Sunday, December 30, 2012

Tido asing

Waktu aku tulis n3 nih anak-anak aku tgh bfast sendiri kat meja makan..awal-awal pagi dah gorengkan nasi, ayam,dan kentang goreng.Dan buat pertama kalinya..setelah 1 minggu si kecik tu cerai susu..malam pun dah tak nak nyusu.Senang kan???

So malam tadi si kakak request tuk ajak adik tido bilik dia.Kesian lak aku dengar.Kalau pikir pun nilah masanya nak ceraikan tempat tido dia jugak.Lagipun dia tak menyusu malam dah.Bangun subuh pagi sok kompem dia akan mintak susu..tapi akak dia boleh je kejutkan ibu dia nih sebab dia pun telinga lintah macam ibu.Tak le dengar bising sikit time tido..

Alkisahnya..malam pertama berjaya...yeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaa

Saturday, December 29, 2012

Oreo Cheese Cake


Dah lama hasrat nak buat kek cheese nih..cuma loyang spring foam yang boleh bukak tu je tak beli lagi.Ni dah ader bolehlah buat kan???aku copy je resipi nyer dari SINI..memang tak mengecewakan..based tu kalau banyak lagi biskut lagi bagus..len kali aku leh adjust mana yang patut..thank tu Home Sweet Home yang sudi share resipi..banyak lagi resipi lain..ynag besa nyer bakar or tidak je..pastu nak guna yougurt or whipping cream.Kebetulan masa wat crepe ari tu ada lagi whipping cream aku yang balance so terus buat je lah..

aku copykan resepi tuk sapa2 yang malas nak g tgk link k..

OREO CHEESECAKE - RESEPI II
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*akak guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

 yang ni utk based kek..banyak lagi biskut lagi best kot..bagi aku ler..
 yang ni atas nyer..
termasuk whipping cream aku yang baru nak dicairkan..ehehe
 ini lah rupenyer..sori lah kamera kabur..
nyum2

Wednesday, December 26, 2012

Muhasabah diri

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah S.W.T. telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah S.W.T. dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya..." - Surah An-Nisa' ayat 34

Kek Lumut

Ari nih aku nak share kan Resipi Kek Lumut yang aku selalu buat.Memang sedap dan lembut.Sesapa nak try dipersilakan...benda baik elok dikongsi.Tapi kalau tak reti nak buat boleh kontek aku sbb aku memang buat jual..hehehehe

Bahan-bahannya:

450gm mentega/butter
180gm gula kastor
10 biji telur
90gm pandan paste
1 tin kecik susu pekat manis (390gm)
200gm horlick
240gm tepung hongkong
1 tin kecil srikaya

cara membuatnya:

1.Mentega dan gula dipukul hingga putih.
2.Selepas itu masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang..
3.Masukkan pula srikaya..diikuti susu, orlick pandan paste, dan tepung hongkong secara satu persatu dengan kelajuan perlahan.
4.siap tuk dikukus 4 jam k..kalau wat 1/2 adunan  2 jam je lah..

 sebelum dikukus
 dah siap
nampak lembap kan???mmg  x ingat kalau makan kuih nih..

Decoupage lagi


Bila kerajinan ditahap maksima..ini lah jadinyer..Hubby pun pening kenapalah nak bedakkan semua botol-botol tak guna nih.Ader je nak dibuat.Dah nama pun hobi kan??ingat menghabiskan duit je ke hobi isteri mu nih??hahahhaha Itupun sebab banyak masa terluang.maklumlah bila free je buat pun..

 baru lepas bedak dan dijemur..
 yang ni aku tak deco pun..aku just tampal sticker  konon nak tengok macam mana..yang nih anak aku buat..



inilah hasil yang aku buat ...boleh ler..

Kuih Putri Ayu

Rasanya dah dekat setahun nak wat kuih nih.Masalahnya bila nak carik tempat parut kelapa punyerlah susah dan jauh.So mula lah malas dan tangguh lagi nak try.Kebetulan ari tuh mentua datang bawak banyak kelapa putih.Tuk wat kuih melaka..so balance aku simpan sikit.Senang nak wat apa2 kan..

Semalam tahap kerajinan aku boleh lah dikatakan OK sebab memang rajin.Aku kemas rumah, bilik tetamu dan masak-masak ngan anak aku.Pagi-pagi dah kuar bawak budak-budak berjalan.Rajin kan???

Ni lah kuih yang aku wat..resipi aku ambik kat SINI  ..so sapa-sapa yang rasa nak buat memang takkan kecewa.Step-step ringkas aku dh letak kat sini tuk sapa-sapa yang terasa nak wat tapi tak reti...




p/s sori kamera kabur sbb pencahayaan dalam rumah guna lampu x terang...hehehe(kamera hp je pun)

Tuesday, December 25, 2012

Jalan-Jalan Membeli Lagi

Kalau dah berjalan tak sah kalau tak membeli.Kebetulan ari nih semua bangun awal...kakak ngan adik dua-dua bangun awal.Sebab??? Ayah diorang kejutkan...konon nak bawak berjalan lah tuh tapi hampeh sebab ayah kena keje...nak cari duit lebih.So nak tak nak mak dia ler kena layan..kalau tak menagih je si kakak, sia dik lak asyik tunjuk kete...nak berjalan kan????

1st aku bawak diorang g Daiso sebab kebetulan aku memang nak pergi beli fiber tuk buat bantal anak aku..mainan banyak-banyak nak jugak buat bantal lagi kan???rajin-rajin..pastu aku beli felt n paint marker tuk wat khat kat papan yang aku beli.

Lepas tu pergi Giant lak..sebab aku nak beli benda nih..

 bekas air yang berharga RM19.90 ..murahkan..tambahan pulak aku nak warna hijau tuk rumah aku.Yang aku ada size besar .Sesuai tuk majlis-majlis je.That y kena beli yang kecik tuk simpan air biasa..yang dulu dh jahanam masa pindah rumaha ri tuh..terus buang.
 Yang nih plak memang lama nak beli cuma tak jumpa size kecik...ari nih rezeki aku jumpa lak.Bukan apa senang nak wat kek cheese.Loyang biasa boleh jugak buat kek cheese cuma susah sikit sbb kena terbalikkan kek.Yang nih tak payah sebab buntut dia le bukak..senang kan???so far sekarang nih loyang kuih aku ada 9...size 10' 9',8'7',6',8'(bulat) dan 6' bulat tak termasuk yang nih...benda tak luak tak salah membeli..kan


lepas nih aku nak beli loyang chiffon lak..tapi ader cuma bukan yang non stick..tunggu aku survey harga dulu k..

Monday, December 24, 2012

Putus Susu

Rasa sedih lak bila nak putus susu ngan anak.Dah 10 bulan lebih menyusu badan sepenuhnya..Alhamdulillah murah lak rezeki yang 2nd nih.Yang sulung 6 bulan je terus benti sebab susu tak banyak.Syukur sangat-sangat sebab Dia kurniakan susu yang banyak tuk anak no 2 ni,semoga dia akan menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat..aminn



Sunday, December 23, 2012

Semuanya Online

Bila dah duduk depan komp jadi malas lak nak buat kje lain.tapi apa yang paling melegakan bila aku takyah nak pergi pos ofis bayar bil-bil rumah lagi.Semua aku bayar online.Termasuk duit kete n duit loan rumah...senang keje..dulu boleh je buat tapi bila dah bukak fb bersembang memang malas nak bukak maybank2u..sekarang tidak lagi.

perkhidmatan di hujung jari..alhamdulillah

Fridge Magnet Kebaya


Inilah hasil jalan-jalan ari ni.!st aku nampak kat jonker street je tapi x beli sbb x sempat.Kebetulan jumpa lak ari ni dengan harga yang amat-amat berpatutan..so aku grab je lah



Saturday, December 22, 2012

Tempahan Kek Lapis Masam Manis

Alhamdulillah..rezeki lagi.Ari nih menyiapkan tempahan 2 bijik kek Lapis Masam Manis.Terima kasih wat customer ku..Fitriah





Thursday, December 20, 2012

DIY store

Bila cakap pasal barang murah dan susah nak carik tempat lain..nih lah tempatnya.heheh best sangat bila dah masuk kedai ni..tengoklah bila dah membeli..kali nih aku beli barang-barang stationary je.Nama je stationary tapi guna nya boleh tuk hiasan rumah dan peralatan lain..








ni hasil dari sticker yang aku beli tu..heee ok lah kan???

Monday, December 17, 2012

Pulut Kuning

hepi birthday to you2 , hepi birthday tu you my hubby..hepi birthday to you..

Hari nih genap 35 tahun usia hubby aku.Aku doakan semoga dia akan terus sihat, murah rezeki dan panjang umur untuk melihat anak-anak membesar..Tapi itu hanya doa dari seorang isteri.Semoga Allah merahmati kami sekeluarga.Amin 



Ari nih aku tak buat kek pun hubby aku.Dah bosan nak makan kek.Bukan tak sedap cuma rasa nak buat lain lak.Usia meningkat kita bersyukur lah kan..so aku buatlah pulut kuning ngan rendang.aku bagi jiran-jiran sekali.

Ni 1st time aku wat sendiri..alhamdulillah menjadi.eeheheh




Friday, December 14, 2012

Kentang Bakar

Ari nih just nak share kan resipi kentang bakar.Mula nya tengok kat rancangan si kecilku chak..pastu kebetulan pernah makan kat kedai yong tau foo masa last month kalau tak silap.Rasanya cuma kentang dan cheese tapi masukkan chicken beef dan crab stick dan of course lah cheese.

 Cheese tu sepatutnya tabur je atas kentang..tapi aku rasa macam tak best je tabur atas je, so aku gaul sekali pastu baru masuk balik dlm sarung kentang.
 ni ialah isi kentang yang dh siap digaul dengan bahal-bahan di atas.Mula-mula kentang kena rebus dengan garam sampai empuk.Pastu kuarkan isi dan biarkan dia nyer sarung tu...pas gaul semua bahan baru masukkan balik isi kentang dalam bekas tuh


taraaaa..siap dah..anak-anak aku suka sangat makan..so nak try dipersilakan

Durian Crepe


Semua orang dok tayang da cite pasal kesedapan Durian crepe nih.Aku lak dari sehari ke sehari nak buat tapi barang lak takde.So ari nih aku rajinkan diri menjengan dapur tuk mencuba.Bahan-bahan nyer..

 tepung jagung, tepung kastad n tepung ubi..ader banyak resipi sebenarnya..cuma aku baru try resipi yang nih.Aku copy dr group resipi masakan.Nak beli or nak buat terpulang.Memang buat lagi costly tapi kita leh buat banyak.Lagipun uma aku semua jenis tepung ada.So takder lah membazir kalau nak buat pun..
 telur, gula, susu cair
yang nih whipping cream.aku guna non dairy whipping cream.Make sure pukul masa sejuk dan bukan dalam suasana panas sbb ia boleh menyebabkan cream tak kental..nak guna yang instant macam kat coffe bean tu pun boleh jugak.terpulang
 bahan utama..mestilah durian.Takde durian x jadi lah durian crepe kan????
yang dh siap di leper..takyah terbalikkan tau..agak-agak bahagian atas dh masak terus angkat.nanti bahagian atas jadikan bahagian dalam mas bungkus
isi cream, durian pastu cream balik..bungkus

 siap...x cantik mana rupa sbb aku guna pan tuk goreng telur je.Tapi rasa alhamdulillah x mengecewakan.
 nampak tak isi durian tuh..sedapnyer....