Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu :- Tolong pergi kedai RM1.00 Tolong jaga adik RM2.00 Tolong buang sampah RM1.00 Tolong kemas bilik RM2.00 Tolong siram bunga RM2.00 Tolong sapu sampah RM2.00 : JUMLAH RM15.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma ;JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat yang ditulisnya. Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?" Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.
No comments:
Post a Comment