Sambungan dari jalan-jalan lagi...
petang lak balik umah...hubby suh masak laksa penang.xpernah seumur hidup aku masak laksa penang nih.Tengok orang buat n makan reti lah.Berbekal kan sedikit ilmu,so aku pun try lah buat..error x error belakang cite.Nak buat pun sbb ikan kembung banyak hubby beli tuk mumpan memancing tapi last minit kansel.dalam sekilo jugak lah.Aku ingat nak buat kuah laksa lemak sbb aku suka laksa lemak dari laksa penang..Tapi dh hubby nak jugak laksa penang...iye kan aje..tengoklah hasilnya..hubby ckp boleh dipertingkatkan lagi...so kalau 1st time buat dh ckp mcm tu kira orait lah kan...hihihih
Antara lain Bahan2 tuk buat laksa nih seperti di bawah nih..bagi korang2 yang nak resipi lah kan, yang dh terror x yah lah kot..:)
ikan kembung or ikan sardin 12 ekor kecik (lagi banyak ikan lagi sedap)
cili kering kisar ( 3 sudu makan) nak pedas boleh tambah hirisan cili api
bawang merah ( 4 biji)
bwg putih ( 4 ulas besar)
belacan (ikut banyak mana kuah kita)
serai (2 batang)
asam keping ( 6 keping)
daun kesum
sedikit pes udang..(instant punyer)
bungan kantan (2 kuntum)*
taugeh*
cili merah dan cili hijau*
mee laksa
telur (direbus)*
timun (dipotong halus)*
bawang besar ( 1 biji)*
yang bertanda * merupakan bahan2 tuk hiasan dan makan bersama mee...
cara membuatnya:
Rebus mee sehingga masak..
1.Rebus ikan bersama asam keping sehingga empuk..Asingkan air ikan, isi dan tulang.(tulang jangan buang)
2.Kisar isi ikan bersama dengan air ikan..tenggekkan atas dapur dengan api kecik
3.Kisar bwg merah, bawang putih, cili kisar, belacan, dan serai (1 batang).
4.selepas itu masukkan isi ikan yang dikisar ke dalam air ikan yang siap ditapis tadi.Masukkan asam keping lagi jika x cukup masam..Masukkan daun kesum dan bunga kantan bersama dengan hirisan serai lebihan kisar (1 batang).
5.Boleh lah masukkan perasa,pes udang dan siap dihidang bersama bahan2 hiasan seperti timun, taugeh, telur, bunga kantan, hirisan bawang besar,cili merah dan cili hijau..
selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment