Wednesday, June 15, 2011

Sotong Masak Sambal

Rasa penat pulak ari nih..selalu bangun kol 9.30 - 10 pagi (depend ngan budak),arinih plak bangun awal sebab hubby telefon bagitahu barang yang nak dipos tertinggal.So mean aku kena kuar ler g pejabat pos sbb minggu nih dia bz sangat2...Rasa nak marah jugak tapi bila dia cakap terlupa..xperlah, mungkin tuhan menjanjikan sesuatu untuk aku jumpa ari nih..Wallahualam..

Lepas je dapat kol dari hubby, terus mandi n kemas rumah sementara tunggu anak2 bangun.Kalau dah bangun kena mandikan diorang plak n terlepas nak buat keje-keje lain.Sempat jugak kuarkan apa-apa yang ada dalam freezer tuk masak bila balik nanti.Untuk menyenangkan aku bawa anak aku dua orang tu (3 tahun & 3 bulan)...aku decide g pos ofis kat jaya jusco je..sng nak bw troli n space pun senang nak park..

Lepas selesai urusan, balik umah balik..tapi sempat lah beli sushi tuk anak ..suka sgt sampai x sempat masu kete dah habis dia kejekan..aku??? makan hati jelah..
Cite kat umah lak, barang2 yang dikeluarkan dr peti ais..aku buat sambal sotong n goreng ikan je tuk anak..pastu plus sayur khailan lebihan ari tuh masak ngan taugeh lebihan laksa...Banyak tul lebihan kan>???

inilah hasilnya..penat!!!




sayur nih mmg sengaja x letak cili sbb anak suka hirup kuah...hihih

kat sini aku share kan resipi simple tuk sotong ni..

Sotong (dlm 1 mangkuk yang dh siap potong)
4 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu bawang putih kisar
1 biji Bawang besar (warna kuning)
separuh cili bunga (capsicum hijau..klu x silap eja)
cili merah dan cili hijau (dihiris)
2 sudu kecil gula
perasa secukupnya.

cara membuatnya..
1.Tumis cili, bawang merah dan bawang putih sehingga pecah minyak.
2.Selepas itu masukkan gula,tunggu sehingga sambal bertukar warna kemerahan.Selepas itu bolehlah masukkan bawang,cili bunga, cili hijau, cili merah dan sotong...
3.Gaul semua sehingga semua bahan2 betul2 masak.Masukkan perasa dan siap untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment