mandian Ibu Bersalin

Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.

* Rawatan Urutan Tradisional

Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.
Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.

* Rawatan Berlulur

Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.

* Rawatan Berbengkung

Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

* Rawatan Mandi Wap atau Bertangas

Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.

* Rawatan Ukup Wangi

Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.

* Senaman Kemutan Otot Rahim

Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.

* Darah Nifas

Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair sehingga berdebu kehitaman/coklat.

*Lain amalan pantang

Cucian untuk bahagian sulit wanita juga banyak digunakan dan bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal. Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.

Selain itu, minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.

Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.

Lain-lain amalan seperti berdiang, bertangas dan pilis amat jarang dilakukan oleh wanita Melayu moden sebab kekangan tertentu.

Sesungguhnya, amalan-amalan pantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR), kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan "penyawa" wanita yang menentukan kesihatan diri keseluruhan. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Kek Batik Biskut Marie

assalamualaikum...lama rasanya x mencoleteh kat blog nih.Maklum lah masa dah macam singkat je...bangun pagi tengok jam kol 9..alih2 tengok sekali lagi dh kol 6 petang..betapa cepatnya ms berlalu. Tapi apapun aku sempat jugak nak kemas-kemas rumah, masak untuk anak dan hubby aku sebelum dia pegi keje(e2pun klu dia makan). So hari nih aku nak cite lah pasal kek batik biskut marie yang aku wat.Nak kata sedap mmg sedap pun kot..heheheh maklum lah resipi dr tenet, yang keberapa kali aku try n error aku pun x ingat.alhamdulillah nih kali ke dua aku wat selepas percubaan semalam tak menjadi..korang tengoklah hasilnye...


tararrararaarara


inilah hasilnya....

Wednesday, May 11, 2011

HaRimau, Tali, BuaYa dan Madu

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut
pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah
jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu,keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi,cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg >sedang bawa madu.Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat > > dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...
Subject: Fw: I minit...

1 minit untuk mengingati Allah

Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH

*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRU'LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD

*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi perkataan

Step 3:
SHARE KAN ILMU INI KEPADA ORANG LAIN

Result 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati,berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam.

Result 3:
Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat , INSHA'A'LLAH Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhaiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

Tuesday, May 10, 2011

TIPS MEMULAKAN PENYUSUAN IBU

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.

* Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
* Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
* Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
* Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
* Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
* Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
* Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
* Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
* Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
* Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
* Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Tanda-Tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.


BERSEDIA UNTUK KELAHIRAN
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

* Menghadiri kelas antenatal
* Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
* Tonton video kelahiran
* Amalkan pernafasan and relaksasi.

TANDA BERSALIN SEBENAR Vs TANDA BERSALIN TIDAK BENAR
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.


ANTARA TANDA SAMPAINYA WAKTU HENDAK BERSALIN
Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Monday, May 9, 2011

Teknik Pernafasan Yang Betul semasa nak Bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

"Overwhelming Urge"
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

"so-so urge"
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Sunday, May 8, 2011

Kebaikan Susu Ibu

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Saturday, May 7, 2011

Seronok Ke Jadi IBu????

Perasaan mahu menjadi seorang Ibu ni adalah satu anugerah. Bila timbulnya keinginan ni, secara serta merta sikap perempuan tu akan berubah dari brutal menjadi lemah-lembut. PAndangan mata pun mula ternampak kasih-sayang dan penuh rasa keibuan. Nampak budak kecik lalu-lalang depan dia , tetiba dia jadi ntah pape. KAlau sebelum ni, dia rimas dengar suara baby, tapi bila anugerah itu sampai, dia ternanti-nanti suara baby nangih. Siap taruk ringtone baby nangeh, baby gelak lagi kat henpon. Sesapa yang dah mula ada perasaan nak jadi Ibu ni, maka bertuahlah dia.

Tapi, itu tak bermakna dia sudah buleh menjadi Ibu.

Ada sesetengah orang, tak mau sangat-sangat nak jadi Ibu. Tak mau ngandung lagi. Takut, tak ready atas macam-macam sebab... But, tetiba disahkan pregnant. Memula tak suka. Tapi, lama-lama Allah anugerahkan perasaan nak jadi Ibu tu pada dia. Kesedaran mula timbul, dan masa tu baru la dia sayangkan anak yang dikandung tu.

Lain orang..lain rezekinya. Rezeki hamil dan menjadi Ibu tu merupakan anugerah yang paling SUSAH NAK DESCRIBE. Lagi pulak di zaman orang buang baby tak tentu hala ni. Ada orang nak jadi Ibu, tak boleh jadi Ibu. Tunggu lama , sampai berbelas tahum, cuba memacam cara nak peknen, tapi tak buleh-buleh. Ada yang, sekali 'jalan' je, melekat tros! Haa.... Susah nak cakap kan?



Best ke jadi Ibu?

pengalamannya sukar digambarkan. Bagaimanapun, aku explain sikit kat sini mengikut cara aku... Ada la sikit campur-campur ngan pengalaman orang lain..

* BEST - bila ko diucapkan 'TAHNIAH' oleh doktor dan rakan-rakan yang mengetahui perkhabaran gembira. Terasa macam cukup segala sifat kewanitaan ko. Kalau ko di antara kawan-kawan ko yang tak kawin lagi, ko akan cukup dicemburui kerana akhirnya ko dah capai misi kewujudan ko kat dunia ni - menghasilkan zuriat untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Oh, aku tidak mandul. Alhamdulillah....
* MENYAMPAH - bila ko asyik mc atau terpaksa amik leave je disebabkan kesan-kesan peknen yang bunyinya macam remeh bagi orang lain yang tak penah peknen, tapi satu perkara yang serius bagi orang yang menanggungnya contohnya morning sickness yang teruk, pitam, pening, sakit pinggang, kejang kaki, kaki bengkak, low blood pressure, high blood pressure dsb... Kalau buleh taknak lah terikut sangat dengan sakit tu tapi, kalau dah takleh handle sangat, mak buyung ni slamber je tak bangun dari katil.

* BEST - bila keinginan ko dilayan. Nak makan apa suma dapat. Layanan dari semua orang memang tip-top especially dari mak mertua. Kawan-kawan sekerja pun asal makan je ingat kat mak buyung. Silap-silap, hari-hari dapat makanan free apatah lagi kalu ko sorang ke peknen dalam company tu. Ngaaa~

* BEST - bila time scan perut tu nampak baby dah mula gerak-gerak. Masa tu ko rasa macam nak bawak balik je mesin scan tu so that ko buleh tengok baby selalu sampai lebam!
* TAK BEST - ada menda yang ko takleh nak makan. Gaya pemakanan berubah. Tak leh makan durian banyak-banyak. Bagi yang badan banyak angin tu, lagi la kena pantang macam-macam. Makan banyak sangat pun takleh, kang datang penyakit.

* BEST - orang cepat kesian kat mak buyung. Lagi kalau asyik buat muka kebajikan je. Gi bank ke, tandas awam ke... gi pejabat pos ke, orang selalu bagi chance potong line. Tapi, itu bukan alasan untuk berlaku kurang asam dengan slamber je memotong barisan!
* BEST - suami akan sentiasa bagi kemenangan percuma bila tetiba wujud nya argument between anda dan dia. Yeehhaa! Bebel la ape pun, asben dengar aje. Suruh buat apa pun, dia buat. Urut belakang? Urut kaki? Potong kuku kaki? Cabut bulu ketiak? Ahh.. buleh buleh!~
* TAK BEST - bila saat ko dah dekat-dekat nak meletop. Segala sendi dah mula sakit. Tido tak pernah cukup. Tak penah rasa selesa. Satu-satunya posisi yang selesa ialah mengiring dengan si suami peluk isteri dari belakang. Kehangatan badan suami tu sajalah ubat segala penyakit walaupun si mak buyung tu berpeluh-peluh sebab panas.

* BEST - bila suami kasi duit. "NAh, gi la spa ke hape bagi lega sikit badan awak tu." Weehuu!
* MEMANG TAK BEST - hidup dengan rasa tertanya-tanya. Apakah anak aku ok di dalam perut? Cacat ke dia? Emosi tak stabil ketika ini. Apatah lagi bila tengok badan yang dah beso macam badak berendam. Dah ada stretch mark. Lemak menari-nari je setiap kali berjalan. Nak bogel pun segan.
* SANGAT TAK BEST dan MENYAKITKAN!!!! - Bila saat bersalin. Hoh, nak kena cerita ke? Takyah laa...

* BEST lak tetiba - saat anak anda yang segar dari 'ketuhar' berada di pangkuan anda sambil bibirnya mencari-cari puting susu anda. Lapar la mak! Masa tu lah rasa nak nangeh sambil gelak berdekah-dekah. Yeyy.... anak aku dah sampai! Lihatlah doniaaa!!
* SYUKUR - bila suami cium dahi cakap terima kasih sebab bagi baby kat dia dan pastu tros dia hantar kita balik umah Mak untuk pantang... ceh!
* TAK BEST - bila tido tak cukup sebab anak asyik nangeh mintak susu.
* TAK BEST - bila ko tak selesa nak buat apa pun, kena kepit sebab kat 'bawah nun' ada simpulan buku sila pulak (sikit punya beso ke) hasil daripada jahitan masa bersalin ari tu. Amik masa 2 minggu paling lama nak tanggal tu tau! Ikut nasib. Kalau operate lak aku tatau sebab tak penah lagi. Sakit gak tu!

* TAK BERAPA BEST - kena pantang. Tapi, untuk kebaikan masa depan, telan je la ubat-ubat segala tu ye.

* MEMANG PSIKO - bila habih pantang, berat turun ciput je. Kalau turun pun, ada lak stretch mark tertinggal kat bontot, perut... Wah, tekanan siot!

* TERHARU - bila anak dah mula pusing-pusing badan, pastu blajar menyulor.. angkat bontot... buat aksi stunt...dan tetau je dah mula panjat kusi dan menyepahkan bebarang.
* TEKANAN PERASAAN - bila anak sakit dan kita taktau dia sakit apa atau apa kah rasa sakitnya tu. Rasa tersiat-siat je jiwa bila anak tu nangeh. KAdang tu, kita pun nangeh skali sebelah dia.

* TAK BEST - tido tak cukup. Anak selalu terjaga malam.
* BEST BEST BEST - balik kerja je, dapat tengok anak. Dapat cium, dapat peluk...
* TAK BEST - anak tu tak tido-tido, takmau tido, sibuk main di kala kita sangat letih dan nak tido sangat-sangat.
* HAMPEH - bila time nak 'mukadimah' aje dengan suami, si kecik tu bangun pulakkk. Adehhhsss...
* BERBELAH BAGI - nak layan anak lebih ke suami lebih. Suami selalunya agak terabai bila anak ni makin nakal. Ibu selalu penat..MAsuk bilik je, letak kepala kat bantal, 2 saat je terus dengar bunyi bini berdengkur. LAst skali, suami angkat bantal tido kat hall je. HEHEHE...

* BEST - bila si anak dah buleh berjalan, lari-lari keliling umah.
* TAK BEST - bila si anak tu berjalan tak tentu hala, capai apa saja menda, cuba gagau menda atas meja.. kutip itu dan ini bubuh mulut, punggah menan, tumpahkan susu seterusnya menyepahkan rumah. Letihnya nak kemas balik!

* MENYAMPAH - bila si anak tu dah pandai merengek, meraung untuk perhatian mak ayah dia. Uuuuu... Belajar dari rakan-rakan sebaya la ni.
* BEST balik - bila si anak tu lepas nangih-nangis pastu peluk lak kita ni, muah muah pipi kononnya nak mintak maap le tu. Bila anak peluk tu, hilang segala rasa marah, menyampah dan segala rasa yang tak elok tadi.
* TAK BEST - bila suami komplen cakap kita selekeh, serabai, bengis, macam mak tiri... especially bila anak tu asyik meragam je. Ngagaghahahahaha..
* SUSAH HATI - anak taknak makan nasik. Nak makan jajan je...

* BEST - Dia dah mula bercakap. Dah tau mana ayah , mana ibu.. Dan kenal orang-orang terdekat. Dah pandai sebut nama benda-benda sekeliling. Comel.
* TAK BEST - bila dia sebut menda yang tak elok, berpunca dari kesilapan kita..termencarut ke terlatah ke depan dia. Hmmm... hati-hati. Anak tu cepat belajar. KAdang, belajar dari pengasuh atau anak pengasuh ke. Ohh..tidaakk!!
* RISAU - adakah dia akan tiru mak bapak dia punya perangai.... Bulehka kita jadi parents yang elok .. Adakah kita buleh jadi contoh yang baik. Tengok anak dah semakin besar tu, dah buleh nampak dah yang apa yang dia buat tu, mencerminkan diri kita. Buleh malu sendiri kot.

* LETIH - nak urus rumahtangga campur ngan si anak yang dah pantas berlari ke sana kemari. KEmas sekejap, pastu semak balik.
* TENSION - bila suami tak membantu. Lama-lama buleh gadoh laki bini kalau tak de komunikasi yang betul.

* EMOSI TAK STABIL - kalau gagal kawal emosi, buleh jadi murung. So, kena belajar hepikan diri sendiri, dan jangan simpan dalam hati. Bincang dengan suami tentang ketidakmampuan anda. Tu yg aku buat la.

* BEST GILA - anak dah boleh sebut 'ALLAH' dan tiru kita solat.
* BEST - tetiba leh menari cam iklan 'pLaSma cLusTer hAnyA dArI SHARP'. HAHAHA..
* BEST - dah boleh tolong angkat stokin ayah boh dalam laundry box. Dah mula nak tolong-tolong wat keje umah.
* GUILTY - bila anak sakit, kita antara mahu ngan tak, terpaksa amik cuti.

* BEST - bila ada orang paham.
* TAK BEST - bila orang tak paham-paham.

* BEST - orang cakap anak kita cute.
* TAK BEST - bila orang cakap kita gemok! GRrrrRRRrrrr...
* OK LAA - gemuk pun bersebab kan.
* TAPI, lagi besh kalau dah ada anak ramai pun, tapi badan still cam anak dara. BONOS tuh!

Menu Berpantang

IKAN PARANG MASAK PINDANG

Bahan-bahannya:
3 potong ikan parang (agak-agak 5 cm lebar)
5 biji bawang merah(hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
2 cm kunyit hidup ( dikisar lumat)
2 batang serai (di tumbuk dan disimpul)
sedikit air asam jawa (ikut selera)
sedikit garam dan perasa (ikut selera)

Cara penyediannya:
Bawang, kunyit kisar, dan serai direbus dengan air (agak-agak kuah banyak mana yang digemari) tanpa minyak. bila dah mendidih, masukkan ikan parang, air asam jawa dan garam.

Makan masa panas... Sedap..... kalau tak pantang pun, best . kene pulak dgn sambal belacan...wau...

KERABU PEGAGA
Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..


HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

Sup Ikan Haruan
Bahan-Bahan

1ekor ikan haruan - dipotong keping
1inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang halus
1 sudu teh serbuk lada putih
2 1/2cawan air
Garam secukup rasa

Cara-Caranya
1. Panaskan periuk dan masukkan halia, bawang merah,
serbuk lada putih bersama air.
2. Biarkan mendidih dan masukkan ikan haruan. Masak sehingga kuah
menjadi pekat dan boleh dimakan bersama nasi panas.

Daging Halia
Bahan
300 gm daging-potong tipis..seelok2nya guna bhg daging yg tak berlemak
-boleh ganti dgn hati ayam jika suka
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Cara
1.Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
2. Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata.
3.Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimkn.

Ikan Bawal Kukus Halia
Bahan
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Cara
1.Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika.
2.letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil,siram baki perapan kicap atas ikan
3.tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
4.kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
**senang sekali masak ada lauk dan sayur jimat tenaga dan gas..

Ikan Pindang Kicap
Bahan-bahan:
2-3 ekor ikan (ikan merah/jenahak/selar kuning/kerisi/siakap)-selalu masak dgn ikan merah atau kerisi.boleh juga ganti dgn daging
*1 ulas bawang putih --tumbuk-lebihkan letak 3 ulas
5 ulas bwg merah
1-2 btg cili merah-tak letak
*5 cm kunyit- tumbuk
*5 cm halia muda-mayang
*5 cm lengkuas-ketuk
1 btg serai-ketuk
1-2 helai daun salam-tak letak
3-4 kpg asam gelugur
1-2 sudu teh kicap manis
4 cwn air, garam
semua bahan * potong tipis aja

Cara
1.Panaskan minyak sikit tumis bawang dan halia.
2.Masukkan air.biarkan mendidih dan masukkan bahan lain dan ikan.rasakan garam.
**nak mudah mama masukkan air dan semua bahan kecuali ikan buat stail singgang. Bila mendidih baru masukkan ikan.

Ikan bilis Lada Hitam
Bahan:
1 gengam ikan bilis
1 1/2 inci halia-potong bulat tipis2
1 sudu mkn lada hitam-tumbuk kasar
sedikit minyak

Cara:
1.Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit. bila hampir garing masukkan halia.
2.Kacau sekejap dan angkat. Gaulkan ikan bilis halia tadi dgn lada hitam.Siap utk dimkn.
**kalau nak tumbuk ikan bilis dan haliapun boleh.

SUP SAYUR - SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT
bahan-bahan:-
sayur
air
bawang putih
daun sup
minyak bijan

cara-cara:-
tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran. masukkan juga sedikit garam. setelah mendidih, masukkan daun sup & titiskan sedikit minyak bijan.

air untuk menyegarkan badan & membuang angin
- rebuskan serai, daun pandan, halia & sedikit gula
(kalau taknak boleh je beli air halia serbuk yg dalam peket tu - jenama nona)


* bagi yg bersalin caeser, buah yang bagus untuk dimakan ialah orange (Insyaallah, cepat sembuhkan luka)

* bagi yg bersalin caeser juga bolehlah amalkan minum pati / jeli gamat & juga pati ikan haruan (x sedap giler!!!!, tp nak sihat kena minum gak! yikes!), Insyaallah cepat baik.

Istilah Penting Bagi Susu Ibu yang Diperah

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey <-- ramai betul tanya pasal 2 lapisan ni. Tak...tak basi tau..
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

Tips Menambahkan Susu Badan

SAya kumpul petua2 dan tip2 nih daripada website2, majalah2 dan buku2, tak lupa juga sumber drpd cakap2 orang yang bole diguna pakai tuk menambahkan ASI. Tak semua petua2 ni serasi ngan aku. Ade yang menjadi dan ade yang kurang menjadi. Ia depend pada badan kita gak. Just try n error. Mana yang serasi amalkan la. Insyallah, ia membantu meningkatkan pengeluaran ASI.(Air susu ibu)

Pemakanan
1) Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana
yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh,
lagi sedap
2)Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
3) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam,
rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang
putih, ikan bilis/ udang kering.
4)Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal
pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
5) Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus
utk pekatkan susu
6) Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan
rebus.makanlah bersama-sama nasi
7) Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Minuman
1) Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
2) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian
menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah
banyak air susunya.
3) Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja.
Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian
diminum airnya.
4) Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan
air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2
masakan cth kari.
5) Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok
6) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
7) Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
8) Soya - minum secawan sehari.
9) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
10) Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

Supplement
1) Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.
2) GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati
di farmasi GNC.
3) Pil ASI
4) Melilea Greenfield Organic
5) Melilea Organic Soya Drink
6) Organic Henry
7) Bidadari DCL
8) Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
9) omega 3
10) obimim
11) kalsium
12) vitamin c

Urutan
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing..kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2
puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari
atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu
salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat
doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini

Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada
breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan
pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada.
Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling
payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana
muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali
sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau
lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm
pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa
susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu,
jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa
mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah
anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita
teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan
payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu
dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur,
perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory,
more demand, more supply

Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang
sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita
ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila
kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat

Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada
dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi
menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi
menitik-nitik. Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.
d)Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.


Tip Pemakanan Semasa Menyusu Badan
Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.

Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.
Selepas >

Andainya Perempuan Tahu

"Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh
menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh
seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true) Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan
bersikap begitu begini...(kalau dah tak tahu, find out lah yer...jgn asyik membebel ajer perempuan byk ragam lah, kuat merajuklah....kitorg kaum hawa ni pun tak fhm
gak dgn perangai kaum adam) Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.(silalah praktikkan, jgn sekadar berkata2) Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:) (boleh caya ke?) Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang(bukankah itu ego?) Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya
menolong wanita. (SETUJU!!) Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab
itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau
bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! ”

Teknik Mencairkan Susu Ibu

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.


Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

* Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
* Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
* Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.
* Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);

* Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan kepada bayi nanti.
* Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:

1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu). Rujuk artikel Penyimpan Susu Ibu.
2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH:

* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
* TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
* TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
* Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Susu perahan juga boleh dipanaskan menggunakan pemanas (warmer):

Friday, May 6, 2011

Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :- Tolong pergi kedai RM1.00 Tolong jaga adik RM2.00 Tolong buang sampah RM1.00 Tolong kemas bilik RM2.00 Tolong siram bunga RM2.00 Tolong sapu sampah RM2.00 : JUMLAH RM15.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma ;JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat yang ditulisnya. Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?" Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

Bekas Penyimpanan Susu Ibu yang Sesuai

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.


Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.


Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Da tau pasal bekas meh amik tau pasal tmpt menyimpan lak. Musti la kene tau rules and regulation pasal nak simpan susu ni kan.

Tempat Penyimpanan Susu Ibu

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.





FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku - 2 minggu
- bahagian sejuk ( tak beku la ) - 48 jam

Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari <-- biasa buat sampai 3 ari.Lebih dari waktu tu terus naik atas
(selepas dibekukan) - 24 jam <-- yg sudah cair. Asal dari tmpt beku.

Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun. (dok kat kutub utara paling best tak yah guna freezer)

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:

* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

kaedah penyimpanan susu ibu yang betul

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:

* bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
* catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
* simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
* jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
* susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
* jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
* sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
* jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Jenis-Jenis Pam Susu( Breast Pump)

Kali nih just nak share jenis-jenis pam susu yang berada di pasaran dari yang paling murah hingga yang paling mahal..so ikut kemampuan lah kan sbb kegunaan nya tetap sama, mengeluarkan susu dari payudara.Kalau ader yang berkenan kat hati leh lah pilih mana satu nak guna....


Spectra 3


Medela Swing
Price : RM 620

Pakej:
* SoftFit trade; breastshield
* Bottle stand
* 2 - 5 oz breastmilk bottles, lids & travel cap
* Wide base slow-flow nipple
* 1 valve
* 3 membranes
* Tubing
* Neck/shoulder strap
* AC adapter
* Battery power option (4AA batteries not included)
* Carry bag
* Instruction manual
* Breastfeeding Information Guide


Avent ISiS
Price :RM 200


Ni pam medela harmony
Price: RM 200


MAM Manual Breastpump


medela freestyle
Price :RM 1530
free suri bag storage
Free Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
warranty 1 year for motor pump



pureen manual breast pump


yang ni Tollyjoy nyer brand..tapi guna bateri


Pigeon breast pump


Anakku Breast Pump


So sekarang penyusuan ibu bukan lagi satu masalah....tepuk dada tanya selera...

Thursday, May 5, 2011

kelebihan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

* ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
* mudah hadam
* sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
* bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

* kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
* mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

* mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
* mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
* mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
* penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

* sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
* ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
* rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
* bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

* susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
* susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
* bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
* susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
* makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
* teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

* tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
* tidak akan mendapat kolostrum
* akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu

* susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
* boleh menyebabkan bengkak payudara
* sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

* susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
* susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
* susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
* susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
* perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
* yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

* anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
* merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
* membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
* mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

* susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
* sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
* penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
* biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

barangan penyusuan ibu

intro hari nih just nak share beberapa barangan yang amat2 diperlukan oleh ibu2 yang bagi full breasfeeding kat anak diorang...skrng bukan mcm dulu, ibu bekerjaya susah nak bagi susu badan kat anak.Dengan pengetahuan dan banyak nya kesedaran dari pihak2 KK, hospital mahupun orang perseorangan, skrg ia bukan masalah lagi terutama bagi ibu yang bekerja.Kat bawah nih aku share kan antara lain benda penting bagi kaum ibu yang bagi penyusuan ibu kat anak diorang and klu berkenan leh lah comment k..


Ini adalah contoh2 barangan untuk pemyimpanan susu ibu..klu nak boleh lah tinggalkan comment..sy akan hubungi anda balik..terima kasih...


Bumble Bee Breastmilk storage 5oz
Price RM 35.00 @ 10 bottle postage RM 8
Price RM 65.00@ 20 bottle postage RM 8


Moms Precious Breastmilk Storage - 5 oz
Price : 6 bottle RM36.00
Price : 12 bottle RM70.00


Moms Precious Breastmilk Storage - 2 oz
Price RM 35.00 @ 10 bottle postage RM 8
Termasuk:
· 10 (2 oz) bottles,
· 2 cup feeders


AUTUMNZ - Reusable Ice Pack
(3 pcs, 310g/pc) rm 23.00


Mom's Precious - Reusable Ice Pack (3-Pack) *New & Improved
Price RM 35.00


Jingle Jungle - Stylo Exec Cooler Bag RM30.00


Philips Avent - PES Feeding Bottle (125ml/4oz)
*BPA Free*
PRICE : 2 Bottle RM 75


Philips Avent - PES Feeding Bottle (260ml/9oz)
*BPA Free*
PRICE : 3 Bottle RM 120

Wednesday, May 4, 2011

Kek Coklat (kukus)

saje nak share kek yang aku buat ari nih...disebabkan borink yang amat sgt, yelah x keje n duduk umah melayan anak2 n kemas apa yang patut.bahan2 mmg simple, sng nak buat, x ambik ms yang lama n yang penting sekali sedap n lembut....klu nak try wat kat bawah nih sy sertakan bahan2 n cara penyediaan...

Bahan-bahan ( 8 in )

* 1 cawan gula perang
* 1 cawan susu segar perisa coklat
* 1 cawan minyak
* 3/4 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 3 biji telur

Cara-cara

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.


inilah hasilnya....tak rugi cuba resipi nih..aku pun x ingat dari mana aku ambik..tapi thanks tuk yang sudi share resipi kat tenet ni...moga makin murah..murah dan murah rezeki..

Kisah Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.
Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan>epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak
lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya.Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong
kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku
idak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini
untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah diperduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU
HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN
KESEDARAN KEPADA KITA.SELAMAT HARI IBU.....

injection lagi

hari nih aku just nak share tentang injection 2 bulan untuk anak kedua ku...alhamdulillah menangis pun x lama..elok je nurse cabut picagari tangisan dia pun benti...so aku x lah risau sgt.Tambahan pergi bertiga je dengan anak sulung sbb suami ada keje.Kena lah berdikari sikit kan???apapun misi suh bagi ubat demam sebaik sampai umah sbb kemungkinan besar bb akan demam.Dan selang 6 jam pastu kena bagi lagi...harap2 baby x demam lah yea...

Tuesday, May 3, 2011

putri ke2 ku





penyusuan ibu

Hari nih genap 2 bulan aku berpantang, pendek kata umur anak aku pun dh masuk 2 bulan..and sedia dh untuk injection kali ke2.Bersyukur sgt sbb niat n impian untuk menyusukan anak dgn susu badan sepenuhnya terlaksana setakt ini dan harap2 akan berlanjutan selama yang boleh.Walaupun rezeki pekerjaan ku bleum menjelma tapi aku yakin ketentuan tuhan e2 ada untuk setiap hambanya.Amanah yang diberikan kepadaku akan aku jaga n pelihara sebaik2 nya....

Betul orang ckp rezeki pertama yang megiringi kelahiran bayi ke dunia ialah susu ibu...e2 dah cukup menjadikan aku lebih kuat n bersyukur padaMu ya Allah...walaupun pengetahuan yang kosong mengenai penyusuan ibu ini..alhamdulillah aku dh berjaya menyusukan n menyimpan stok susu untuk anak ke2 ku...semoga rezeki untuk ku ini akan berterusan ...i'Allah

pengalaman bersalin ke2

lama x update blog nih...alhamdulillah selamat dah melahirkan putri ke2 ku pada 2/3/11 yang lalu.Tak terluah rasanya kesyukuran ku padaMu ya Allah atas kurniaan amanah kedua ini...

bercerita pengalaman bersalin kali ke2..ramai org ckp bersalin kali ke2 x sesakit kali pertama sbb jalan dh ada...betulke????bagi aku sakit ttp sakit cuma lama n kejap je beza nya kot..

malam 1/3/11 dlm kol 10 malam..perut dh mula mengeras selang 10 minit masa tengok tv ngan hubby, tapi ms tuh xde rasa sgt sakitnya even dlm hati pun dh cuak.Akupun bernafas dlm kebimbangan yang amat.Maklumlah anak sulung kuar tanda(darah)..yang nih plak x kuar tanda darah or air ketuban..so x tahu lah takut e2 false contraction.

Akupun tdo seperti biasa walaupun kadang2 bab dlm perut macam x bergerak.Hati mula berdetik yang bayi nih mesti nak kuar dah..excited bila mengenangkan dia akan kuar...tapi takut jugak nak mengharungi kesakitan bersalin..(lain org lain).

bangun subuh esoknya aku rasa perut nih makin kerap mengeras..lepas je solat subuh, semua keje aku buat..yelah takut klu terberanak semua benda dh siap kat umah, memikirkan anak yang akan tinggal ngan pengasuh nya sepanjang ayahnya menemani aku...Aku kemas umah, sapu rumahm sidai baju, keluarkan playpen bb..siapkan barang2 anak sulung nak ke rumah pengasuh...tepat jam 10 pagi aku ajak suami pergi sepital , and of coz sebelum tuh hantar anak dulu.sebelum tuh sempat jugak nak g makan dulu takut tunggu masa bersalin tu lama plak kang xde tenaga nak push..

Sampai sepital, sementara hubby cr parking aku d daftar kat wad bersalin dan nurse cek bukaan...br 2cm.dlm pikiran lambat lagilah mcm nih.kesian lak anak kat umah pengasuh..Nurse suruh ambik darah n cek CTG dulu...nak cek jantung bb..contraction semakin kerap setiap 5 minit...tapi bukaan still 2cm.Doktor suruh sy tunggu di wad dulu sementara tunggu contraction makin kuat...tepat jam 12 tghari dktr cek bukaan br 3cm...dktr scan kedudukan baby n sedih n cuak jugak bila dktr cakap bb songsang padahal last cekup dktr kat KK ckp bb dh masuk laluan.Klu boleh mmg xnak operation mcm mn keadaan sekalipun...sampai kol 3 ptg sakit still (2 in 10) maksudnya 2 kali dlm ms 10 minit..pastu aku baring je kat katil sambil menahan kesakitan yang aku rasa n amati sgt buat kali ke2 nih...macam nih lah sakit nak mati kot...

jam 5 petang dktr cek dh bukak 5cm..so diorang suh hantar masuk LB(labour room)..sampai je kat wad bersalin LB plak xde kosong..ms tuh tuhan je tahu sakit dia mcm mn...30 minit pastu br ader LB kosong...masuk2 je terus pasangkan ctg tuk cek pergerakan jantung baby.Disebabkan x tahan sakit yang amat sgt..aku pun suh misi tuh cek bukaan sbb aku mmg nak teran masa tuh...diapun panggil dktr bagitahu aku nak teran....dktr ckp x leh nak teran lagi sbb air ketuban x pecah lagi n air kencing x buang lagi...

Dktr pun cek bukaan aku dh 8cm...patutlah aku rasa mcm nak pitam je sakit nyer...dktr kuarkan air kencing n pecahkan ketuban..x sampai 5 minit dktr buat keje dia, akupun meneran sbb dh sakit sgt2...alhamdulillah tepat jam 8.03 minit malam lahirlah putri ke2 ku seberat 3.5kg..terima kasih ya Allah....