Thursday, April 26, 2012

Lontong

Tertunai jugak hasrat hati nak makan lontong, nak masak malas...yela masak setakat makan sorang kan?buat membazir je.Nak bagi jiran, kebetulan lak jiran balik kampung awal-awal pagi lagi sebab adik dia nak kawin ahad nih..so cancel plan nak masak.jadi, beli je lah kedai yang terdekat.

Awal-awal pagi pas hantar anak pegi sekolah, aku terus pegi kedai beli lontong...walaupun hujan dan terpaksa tinggal anak dalam kete.Mujur parking betul-betul depan kedai..so aku just order n tunggu kat kete...jemput makan semua..




Sunday, April 22, 2012

Jaya Jusco Bandaraya Bersejarah

Dah nak masuk hujung bulan dah, tinggal seminggu je lagi.Hubby still keje, keje n keje..langsung xde masa nak bawak anak-anak jenjalan.Alamatnya aku ler yang ambik alih tugas tersebut...Kesian kat anak-anak,asyik terperap je kat umah.Nak ikut hati aku memang malas nak kuar..lagi-lagi hujung minggu............Tapi weekday sibuk ngan si tehah sekolah pulak..penat hantar, ambik, kemas umah pun dah cukup...x laratttttttt

Ari nih sebaik je hubby pegi keje..aku kemas umah, sidai baju, kemas dapur n kol 9 tepat..aku kejutkan diorang , mandi n bfast roti kosong ngan air milo..tuk tehah lah kan..adik dia susu...pastu terus start kete..pegi carwash dulu..cuci kete..pastu pegi service kete...pegi makan nasi ayam ngan anak-anak..n lasts ekali pegi Jusco baru kat sebela Tesco Melaka..

Just jalan-jalan je..pegi tempat main diorang..boleh lah nak bagi diorang penat sikit kan..memang penat seh..x sampai rumah lagi dua-dua dah senyap...hihih


tengah menunggu kete di bersihkan....
 penat...


 ngantuk sangat-sangat
 time main ...




Hokkaido Cupcake

Akhirnya...lepas jugak hajat aku nak wat cupcake nih...walaupun last minit ada benda tak cukup..tapi alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan..aku ambik resipi nih dari FB dan blog Kak Zuraini Alias tapi banyak jugak blog-blog lain yang telah sudi meng'share'kan resipi cupcake nih seperti kak Azlita,anamarza dan banyak lagi...aku copykan kat sini tuk sapa-sapa yang malas nak tekan link tu k..













BAHAN BAHAN


A) 4 biji putih telur
    1 tsp garam
   80 gm gula halus


Putar sehingge menjadi kental ( MERINGUE )


B ) 4 biji kuning telur
    30 gm gula castor
    1 tsp esen vanilla
   40 ml minyak jagung
   40 ml susu segar (guna susu cair sebab habis..cukup2 tuk kastard je)


C ) 55 gm tepung kek
    20 gm tepung custard
    1 tsp baking powder


CARE CARA


1. Ayak tepung kek, tepung custard dan b.powder
2. Putar telur kuning dan gula hingge kembang
3. Masukkan minyak dan susu segar.
4. Masukkan tepung dan gaul sebati
5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6. Masukkan kedalam cup 3/4 penuh  ( 80 peratus cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan gelembong udare di dalam kek )
7.  Bakar pade suhu 170 C selame 15 minit hingge 20 minit  atau sehingge masak kekuningan )


BAHAN CUSTARD


1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega/ butter


1.Satukan bahan dan masak hingge adunan pekat dan berkilat. ( kkzu masak atas double boiler ). Bancuh tepung dengan 50 ml susu segar dahulu baru satukan kesemua bahan. .Sentiase mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini
2. Setelah kek masak dan kek telah sejuk  picit custard di tengah tengah kek.Cucuk nooczle ke dalam dan picit.



Saturday, April 21, 2012

Donut II

Bosan nya bila dah tak de keje nak buat..rumah dah kemas, anak-anak dah mandi, dah makan, baju dah sidai,dapur dah bersih, tong sampah dah kosong..apa lagi ek nak wat???banyak nyer keje kat umah kan..blom lagi keje 'bergaji'..lagi double triple penat ...

Biasalah bila dah bosan, keje aku mencuba resipi-resipi baru dengan bahan-bahan yang aku ada..nak habiskan stok apa-apa bahan yang dah nak expired...kebetulan nampak pulak tepung roti aku yang akan expired hujung bulan nih...nak wat roti dah pernah buat dah ari tuh, so ari nih nak wat donut lak...

Akhirnya terjumpa la resipi donut yang guna tepung roti nih...dari yani @myresipi..susu segar balance buat slice cheese cake ari tuh pun ada lagi...memang senang sikit keje..plan asal nak wat cupcake Hokaido yang tengah famos orang dok kata..tapi entah macam mana bole terlupa beli tepung kek masa pegi bakeri ari tuh...uhuhuhu

Takperlah..akan ku buat jugak resipi cupcake tu nanti.Berbalik ngan donut aku wat ari nih..memang gebu..1st aku ingat x jadi ..tapi bila dah goreng memang mabeles ..bole lah aku wat tuk sedekah kat tadika anak aku jumaat depan..i'Allah kalau rajin..hehehehe

Aku copykan resipi tuk sapa-sapa yang nak try k..sebelum tu thanks wat yani..resipi yang memuaskan..

Resepi Donut (dalam 8-10 biji)

Bahan-bahan ( 8 biji )

200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
  3. Masukkan pula butter. Kacau sehingga sekata.Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  4. Uli sehingga tak melekat ditangan
  5. Buatkan bentuk bulat.
  6. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  7. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  8. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  9. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  10. Uli biar jadi bentuk panjang
  11. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
  12. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  13. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak. 





kalau nak further step tengok kat link yani tu k..selamat mencuba

Tempaan lagi


Alhamdulillah, rezeki lagi.Ari nih siap satu tempahan marble cheese brownies tuk kak cha..harap-harap anak-anak dia suka lah yea..



Friday, April 20, 2012

Tidur yang Sunat Dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar..”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang . Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya.

Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Kedua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Selamat Beramal...

Wednesday, April 18, 2012

Tanjung Tuan, PD

Pic jalan-jalan ke PD last weekend..sempena cuti Melaka Bandaraya Bersejarah...16/4/2012






 kolam depan hotel...terasa tenang tengok ikan n dengar air pancut..






 pandangan dari bilik

 matahari terbenam...cantik kan?
 yang ni hotel sebelah...ala2 minangkabau g2 dia nyer bumbung...
 seronok teah bila main air...