Monday, March 26, 2012

Kek Coklat Tanpa Telur

Sakitnya ulser mulut nih..kat bawah lidah lak tuh..tak boleh aku nak bercakap ngan mengunyah..pendek kata ari nih aku minum air oat n nestum je..lapar nyer perut...kalau si kecik nih tak menyusu takper lah jugak..bila time pas menyusu..tuhan je tahu kering tekak aku n lapar nyer perut aku nih..tapi dalam masa sakit-sakit pun..aku boring sebab tak leh masak lauk..so try resipi kek coklat tanpa telur..resipi umi_e@myresipi.com

 buat kak umie..thank atas resipi tu yea...mintak ampun dan maaf sebab tambah sikit...

Bahan-bahan ( 1 biji sederhana untuk 8-10 orang )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan gula (castor sugar)
  • 2 sudu teh baking powder
  • (Kesemua bahan ini bolehlah disatukan)
  • 2 cawan air
  • 2/3 cawan minyak masak
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • (Kesemua bahan cairan bolehlah disatukan)
  • Cokelat urai (untuk hiasan atau apa2 yang disukai)

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas adunan (bahan kering dan bahan cairan)
  2. Putar/pukul sehingga semua bahan rata dan sebati
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan margerin (supaya tak lekat) dan bakar sehingga masak (bila masukkan lidi keluar dgn bersih)
  4. Setelah kek masak dan sebelum sejuk bolehah ditaburkan cokolat urai ke atasnya (kalau dah sejuk nanti tak melekat) 
  5. bakar 25 minit pada suhu 170 darjah celcius (yang nih aku tambah



dah siap letak topping..yang nih aku wat 1/2 adunan je..sebab stok tepung dah tinggal sikit pas buat apam semalam..hihihi

No comments:

Post a Comment