Friday, June 10, 2011

- Kehidupanku -

salam...terasa lama lak x update blog.Sebab tak ader apa yang special berlaku kot..Alahamdulillah aku masih lagi bernyawa disamping suami, anak-anak dan kuarga tersayang.Bersyukur padaMu ya Allah atas kurniaan MU yang tak terhingga, rezeki dan kebahagiaan hidupku walaupun ada detik-detik sedih jauh di sudut naluri keibuan ku...Tapi e2 semua bukan lah masalah besar yang perlu aku canangkan ke seluruh alam..

Semalam, anak kedua ku sudah pandai meniarap...lega rasanya melihat perkembangan nya yang sudah pandai berdikari even masih terkepit tangan sebelah kiri.Tapi e2 semua lumrah bila baru belajar kan..Tapi apapun e2 menambahkan lagi kesyukuran ku.Betapa besarnay kuasa tuhan, mengurniakan amanah yang x terhingga.Akan ku jaga ,didik n asuh supaya menjadi manusia yang beriman, amanah, jujur n tahu menghormati hak orang.Dan yang paling penting, apapun berlaku...keluarga ku ada lah nyawaku..

Menjalani kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa, sikitpun x membebankan aku.Walau pun bukan sekaya or semewah orang lain, aku perlu bersyukur kerana ada orang yang lebih memerlukan kerja dari ku.Suamiku...setakat nih xde masalah ttg duit..setakat makanan anak, keperluan seharian..alhamdulillah dia x pernah merasakan e2 bebanan bila aku tidak bekerja..Terima Kasih abang.

Perempuan e2 dijadikan dari tulang rusuk suaminya.Seperti mana perangai yang kita bawa sebagai isteri e2mencerminkan peribadi suami kita.Suami ku bukan jenis baran,marah???setakat nih aku je kot yang marah dia...walaupun bukan kategori marah melampau...apapun terima kasih ya Allah kerana aku masih waras n bahagia disamping jodoh dan amanah yang Engkau kurniakan...KAU tetapkan hatiku begini selamanya...Tiada lain yang boleh marampas kebahgiaan ku selain Mu..Dan KAU bahagiakan lah semua saudara2ku, kwn2ku supaya mereka boleh berkongsi kebahagiaan ku ini...dah bukan kesedihan sementara dari MU...

No comments:

Post a Comment