Thursday, March 15, 2012

Kek Pisang Marble Coklat

teringat muffin pisang kat kenny roger's terus nak wat kek pisang..tapi rasa nak wat kelainan dari biasa..so jadilah idea nak wat kek pisang marble..resipi aku dapat dari SINI..tetapi asalnya dari  Hanamemories  try n error..tapi of coz yang aku wat nih hasilnya x menghampaka..lain kali leh buat tuk makan-makan or majlis apa2..hihi

 sebelum dimasukkan ke dalam oven


dah siap..gebuz sangat2..thanks kak rohani yang share resipi..tapi sebelum tu nak mintak ampun n maaf sebab dah ter'alter' sikit resipi atas sebab-sebab keperluan..hihihih

Kek Pisang Marble Coklat
sumber: rohaniramli.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek (sy guna 3 biji pisang berangan)
  • 180g tpg gandum-
  • 180g gula halus
  • 3 biji telor ( sy guna 4 biji telur size C)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- sy x letak pun
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


No comments:

Post a Comment