Saturday, June 18, 2011

Daging Black Pepper

salam semua...

sementara dua orang puteri yang tak bangun tido lagi boleh ler maknyer nak buat n3 sikit.Pasal minggu lepas nyer menu, lupa nak masukkan dalam blog.Terlupa sbb bz melayan anak-anak yang semakin membesar.Kalau bukak komputer pun kejap2 just tuk cek email je..hhuhuhu

Apapun hasil minggu lepas suami suka even jarang sangat masak masakan macam nih sebab anak tak makan, so kesian lak dia takde dish kan.Tapi disebabkan rasa terlebih rajin so masak lah jugak..untuk suami ku...

bahan2 tuk membuat daging blackpepper:
300g daging
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan bawang merah
2 sudu makan bawang putih kisar
5 sudu makan sos lada hitam
1 susu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
rempah tumis (4 sekawan)
1/2 labu bawang besar
1/2 biji capsicum hijau
2 biji cili merah
perasa secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Daging di potong halus, perap dgn garam dan digoreng.Toskan daging.
2.Tumis rempah tumis (4 sekawan) cili kering dan bawang kisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, dan kicap manis.
3.Selepas itu bolehlah dimasukkan daging dan kacau hingga daging separuh masak.
4.Setelah daging agak lembut, masukkan bawang besar, cili merah, dan capsicum.gaul sekejap dan bolehlah dimasukkan perasa.
5.Daging siap untuk dihidangkan untuk dimakan...

ini la daging blackpepper version aku...:)


No comments:

Post a Comment