Akhirnya tertunai jugak hasrat hati nak buat kek cheese..actually aku memang dah ader resepinya, cuma teknik masa buat 1st time dulu kelaut..tu yang keras..kali nih akhirnya berjaya jugak setelah menggodok dari beberapa blog seperti Hana's Family, sweetvanilla dan banyak lagi..tapi resipi asalnya dari Onigiri dan yang pastinya aku berjaya...kahkahkahkah
kuning telur yang dipukul hingga kembang
tepung gandum
putih telur dan gula yang dipukul hingga jadi meringue..kental la bahasa melayu nyer..hihih
yang nih cheese + susu segar + butter
inilah hasilnya..not bad kan???
Aku buat 1 1/2 adunan sebab mula2 nampak macam kecik je kalau wat 1 adunan..so sini aku copykan adunan tuk 1& 1 1/2 adunan.Bagi sapa-sapa nak buat perasa lain pun boleh gak..just tambah perasa apa nak..contohnya pandan, emulco.adjust sendiri lah yea..
Slice Cheese Cake (1 adunan)
Bahan-bahan
- 4 keping slice cheese( 6 keping)
- 200 ml susu segar m(300 ml)
- 70 gram butter atau marjerin (100 gm)
- 70 gram tepung gandum (diayak dahulu) (100 gm)
- 70 gram gula (120 gm-lebikan sebab nak manis)
- 4 biji telur saiz M ( 6 biji )
- beberapa titik esen vanila ( 1 sudu kecil)
Cara-cara
- potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
- kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
- masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
- akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
- bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
No comments:
Post a Comment