Thursday, June 16, 2011

Laksa Sarawak

Kali nih n3 saje nak share cara-cara nak buat laksa sarawak.Nak buat x susah mana pun cuma banyak sangat bahan nak jadika rencah dan perhiasan je.

Bahan-Bahan:

Kuah Mee
1 paket pes laksa sarawak
1 kotak kecil santan (aku guna m&s nyer brand)

Mee
1 paket mee hoon (x kisah jenama apa)
1 kotak kecil santan (aku guna m&s nyer brand)
3 biji telur*
1 mangkuk taugeh *
1/2 kilo udang
1 ketul peha ayam
Limau kasturi *
daun sup*

* ikut suka nak banyak mana...klu suka banyak letak banyak...k

sambal belacan
Cili kering
belacan

cara membuat:
1.Rebus ayam dan udang berasingan dan asingkan airnya..
2.Masakkan pes laksa bersama 1.5 liter air selama 1/2 jam sehingga betul-betul masak.Selepas itu, toskan dan airnya masak balik bersama air rebusan udang dan ayam.Masukkan sekali sekotan kecil santan pekat.Masak dalam 10 minit dan boleh lah di masukkan perasa secukupnya.

Untuk Mee.
1.Celur Mee dan taugeh, asingkan
2.carikkan ayam yang sudah direbus .
3.Udang dikopek kulit
4.goreng telur beberapa lapisan nipis tanpa perlu manambah apa2...selepas itu bolehlah dipotong/hiris memanjang...
5.potong dua limau kasturi
6.hiriskan daun sup

Untuk Sambal:
1.blend cili kisar dlm satu mangkuk kecil bersama belacan(lagi banyak lagi sedap).
2.Goreng sampai naik minyak dan masukkan perasa.

sekarang, bolehlah sedia tuk dihidang...


ni contoh pes tuh..jenama cap burung x silap..mmg sedap brand nih compare brand2 yang lain...hihihi yang lain tu sedap cuma bagi aku suka brand nih...


inilah laksa sarawak yang merupakan mee kesukaan ku..jangan x tahu suami aku jugak dah jadi penggemat laksa nih..even air tangan aku yang pertama masak tuk dia mee nih..hihih selamat mencuba

yang nih bahan-bahan tuk rencah mee laksa nih..ikut suka hati nak letak apa..tapi janji ayam, udang, taugeh, daun sup, telur n limau kena ada..yang lain-lain tu letak sendiri k..

No comments:

Post a Comment